SBB 2017 Tak Seperti Yang Di Bayangkan!

6/03/2017 08:32:00 AM

Sebenarnya lama terbuku dalam hati tapi tak masih belum rasa nak update tapi harini aku update, Event yang melibatkan bloggers dalam Malaysia ni telah berlangsung pada pertengahan bulan Mei 2017 yang lepas iaitu Sepetang Bersama Blogger. Event yang boleh dikatakan hampir 1 hari dari 2 petang sehinggalah 10 malam. Sebenarnya ada 2 pilihan korang nak separuh hari atau full day, separuh hari berharga RM30 khas untuk yang nak mengambil ilmu dari panel jemputan dan sedikit ilmu macam mana nak personal branding dari Norman Danish serta ada sesi motivasi bersama Dato Ibu Hanim. Bagi yang meneruskan sesi sehingga ke malam bayaran pula sekitar RM50 which is malam tu ada Dinner Awards untuk blogger kiranya makan-makan lah.

Rakan-rakan Blogger yang semakin dikenali oleh Masyarakat Umum

Lokasi SBB2017

Petang di : Pusat Pelancongan Malaysia, MaTiC
Malam : Saloma Bistro

Boleh dikatakan berbaloilah dengan harga yang dibayar untuk dapat ilmu dan bersama-sama rakan blogger tapi sebenarnya bagi aku yang dah sertai tahun kedua dari tahun lepas, aku rasa tahun lepas lebih menarik dari tahun ini walaupun tempat tak semewah Saloma Bistro. Cuma tahun ni mungkin acara sehingga malam sampai tak cukup masa untuk kejar itu kejar ini rasanya.

Di bahagian Dewan Matic untuk menuntut ilmu dalam dunia blogging


Event SBB2017 kali ni aku dapat jumpa ramai kenalan baru dan kenalan lama, yang baru tu jauh juga depa merantau tak silap dari Indonesia pun ada. Cuma agak rimas bila aku ingin berkenalan ada yang promot macam mana nak dapat gaji besar dalam masa sebulan lebih dari bekerja makan gaji. Dari situ mesti ada yang promot macam style MLM. Tapi itu mungkin cara mereka cari rezeki rasanya tak jadi masalah cuma aku ni bukanlah seorang yang pandai nak mencari orang join Networking macam ni, jadi dari situ dari nak berkenalan terus cakap, okaylah awak, I nak pergi kat kawan I jap, sampai malam tu dia macam malas nak tegur I balik. Lol.

Tuan Haji Amir Hassan ( Pengasas Denaihati Network Sdn Bhd )
Bagi korang yang dah lama pasti sudah mengenali Tuan Haji Amir Hassan dimana beliau ialah pengasas Denaihati Network. Beliau mempunyai pandangan luas mengenai dunia blogging malahan menggalakkan kalangan bloggers untuk menulis di dalam Bahasa Inggeris sebab lebih cepat Naik PV : Bagi korang yang rajin boleh lah follow Blog English aku www.syafierabeauty.blogpost.com dan aku percaya memang menulis di dalam bahasa Inggeris akan menarik pembaca dari 1 dunia.



Panel Dari Kalangan Blogger

Siapa tak kenal Blogger Foodies ni iaitu Mahadi dan Cik Lily Putih

Panel yang diambil pula dari kalangan Blogger iaitu MahaMahu dan Cik Lily Putih, so far aku rasa mungkin kali ni panel pilihan ni memang tepat sebab depa ni blogger, jadi depa banyak lalui pengalaman menjadi blogger, so yang masih baru dalam dunia blogger macam I ni nak tanya macam-macam pun dorang boleh jawablah, Soalan paling 'famous' diajukan pada panel kali ni ialah pasal
'BAYARAN UNTUK BLOGGER,' dari situ ramai yang nak tahu bolehkah blogger meminta bayaran pada sesuatu 'REVIEW.'

Cik Lily Putih sudah lama dalam bidang blogging dan
kongsikan beberapa tips untuk jadi blogger yang beretika

Aku tak ingat jawapan panel haritu, tapi bagi aku sebenarnya sesiapa pun berhak menanyakan harga yang bakal dibayar sebab apa yang kita tulis sebagai influencer ni memang boleh dijadikan rujukan pada orang lain sebelum mendapatkan sesuatu. Jadi jika seseorang tu beli barang sebab berkenan dengan cara penulisan kita company sana dapatlah customer secara tidak langsung.

Panel Motivater 

Dato Ibu Hanim suka lagu Mariah Carey
+Halim Brothers Dot Com  terselit belakang tu
Pertama kali aku berjumpa dengan Dato Ibu Hanim, aku rasa beliau memang salah seorang pakar motivasi yang telah berjaya memotivasikan diri sendiri melalui cerita kisah kehidupan beliau dari saat beliau melahirkan anak dan kehilangan orang kesayangan dan di uji dengan mempunyai anak yang istimewa dan kini anak istimewa beliau memiliki perusahaan sendiri. Beliau banyak memberi pendapat mengenai Baby boomers, gen X dan Gen Y, dan rasanya beliau ni sangat bersemangat apabila bersungguh-sungguh nak Bloggers dan yang lain untuk bernyanyi bersama lagu Mariah Carey.

#Misi Viral Norman Danish pun ada sebagai panel

Buat dan jangan buat dalam Penjenamaan Diri sendiri

Siapa yang tak kenal Norman Danish? Tipulah kalau aku cakap aku tak kenal sebab dia ni memang dah ada dalam FB friends dah lama mungkin dari last year SBB2016, sekarang ni kalau korang tengok status-status dia hampir lebih dari 100 likes lah untuk promote produk orang disamping memberikan hadiah menarik seperti wang dan produk bagi mereka mengikut arahan ND iaitu set him : See First.( Aku lah orang tu ) Norman Danish ni banyak ajar pasal #Personalbranding, sebenarnya dari situ aku dah mula ikut apa yang dia suggested kan kitaorang especially pasal :

'NAMECARD'  : Name card ni sebenarnya penting untuk bloggers ada tau, dari situ senang untuk kita promot diri kita pada orang-orang yang korang rasa korang boleh bekerjasama, Name Card ni kita kena tunjuk nama kita pada orang yang kita nak kenalkan, jangan bagi terbalik, aku rasa benda yang macam ni selalu aku buat silap, bagi namecard macam tak ikhlas, haha sekali setepek kena tegur dengan Norman Danish. Muahaha.

Gambar Profile FB : Mesti guna gambar sendirian berhad kalau nak buat networking, jangan guna gambar selain dari muka sendiri sebab aku rasa ini mungkin salah satu CLIENT suka nak bekerjasama baru rasa tak tertipu, kalau gambar profile tu korang pakai SMART-SMART lagi Client suka ! Gambar profile mestilah Clear tapi kalau ada jerawat macam muka aku ni aku nak Touch Up juga !

Bahagian BIO di FB : Gunakan bahagian tu untuk bagitahu pasal diri sendiri, apa pekerjaan yang kita buat, tulis yang sebaiknya pasal diri korang, nanti bila CLIENT baca baru dorang rasa aku ni ada potensi untuk promote dorang punya produk.

Benda ni memang selalu aku buat : Rajinkan diri Likes orang dan komen, hahah.

POST MAKSIMUM 3 X sehari tapi aku banyak kali sehari eh sukahati aku la FB aku LOL ! Pagi sekali tulis panjang2, tengahari pendek sikit sebab orang lunch malas nak baca panjang-panjang, waktu Malam rasa nya boleh panjang-panjang sebab time ni memang Rakyat Malaysia suka membaca lagi panas cerita korang lagi best !

Panel Terakhir : Dr Wan Yusof Wan Jeffery


And then ada lagi panel jemputan iaitu Dr Wan Yusof Wan Jeffery rupanya beliau ni mengajar macam mana nak 'Content Mastery' dengan menggunakan kod FUNNEL : ToFu ( beri tahu), MoFu ( Beri Mahu) BoFu ( Beli selalu) contoh cerita based on  exp aku :

ToFu : Soft Selling : 10 Tips Nak Mencari produk Bagus untuk Kulit lepas tu linkkan dengan artikel yang berkaitan seperti MoFu.

MoFu : Nama Produk Skincare Tersebut contoh seperti Laneige, Dior atau lain-lain berkaitan lah

BoFu ni macam dah start hard-selling contohnya macam aku boleh melabur sebagai agen dropship untuk start meniaga produk, ke camtu haha. Lol.

Dan dari situ juga aku baru dapat tahu yang artikel panjang ni usually memang akan jadi tempat nombor 1 dalam SEO, tapi yang panjang pun sekitar 200-300 patah perkataan, tapi blog kan unlimited words, korang panjangkanlah sampai 1000 patah perkataan.

Lagi satu dah ada sosial media ni kan, korang boleh jadikan sebagai BOOTHS tau, lagi bagus kalau korang boleh update dalam semua jenis platform termasuklah, blog, IG, FB dan Tw. Lagi bagus sebab zaman sekarang orang cari informasi melalui Internet tau.

What I think

Banyak Perkongsiaan Yang Bagus dari Panel KAW KAW cuma aku paling kurang gemar bab penaja letak barang atas pentas kemudian para bloggers paling kesian sanggup berlari berpusu-pusu ke pentas untuk dapatkan barangan yang patut direview. Mula-mula nampak macam FUN la lari-lari exercise tapi bila fikir balik, punyalah korang demand bayaran untuk review produk, yang ni tak tahulah. Aku rasa macam kita pulak yang tergila-gila barangan FREE, gitu.

Penaja tak semeriah macam yang tahun lepas, tapi malaslah nak komen. Hehe. Plus makanan ringan tak sesuai untuk manusia yang ada penyakit waktu kelas perkongsiaan berlangsung, masa datang haritu patut makan dulu tengahari. Hehe, sebab mostly makanan manis macam ais krim and so on.

Ramai juga kenalan baru, ada juga bukan dari kalangan Blogger. Salute mungkin akan datang tergerak hati untuk buat blog sendirian berhad.

ORYSENSE jenama kosmetik oleh anak lelaki Dato Ibu Hanim

Bersama BroFrameStone dan Amir Nawawi. Bro seorang yang Sporting serta rajin support bloggers baru so korang jangan ambil kesempatan atas kebaikan murni Bro yah !
+Bro Framestone 
Sekitar Gala Dinner & Award Night 2017 pada 13 Mei 2017
Di Saloma Bistro

Antara Bloggers yang menerima AWARD pada malam tersebut
+Ciklily Putih 

Mungkin beberapa tahun akan datang aku akan menerima Award Blogger Paling Over

Pemenang best dress award jatuh kepada Rawlins dan Kak Red Mummy ! Well-Deserved sebab diaorang je pakaian paling over gitu hehe.
+Rawlins GLAM 

Aku seperti puteri yang hilang arah mencari jalan balik rumah lol

Rawlins malam tu famous gila, Bro juga tak terkecuali nak posing dengan dia all the times
+Bro Framestone 

Aku tiba-tiba jadi model Bag kak +Ayuni Rafilah 

Bersama darah manis Zaza Iman yang bakal menjadi isteri kepada MahaMahu, untung dek non dapat husband pandai masak

Bersama Diella yang selalu bagi banyak JOB wei.

Ramai yang tidak dikenali hadir dan I malu nak tegur haha !
Jadi aku harap dengan perkongsiaan yang aku catitkan di sini korang dapat manfaatkan, maaf bahasa agak kurang tapi harap korang yang hadir dapat lah ilmu-ilmu yang diberikan dari Panel-panel jemputan dan Semoga korang senang dapat JOB lepas ni sebab time tu ramai juga pengasas yang ada hadir sekali.

Aku harap SBB yang akan datang lebih banyak penaja dan mungkin dapat berkenalan dengan blogger yang masih belum kenal mahupun blogger baru. Can't wait !

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee