Aku Tanam Impian nak ke Bukit Merah Laketown Resort

Aku sememangnya pernah planning nak ke Bukit Merah Laketown Resort sebagai salah satu tempat percutiaan bersama suami dan anak-anak, rasanya dari anak pertama lagi merancang nak beristirehat di situ, tapi apakan daya masih belum berkesempatan, teringat juga adik aku juga pernah ajak-ajak kitaorang nak pergi kat situ memandangkan musim cuti persekolahan lebih-lebih lagi time perayaan ni mestilah promosi kaw-kaw dan ada orang cakap Mudah jer, boleh book Bukit Merah Laketown Resort Online Tau, katanya lebih jimat.

Disebabkan masih tak beri kata putus, jadi adik aku teruskan perjalanan dia bersama kawan-kawan dia yang lain, jadinya aku hanya dengar cerita dari dia je la. Bukit Merah Laketown Resort ni terletak di Semanggol, Perak, adik aku dia belajar dekat UTP jadi aku syak dia memang sukalah melakukan aktiviti travel dengan kawan-kawan dia sebab dia ni lelaki jadi aku tak kisah sangat lah kan mesti dia dah pandai jaga diri dia.

Adik aku cerita dia bertolak awal pagi dalam pukul 7 pagi macam tu sebab lagi awal lagi bagus dapat menikmati udara segar dan pemandangan yang menarik, tambahan pula tempat tu memang taman tema yang akan dibuka sekitar 10 pagi. Adik aku kata harga bergantung pada promosi. Jadi aku rekomen korang yang rasa-rasa nak pergi Bukit Merah Laketown Resort ni pergi time ada promosi okay ! Aku ingatkan je supaya korang tak terasa murung pada masa akan datang sebab beli pada waktu mahal. Krik krik krik. Tapi sebelum tu dia tempah bilik dulu sebelum nak bersuka ria.

Kampung Air (Water Chalet) Bukit Merah Laketown Resort - Sumber Traveloka
Aku baca review dari orang, katanya boleh memancing dekat sini, servis ditawarkan di katakan OKlah, menu yang disediakan banyak pilihan cuma jauh dari hotel katanya lah, ada juga kata area stay ni sangat relaxing dan boleh bersantai dengan keluarga. 
Aku google tempat resort yang ada berdekatan di Bukit Merah Laketown Resort macam ni tempatnya, atas pantai gitu ? Aku yakin tempat stay ni boleh meninggalkan lebih dari 1000 satu kenangan, dah la atas air, view pula cantik. Memang lagi kuatlah keinginan aku untuk stay kat sini once perancangan nak ke Bukit Merah Laketown Resort ni telah dipersetujui oleh suami aku. Tapi korang kalau nak booking better lah guna aplikasi yang travel-travel tu, memang korang boleh dapat harga kaw-kaw kot, yang aku boleh rekomen Aplikasi Traveloka la kalau korang nak nikmati diskaun dan tawaran yang menarik.

Deko dalaman bilik - Sumber Traveloka
Bagi aku walaupun hiasan dekorasi bilik yang simple tapi VIEW tu yang penting, view tu sebenarnya buat kita semua boleh berada seperti di awang-awangan, aku tak kisah macam mana pun biliknya yang penting tempat tidur selesa dan boleh relaks-relaks.

Aku kalau tempat untuk stay memang aku sebenarnya jenis memilih nasib baik Water Chalet di Bukit Merah Laketown Resort ni menyediakan kemudahan seperti penghawa dingin, Kolam renang, Restoran nak makan-makan, lif, 24 jam servis pertanyaan dan paling suami aku skeptikal sikit bahagian PARKING, kalau ada proper parking lagi suka sebab baru rasa selamat tambahan senang akses.

Kalau di Bukit Merah Laketown Resort ni sebenarnya korang boleh melawat di tempat menarik yang berdekatan seperti Zoo Taiping & Night Safari, orang kata dah alang-alang kan, bolehlah singgah, tu sebablah aku rancang properly, kalau nak pergi bercuti biar betul-betul biarlah serba lengkap sebab takut tak sempat nak melawat kali kedua, jadi kali pertama biarlah dapat semua pengalaman kan ? Tanya adik aku, dah tentu dia suruh aku pergi melawat sendiri baru dapat pengalaman tu, sebelum nak pergi aku nasihat korang 'survey dan cari informasi terdahulu' baru lah tak terasa kekok bila dah sampai kat situ. Tapi orang cakap lagi best Kalau redah je untuk dapatkan kejutan yang tak disangka - itu memang style backpackers lah, tapi aku ni jenis nak kena planning properly sebab aku ada anak-anak kot.

Tempat wajib tangkap gambar kalau berada di sini nanti - Sumber Traveloka


Yang aku tahu Bukit Merah Laketown Resort ni jadi tarikan utama sebab Dia punya taman tema kan? Tiket Taman Tema untuk akses ke waterpark dan ecopark sahaja lebih kurang RM48 untuk dewasa, kanak-kanak RM38 manakala warga emas hanyalah RM10, lol, aku yakin yang dewasa dan kanak-kanak lah yang paling teruja nak bermain 'instead of' warga emas, mereka mungkin bersantai sambil memerhati cucu-cicit bermain air. Tapi bagi aku harga yang ditawarkan amat berpatutan dan kemungkinan besar ramai rakyat Malaysia akan berkemampuan untuk menikmati kegembiraan berada di Bukit Merah Laketown Resort.

Aku syak ni mesti BOOMERANG, yerlah bentuk pun macam boomerang. Haha, meamang la sekali jatuh kau ke kiri ke kanan sampai berhenti.

Aku baca cerita orag yang dorang mandi-manda sampai tak ingat dunia kot tambahan pula ada boomerang, beachfront wave pool, water speed slide, body slides, giant tube rides, lazy rides dan macam-macamlah, aku saspek aku macam tak boleh nak sertai semua sebab aku ni macma cepat penat, haha belum apa-apa dah terasa penat, aku memang dapat rasa kalau adik akulah memang dia dapat buat semua tu yerlah budak remaja lelaki kan, mesti semua benda dia nak cuba buat namun pun dah alang-alang. Paling menarik ada juga BOOMERANG, aku dengar orang cakap hanya ada satu je Malaysia dan di dalam Asia Tenggara. Macam ni aku rasa aku pun nak try jugalah Boomerang ni akan datang walaupun taman tema air ni tak besar mana tapi ramai je cakap puas hati sebab kualiti air not bad tambahan pula kebersihan persekitaran pun terjaga.

Happynya keluarga ni main air kat sini, rasa macam aku pula tak sabar nak main air haha - Sumber MalaysiaSite
Nah aku attached peta Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort, aku ambil dari - Encik Google. hhe.

Memandangkan aku masih menyusukan anak, tak silap ramai cakap yang Bukit Merah Laketown Resort ni sediakan bilik penyusuan, okay bagi aku kalau ada ruang untuk ibu menyusu aku memang simply kasi rate 5 BINTANG ! Selain daripada taman tema air ada juga Eco Park ! Wohoo, masa untuk mengenali haiwan-haiwan yang kian pupus atas kerakusan manusia. Dekat situ aku syak mesti banyak-banyak haiwan yang generasi akan datang tak berpeluang kenali, ala sedihnya. Disebabkan kawasan sini masih 'eco-friendly' tu sebablah wujudnya Eco Park.

Comelnya awak sayang, hehe - Sumber Malaysia Site
Jatuh cinta pula tengok awak ni, nanti I datang peluk-peluk you ye :) - Sumber MalaysiaSite

Eco Park ni terletak di bahagian persisiran Tasik Bukit Merah dan ramai cakap tempat ni sangat indah dan  menarik dan memang tempat destinasi pelancongan. Yang menariknya sebab korang kena berjalan untuk dapat ilmu dan mengenal lebih dari 60 spesis burung tempatan dan eksotik, macam-macam spesis reptilia, rama-rama yang bewarna-warni yang pasti akan membuatkan aku SELFIE non-stop nanti. Sambil ambil gambar sambil menikmati kehijauan hutan hujan dari 400 meter pelantar laluan dan berjalan sepanjang denai alam semula jadi.

Eii, lepas tengok gambar anak-anak monyet yang comel belaka ni, aku rasa macam sekarang juga aku nak booking pergi bercuti terus tinggalakn semua kerja dibelakang hilangkan stress. Aku harap dengan sedikit informasi aku share untuk diri aku ni, korang pun dapat juga maklumat. Memang dari sekarang aku nak doa agar Impian aku nak ke Bukit Merah Laketown Resort ni jadi kenyataan.

Sini aku paste kan, harga Bukit Merah Lake Town Resort, aku harap kekal dan tiada perubahan kenaikan harga waktu aku nak pergi akan datang, kalau tak stress mak jemah lari bajet pula.

TAMAN TEMA AIR Isnin, Rabu hingga Jumaat: 12.00 tengah hari hingga 7.00 petang
Sabtu dan Ahad: 10:00-07:00
School & Public Holidays: 10:00-07:00
Selasa DITUTUP - KECUALI semasa Cuti Umum & Sekolah
Dewasa: RM21.00
Kanak-kanak: RM16.00
Warga Emas: RM 7.00
Kanak-kanak (bawah 90 cm): PERCUMA

Ecopark Buka Hari-hari: Isnin hingga Ahad: 10:00-18:00
Dewasa: RM10.00
Kanak-kanak: RM7.00 Kanak-kanak (bawah 90 cm): PERCUMA
Tiket terakhir akan dijual 30 minit sebelum ditutup
Pertunjukan Haiwan: 11:00, 12:30, 02:30, 16:30 
Pulau ORANG UTANBuka setiap hari: Isnin hingga Ahad: 9:00-18:00
perjalanan terakhir ke pulau itu dari 17:00
 Dewasa: RM15.00
Kanak-kanak: RM 9.00
Kanak-kanak (bawah 90 cm): PERCUMA 
Chairlift Isnin hingga Jumaat: pukul 12.00 tengahari hingga 7.00 petang
Sabtu dan Ahad: 10:00-07:00 School & Public Holidays: 10:00-07:00
Dewasa: RM4.00
Kanak-kanak: RM4.00
Kanak-kanak (bawah 90 cm):
TIDAK DIBENARKAN menaiki 15 minit sebelum tutup
Korang doa-doa lah kitaorang dapat pergi ke Bukit Merah Laketown Resort, Aminn..










Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com