Skin Aqua UV Super Moisture Essence SPF50+PA++++


Hada Labo ni makin lama makin banyak pula krim penjagaan kulit lebih-lebih lagi untuk Sunscreen. Aku rasa Hada Labo company concerned dah makin lama makin panas Malaysia ni jadi dia suggested kan lah penggunaan perlindungan UV tinggi untuk mencegah kerosakan kulit dari Sinaran UV SANGAT BAHAYA. Dengan adanya perlindungan ni kulit korang dapat terhindar dari masalah penuaan dan bintikan hitam, kusam serta warna kulit tidak sekata.


Hada Labo memperkenalkan Skin Aqua UV Super Moisture Essence SPF50+PA++++ untuk anda yang selalu berada di luar dan dibawah panas terik. Terdapat 4 kandungan lembapan dan salah satunya bahan yang sangat famous digunakan dalam penjagaan kulit seperti :


  1. Super Hyaluronic Acid
  2. Nano Hyaluronic Acid
  3. Amino Acid
  4. Collagen
Bahan-bahan ni boleh bagi kulit korang rasa lembut dan hidrasi sepanjang masa. 


Baca bahan-bahan dalam tu mana tahu korang ada alergi ke.


Tekstur Skin Aqua UV Super Moisture Essence SPF50+PA++++ ni macam gel berair, ringan dan mudah meresap ke dalam kulit. Sangat lembut pada kulit dan ianya breathable agar kulit rasa lebih selesa. Ianya sangat sesuai digunakan setiap hari dan dijadikan sebagai 'makeup base' sebab ianya rasa sangat ringan seperti tak pakai apa-apa pada kulit wajah.


Skin Aqua UV Super Moisture Essence SPF50+PA++++ diformuasi untuk wajah dan badan, sangat efektif unutk mencegah kulit dari kerosakan oleh Sinaran UV. Bebas dari warna, wangian, minyak mineral dan telah diuji alergi.

The All New Skin Aqua UV Super Moisture Essence SPF50+PA++++ kini boleh didapatkan di farmasi, pasaraya di seluruh Malaysia dengan harga RM55.90 1 tiub.

Untuk maklumat lanjut, Sila layari : 
Website : https://hadalabo.com.my/
Facebook : Hada Labo Facebook
Instagram :  Hada Labo Instagram

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com