Seramai 1,958 kanak-kanak terlibat di dalam Malaysia Book of Records untuk Penggalak Imuniti


Sabtu lalu, I sempat menyaksikan seramai 1,958 kanak-kanak bersama ibu bapa serta guru telah berkumpul dan mengunyah gummies 'Chewies'  yang sedap untuk memecahkan rekod Buku Malaysia di Bandar Sunway, Selangor.

Sebanyak 32 sekolah rendah sekitar Lembah Klang telah mengambil bahagian dengan mengunyah lebih dari 5,000 'Chewies Immunolicious gummies' untuk kategori pencapaian manusia.

Dengan adanya aktiviti sebegini ianya bertujuaan untuk mendidik para ibubapa supaya memberikan makanan yang berkhasiat dan makanan tambahan untuk menggalakkan imuniti kanak-kanak melawan penyakit dan imun dengan virus dan juga bakteria supaya kanak-kanak tidak mudah diserang sakit dan senantiasa sihat untuk menerokai dunia.

Chewies Immunolicous ( gummies ) ini diperkaya dengan Wellmune ® Polisakarida gluco dan dijadikan dalam bentuk pastels dan kanak-kanak amat menggemari Gummies ini. Gummies ini didatangkan dengan 3 perasa iaitu Super- strawberry, ultra-orange dan juga mega-mango.

Ianya dikatakan dapat meningkatkan sistem imun dan mengurangkan simtom selesema ketika musim sejuk. Kanak-kanak yang hadir pada waktu pelancaran telah diberikan peluang sehingga petang untuk menikmati hari mereka di Sunway Lagoon,

Sebagai penulis, I nak beritahu ye gummies Chewies ni tiada logo halal di botol dan meggunakan gelatin lembu. Hoepfully ggummies ni selamat di makan dan mampu meningkatkan imuniti kanak-kanak tanpa kesan sampingan yang berbahaya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Chewies Malaysia Facebook
Chewies Website

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com