Seharian di MAHA2016 - Dapat Banyak Ilmu tentang Pertanian, Perladangan & Perniagaan.

12/10/2016 06:58:00 AM

Hari Jumaat semalam I sempat melawat MAHA2016 untuk melihat sendiri kemeriahan suasana di MAEPS Serdang. Hampir 1 hari I sempat berkunjung di setiap lokasi di MAHA 2016. Ianya adalah salah satu aktiviti yang paling seronok yang pernah I alami sepanjang tahun ini bila dapat bersama-sama rakan seperjuangan di dalam dunia blogging.

I bertolak dari rumah pukul 7 pagi agar tidak terlambat untuk meredah jalan jem pada pukul 10 nanti. Hujan diwaktu pagi menandakan aktiviti pada hari lawatan akan menjadi lebih mencabar dan lebih menyeronokkan !

Dengan bertemakan 'OUR FOOD, OUR FUTURE' ianya akan memberikan pengalaman yang sangat besar untuk para pengunjung tahun ini bermula dari 1st-11th Disember 2015 di MAEPS Serdang. Anda hanya mempunyai sehingga hari Ahad ini untuk melawat sendiri tempat ini. Jom lihat apa yang menarik di MAEPS kali ni.


I sampai awal dengan membawa bag luggage konon dapat memuatkan barangan goodies. Haha.


Ini adalah PETA MAHA 2016 yang perlu anda faham supaya anda tidak tersesat ketika ingin menuju ke sesuatu lokasi. Terdapat lebih daripada 100 ''booths'' yang bakal anda terokai ketika berada di MAHA 2016. I dengan rakan-rakan blogger lain hampir 100% dapat terokai MAHA2016, Percayalah banyak ilmu dan maklumat dapat kita ketahui ketika berada di MAHA 2016 bukan hanya untuk bershopping sahaja.


I dan bag luggage haha. ikutkan hati taknak bawa pun tapi bawa juga haha. Rupanya boleh letak barang dalam TRAMP kot.


Kami mendengar 'briefing' dari Encik K iaitu salah seorang orang kuat dalam menjayakan sesi blogger menerjah MAHA 2016 kali ini.


Ini adalah TRAMP yang kami naiki ketika meng'explore' setiap destinasi dan lokasi ketika berada di dalam MAHA 2016. Tramp ini boleh memuatkan hampir lebih dari 20 dan limit dalam 35 orang. TRAMP ni tak boleh bawa laju-laju keetika di dalam MAHA2016 sebab jalan-jalan sangat kecil huhu.


Antara lokasi pertama yang kami singgah di maha 2016 ialah Nafas Cube ianya adalah salah satu HOMESTAY yang baru disiapkan beberapa bulan lepas sebelum MAHA 2016. Homestay ini adalah pilihan yang tepat jika anda ingin menikmati suasana berada di tepi tasik dan merasai sendiri tidur malam di dalam kontena, dalam tube dan di dalam khemah.

Terdapat beberapa jenis bilik dan berharga mengikut kemampuan :
Container ( Ekskutif ) : RM180
Container ( VIP Family ) : RM250
Container ( VVIP Family ) : RM 250
Tube : RM 150
kHEMAH ( Tent ) : RM 120

Yang anda lihat di dalam gambar ini adalah bilik tidur di dalam TUBE, Yang ni Toilet kat luar tau, nasiblah tak privacy langsung haha.


Saya berada di banner words NAFAS CUBE.


Terdapat satu cafe berdekatan di NAFAS CUBE, yang menariknya adalah minuman MENTOL - terdapat pelbagai minuman berperasa yang boleh anda nikmati - I suka yang green tea baru rasa ala-ala berada di tempat yang hijau.


Menu makanan antaranya, Lasagna dan juga nasi lemak.


Bagi anda yang ingin menikmati minuman mentol ni harganya adalah RM 3.90 setiap satu.


Bersama rakan-rakan blogger bergambar bersama-sama untuk dijadikan sebagai kenangan ketika berada di MAHA 2016.


Kemudian kami meneruskan perjalanan ke lokasi perikanan dan terjumpa Para Menteri di bahagian itu dan meneruskan sesi bergambar bersama.


Antara menariknya di sini ialah terdapat satay TUNA yang sangat sedap dan setiap isi agak tebal. Satay Tuna ini berhadapan di depan Kingdom's Shark tau. Agak baru juga menu satay tuna ni, selalunya kita nampak satay ayam dan satay daging, kali ni satay dari Marine Life tau.

Di My DOF Valley ataupun Laman Perikanan adalah salah satu booth yang meng'expose'kan kami tentang kehidupan laut yang meg'replicate' ala-ala berada di bahagian yang peuh dengan air.


Replicate Ikan Dugong yang terdapat di dalam Shark Room.


Terdapat  juga rumah terbalik juga di sekitar lokasi perikanan, rumah tersebut mengikut kehidupan ala-ala para nelayan.


Selesai sahaja di bahagian perikanan, kemudian kami meneruskan perjalanan ke loasi Pusat Maklumat Padi. Padi adalah hasil utama di dalam Malaysia dan ianya adalah sumber yang amat penting bagi rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai hasil beras yang kita boleh nikmati dari Hasil Padi.


Jadi Pusat Maklumat Padi adalah lokasi yang paling penting anda perlu lawati ketika berada di MAHA 2016. Ianya juga bertujuaan untuk mendedahkan kanak-kanak serta pelajar betapa pentingnya penanaman padi sebagai sumber makanan utama untuk meneruskan kehidupan untuk para generasi akan datang.


Kami disambut baik dengan susunan beras untuk Laman Padi dari MOA incorporated.


Terdapat salah satu mesin untuk mengasingkan beras dari kulit.


Jenis-jenis beras yang terdapat di Malaysia seperti beras perang, beras basmati dan etc.


Di sini juga ada 'paddy field' untuk mereka yang hadir merasai sendiri kehidupan beradadi sawah padi untuk kita melihat, rasa dan mengalami sendiri berada ala-ala di Kedah.


Antara alatan menuai padi ketika zaman lalu.


\
Jenis-jenis Beras yang di susun rapi dan cantik untuk memberikan pengunjung View yang menarik mengenai jenis beras.


Para pengunjung juga di'expose' kan lagi cara-cara untuk membuat bedak sejuk yang telah menjadi turun-temurun dalam bidang kecantikan yang amat 'glamour' dari generasi mak-mak kita lagi. Bedak sejuk dikatakan mampu merawat masalah penyakit kulit seperti jerawat dan ruam. Ianay juga amat sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat, bangsa, agama dan umur.


Cara nak buat bedak sejuk sebenarnya adalah tidak sukar pun, tapi kena rajin lah. hehe.



Antara bedak sejuk yang telah kering dan dimasukkan di dalam balang dan boleh dijual, selalunya bedak sejuk ni harganya di antara RM2 - RM5 sebotol mengikut kuantiti dalam gram.


Rupanya banyak juga kegunaan beras dalam kehidupan rakyat Malaysia, ini adalah antara Rahsia resepi putu beras yang sangat sedap dari Yati. I dah rasa sendiri memang sedap, satu pun dah cukup membuatkan kita kenyang tau.


Jangan lupa lawati bahgaian LAMAN Padi tau sehingga hari Ahad, ianya adalah salah satu pengalaman memang korang tak boleh lupakan tau !


Aban-abang ni bermain dalam lumpur - ianya adalah salah satu aktiviti para orang muda untuk mengisi masa lapang mereka agaknya lah kan.

Ended up Laman Padi Bernas Information Centre memberikan kami cenderahati iaitu beras untuk kami masak di rumah nanti. Terima kasih Tuan.


Next stop kitaorang pula ialah Pusat Informasi Nanas, it's getting exciting sangat-sangat. Di sini kita akan diperkenalkan dengan baka nanas baru iaitu MD2 yang sangat manis dan tidak mempunyai mata-mata tajam di luarnya. Jadi memang tak perlu potong kulit nanas melampau-lampaulah untuk menikmati sebiji nanas. I am one die hard fan Nanas tau. Kalau nak tahu Nanas ni sangat kaya dengan nutrisi VitamIN c, SO Jika korang nak mempunyai kulit cantik  banyakkan makan nanas tau !

Saya berada di hadapan Pusat Informasi Nanas, menarik kan ?

Inilah Nanas MD2 yang sangat manis dan tidak mempunyai Mata yang tajam.
Saya juga mendapat informasi mengenai Nanas MD2 ini adalah nanas kacukan dan bukan nanas GMO okay.

Kemudia kami masuk ke dalam pusat informasi Nanas ni terdapat beberapa backdrops yang boleh membuatkan pengunjung menjadi petani nanas. haha.


Cara nak tanam nanas guna dia punya kepala je.

Ni cara nak bawa nanas yang telah dipetik.

Jalan jalan sambil meracun rumput

Paling menarik ialah nanas juga boleh menghasilkan benang dan kain. Kreatif kan ?

Jus Bob Nanas yang terdapat di sebelah Pusat Informasi Nanas, panas-panas ni memang eloklah kita minum jus ni tau.

RM5 sebotol guys, memang sangat FRESH - Rasa nak lagi.

Next stop kami singgah di Laman Armada - Laman ni la terdapat pelbagai jenis mesin-mesin untuk memudahkan para petani dan juga mereka yang ingin menguruskan tanah mereka.




Rupanya ramai boleh menggunakan mesin canggih dah lagi cepat dan mudah. Pada masa yang sama kami terjumpa Upin dan Ipin, Apa lagi masing-masing jadi gayat dan cepat-cepat bergambar sebelum Upin dan Ipin hilang dari mata.






Air jagung ni terdapat di bahagian Laman Armada okay.


Aiskrim Premium Nangka Madu pun ada jual tau, memang sedap sangat.

Next stop kami di bahagian Lembu dan Kambing. Ini memang tempat sangat sesuai untuk pencinta haiwan.


Paling best dekat sini ada aiskrim rasa lembu dan pelbagai jenis perasa seperti coklat, vanilla dan strawberry.


Seksyen tenusu ni menjual minuman susu lembu segar, ini memang kegemaran I dadih dia pun sedap juga.


Kek pun ada jug dijual disni

Ais Krim Coklat yang sangat lazat

Murah sangat farm fresh jual kat sini.

Jus Kurma RM15 untuk 2

Kambing yang sangat comel dan bucuk bucuk hahaha !



Next stop kami singgah Ladang Mini Kelulut dan juga ladang herba, I rasa tempat ni paling tenang dari kesibukan di bandar, rasa banyak oxygen dan rasa macam nak tidur je kat sini haha.


Green Tunel ini adalah salah satu akses untuk ke tanaman hijau. Macam-macam jenis sayuran yang boleh hidup seperti tomato ketika berada di suhu Bandar yang agak panas ni.




Lobak putih adalah salah satu tanaman yang sangat sesuai untuk ibu yang baru lepas bersalin tau. Ianya sangat sesuai untuk emmperbanyakkan susu.


Labu -labu ni pun hidup subur,boleh buat sup pumpkin..  yang creamy..



Tanaman sayuran di dalam balang-balang kaca, sesuai rasanya tanam letak tepi dapur.


Tengok Tomato pun senang hidup di sini.












Cantikkan cara susunan sayur-sayuran dalam ni

Laman Balkoni yang menempatkan beberapa tumbuhan sumber makanan paling sihat


Antara Eye-catchy Ialah susunan pasu yang menarik macam ni.

Hati-hati tanaman pumpkin yang ini telah diracun.

Encik K ni la kami punya tourist-manager haha

Acik ini memberi penerangan pada pengunjung mengenai madu kelulut

Berhat sebentar di wakaf yag comel dan menarik ni

Informasi mengenai Madu kelulut

Rasa madu kelulut sangat masam tau tak sama macam madu yang biasa-biasa kita beli yang manis tu

Macam ni ha Bentuk isi madu Kelulut.
Kemudian kami melawat bilik utama - untuk maklumat tentang pengunjung yang hadir Di Maha 2017


It's selfire time moment
Terdapat juga light sensation dan konsert pada waktu malam tau. So kalau anda sampai ke malam bolehlah singgah di sini sehingga hari Ahad dan majlis penutupan nanti ye.


Akak main sorok-sorok

Durian Time best tau !
Paling menarik ialah Taman Upin dan Ipin yang berada di MAHA 2016, Salah satu checkpoint yang kanak-kanak dan ibu bapa sangat suka. Dekat dalam ni banyak kisah tentang Upin dan Ipin , 3D backdrop dan boleh menanam sekali.

Rasa macam nak jadi kanak-kanak balik.

Dekat sini kitaorang boleh tanam pokok

Antara benih yang disediakan untuk tanam pokok

Tadaaa my pokok bunga raya ready to bring home

Suasana Meriah di MAHA 2016

MAHA 2016 Bahagian penjualan








Dapat juga merasa bersama dengan lebah. Lebah ni sangat friendly dan tak gigit orang

Jagung Panas tarikan utama pengunjung.

Jagung ni dia letak susu tu sebab manis

Ais Krim melon yang paling sedap I peranah rasa, Harganya RM12

I sempat singgah booth mama mia and beli lip matte.

Terdapat 5 warna lip matte mama mia ni nantikan review I okay.

I lambat and nasib baik sempat menikmati Shell Out tau.

Shell Out kat dalam Hall perniagaan.


Udang Sanggul yang sangat Delicoous

Mee Loktam tawar tak manis-manis tapi sedap.

The end of the day, bawa balik barangan yang kami borong haha.

Hasil tangkapan yang dapat kami tangkap semalam. Cukuplah untuk seminggu makan.
MAHA 2016 bukan sahaja mengenai tentang pertanian malahan ianya menawarkan peluang untuk anda membelu makanan dan produk di setiap booth yang disediakan. Terlampau banyak pilihan hampir membuatkan kami semua rambang mata untuk membeli barangan di MAHA 2016 ini. MAHA ialah - Malaysian Agriculture, Horticulture dan Agerotourism) @ MAEPS, Serdang.

Sila lawati www.maha.com.my untuk maklumat lanjut.



MAHA 2016 yang telah berlalu pada minggu lepas telah berjaya mencecah sehingga 3.7 juta pengunjung dan harapan editor MAHA2017 akan datang lebih menyeronokkan seperti di MAHA2016.

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram