Aktiviti Di Luar Rumah & FRISO GOLD Bantu Kuatkan Sistem Imunisasi Kanak-kanak

12/11/2016 10:01:00 PM

FAKTA KANAK-KANAK HARI INI

Tahukah Anda dengan mendedahkan kanak-kanak dengan aktiviti di luar rumah dapat membantu sistem imunisasi kanak-kanak bertambah kuat dan dapat melawan segala penyakit berbahaya yang disebabkan oleh kuman, bakteria dan virus ?

Kanak-kanak di Malaysia masa kini lebih mudah mendapat penyakit akibat selalu terperap di rumah dan kurang menggunakan "motor-skill" secara semulajadi. Kebanyakan dari kanak-kanak Malaysia kini lebih didedahkan dengan penggunaan gajet sekali gus menjadikan mereka lebih malas dan otak lambat berkembang.

Jadi sebagai IbuBapa berubahlah dan cubalah meluangkan masa dengan anak-anak dan bermain bersama-sama supaya dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim bersama anak-anak sekali gus dapat mewujudkan sistem pertahanan yang kuat untuk mencegah penyakit berbahaya.

Disamping melakukan aktiviti di luar rumah. Dari segi pemakanan juga perlu di jaga. Pengambilan makanan yang berkhasiat serta penuh nutrisi dapat membantu perkembangan otak serta mencerdaskan otak.

Sebelum melakukan aktiviti di luar rumah, minum susu Friso Gold segelas dahulu untuk lebih bertenaga dan kuat dari dalam.
MAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK

Sebagai seorang ibu, selepas habis sahaja tempoh penyusuaan susu badan untuk anak lelaki saya selama 2 tahun. Kmudian, saya telah menggalakkan anak saya mengambil minuman susu yang lebih sihat dan membantu sistem penghadaman. Saya sebagai ibu telah mencuba sendiri Susu Friso Gold untuk kanak-kanak berumur 4 tahun. Dengan rasa yang sedap dan enak anak lelaki saya amat menggemari rasa susu Friso Gold kali ini. Setiap kali bancuhan, dia dapat menghabiskan segelas cawan susu Friso Gold.

Memandangkan anak lelaki saya semakin meningkat dewasa dari alam kanak-kanak, dunianya lebih kepada menjelajah sesuatu yang baru dan lebih mencabar sekali gus menggalakkan lagi tumbuseran, perkembangan otak dan juga motor-skill kepada yang lebih 'advanced' secara lebih baik.

Di sebalik semangat kanak-kanak untuk menerokai dunia baru, ada sahaja makhluk jahat yang amat suka menganggu kanak-kanak contohnya kuman, bakteria dan juga virus. Mereka mencari perumah untuk meneruskan kehidupan dan juga melemahkan daya dan sistem imun kanak-kanak yang sedang galak menerokai dunia baru. Oleh itu dengan sistem imun dan antibodi yang kuat, ianya mampu untuk mencegah dan melawan kuman, bakteria dan virus jahat.

Friso Gold bukan sahaja susu yang hanya membantu untuk tumbuseran malahan membantu menguatkan sistem imunisasi dan memberi nutrisi yang terbaik untuk kanak-kanak membesar dengan sihat dan kuat. Paling penting sekali susu Friso Gold tiada tambahan sukrosa dan diimport 100% dari Holland. Saya sebagai ibu tiada lagi rasa ragu-ragu untuk memberikan anak lelaki saya susu yang terbaik dari Friso Gold.


TEKNOLOGI 'LocNutri' didalam FRISO GOLD

Antara yang menariknya susu Friso Gold kali ini ianya telah memperkenalkan Teknologi 'LocNutri' yang mengekalkan nutrien secara baik dimana nutrien ini terdapat di dalam struktur asli yang sangat mudah untuk dihadam jadi anak-anak anda tidak akan mengalami masalah sembelit. Teknologi 'LocNutri' ini telah menggunakan rawatan haba ringan semasa dalam proses memformulasikan susu Friso Gold untuk mengekalkan nutrien tanpa merosakkannya.

Selalunya banyak produk susu telah dirosakkan nutrisinya dengan suhu haba yang tinggi dalam proses untuk memformulasikan susu formula. Struktur Protein menjadi rosak sekali gus tidak membantu penyerapan yang baik oleh usus dan menyebabkan kanak-kanak lebih mudah terdedah pada masalah pencernaan, sakit perut, sembelit dan ketidakselesaan perut.

Protein amat penting untuk menguatkan otot, pertumbuhan sel baru dan juga pembentukan rambut yang baru. Ianya menyokong sistem imun dan membantu untuk menguatkan lagi sistem imun, sekali gus membantu kanak-kanak lebih sihat dari dalam dan luar badan. Apabila dalaman lebih sihat maka luaran lebih terserlah dan membantu kanak-kanak ini untuk menjelajah dunia luar dan dapat memberi tumpuan setiap kali sesi pembelajaran.

Sistem penghadaman yang kuat membuatkan kanak-kanak kurang tekanan dan lebih banyak tenaga dan semangat untuk menikmati segala jenis aktiviti yang menarik dan mencabar bersama dengan ibubapa. Dengan proses pembelajaran yang baik ketika waktu kecil menjadikan kanak-kanak ini lebih bijak, pintar dan lebih 'common sense' apabila mereka besar kelak.

Jadi pilihlah pemakanan yang seimbang dan sihat untuk anak-anak anda agar mereka dapat menjadi lebih kuat dari dalam.

AKTIVITI LUAR RUMAH YANG MENGGALAKKAN 
PERKEMBANGAN OTAK DAN SISTEM IMUNISASI LEBIH KUAT - BERKEBUN/BERCUCUK TANAM

Antara Aktiviti yang sangat Menarik untuk kanak-kanak terokai adalah dari benda asas dari halaman rumah dahulu. Bagi saya kanak-kanak perlu didedahkan dengan persekitaran hijau contohnya seperti bercucuk-tanam (Gardening). Ianya membantu kanak-kanak untuk menjadi seorang yang 'eco-friendly' disamping menjadikan kanak-kanak mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Berkebun/Bercucuk tanam (Gardening) sebenarnya adalah aktiviti yang amat menarik dan sangat seronok jika dilakukan bersama anak-anak. Mereka akan didedahkan satu proses pembelajaran selain dapat mengembangkan kemahiran baru dalam proses pembesaran tanaman mereka

Ketika berkebun perkara yang wajib dilakukan ialah dengan menggali tanah, menggembur tanah, memasukkan pokok di dalam tanam, kemudian menyiram pokok yang baru ditanam, pasti sesuatu yang mengotorkan pakaian tetapi ibu janganlah cepat melatah kerana dengan berkebun ianya dapat membantu membina keyakinan diri serta kanak-kanak boleh menghabiskan masa dan menikmati hasil makanan dari berkebun. Mereka juga boleh memakan tanaman sayur-sayuran mereka atau membuat tumbuhan yang mereka tanam sebagai ubatan herba contohnya pokok yang ditanam ialah Aloe Vera.

Mula-mula letak tanah dalam pasu lepas tu masukkan tumbuhan di dalam pasu.
Aktiviti Berkebun sebenarnya melatih anak-anak tentang :

  1. Mencintai Alam Sekitar
    Cacing dan semut sebenarnya binatang yang agak menggelikan tetapi cacing tanah sebenarnya banyak membantu dalam proses penyuburan tanah ataupun sebagai dekomposer dimana ianya membantu menguraikan makhluk hidup yang telah mati dan membantu tumbuhan untuk menyerap materi yangg diuraikan oleh cacing tanah tadi. Jadi dengan berkebun dan berkenalan dengan cacing tanah, kanak-kanak tidak akan merasa geli dengan makhluk yang lembik ni.
  2. Kesabaran Ketika Menunggu Tanaman Membesar
    Pokok yang ditanam perlukan pemerhatian yang lebih, ianya perlulah disiram pagi dan malam supaya ianya hijau dan sihat takut ianya akan mati jika terbiar. Dan tidak perlu disiram dengan kuantiti yang banyak takut tanaman akan lemas nanti.
  3. Menjadikan kanak-kanak lebih bekerjasama antara satu sama lain
    Ianya merangsang kanak-kanak untuk belajar dan bekerja secara berkumpulan disamping tolong-menolong serta membahagikan tugas ketika bercucuk tanam bersama ibu dan juga adik-beradik yang lain.
  4. Bertanggungjawab Pada Alam Sekitar
    Melatih anak-anak lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar di samping menjaga tanaman dengan baik dari tumbuhan sebesar biji benih kepada pokok tumbuh menjadi besar.
  5. Deria Dapat Dirangsang dengan Baik
    Aktiviti berkebun sangat bagus memberi rangsangan kepada 'motor-skill' dimana ketika kanak-kanak menyentuh tanah, merasa tekstur jenis pokok dan daun, malahan memberikan deria mata yang lebih sihat dengan melihat sesuatu tanaman membesar dengan cantik. Deria bau juga bertindak dengan baik sekali apabila tanah mempunyai bau-bau yang semulajadi untuk merangsang otak kiri dan kanan sekali gus menjadikan kanak-kanak ini menghargai kehidupan alam semulajadi.

Lepas dah tanam pokok, siram pokok tau.

Lepas dah tanam, tangkap gambar sebagai kenangan
Nak gambar lagi cantik, I guna DSLR lah, saya seorang photographer CILIK terbaik tau.

Selepas sesi berkebun, pasir-pasir yang bersepah perlu di sapu tau.
Galakan aktiviti berkebun adalah sangat penting kerana ianya selamat dan menyeronokkan ! Banyak manfaat ketika berkebun ! Saya sebagai ibu tak perlu risau lagi dengan pakaian anak yang kotor ketika habis sesi berkebun ! Ianya juga menguatkan sistem imunisasi apabila kanak-kanak didedahkan dengan pasir dan tanah.  Susu Friso Gold ada.

Selalunya kanak-kanak gemar melakukan aktiviti lasak but now, I am the BIG mama Nak tame-kan this boy jadi eco-friendly person dulu.. tanam pokok dulu.. nak main boleh but make sure udara sekitar rumah segar dan bersih.. clean air better oxygen later you can play without any hesitation,
boy ! 

Tanah dan manusia tidak mungkin dapat dipisahkan.. biarkan anak anak bermain dengan pasir dan tanah untuk mengaktifkan daya perkembangan otak dan motor-skill di samping memperkenalkan anak-anak dengan bakteria dan virus untuk menguatkan lagi antibodi dan sistem imun. Don't worry better immune system and strong antibody anak-anak tidak mudah jatuh sakit tau !
AKTIVITI LUAR RUMAH YANG MENGGALAKKAN 
PERKEMBANGAN OTAK DAN KECERGASAN FIZIKAL - BERBASIKAL

Berbasikal adalah salah satu aktiviti asas untuk kanak-kanak dalam proses pembesaran. Bukan sahaja kanak-kanak perlu untuk berbasikal malahan orang dewasa pun sangat digalakkan untuk berbasikal.
Berbasikal adalah salah satu aktiviti yang sangat menarik dan menyeronokkan bagi seorang kanak-kanak. Ianya membantu untuk membentuk kecergasan fizikal dan amat sesuai untuk kesemua peringkat umur.

Berbasikal bersama rakan-rakan di taman

Sukan berbasikal adalah pilihan yang amat popular dan menjadi pilihan utama untuk beberapa negara maju. Sukan berbasikal dikatakan sangat bagus untuk menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya dibahu dan pinggul untuk membentuk tubuh badan 'atheletic.'

Senaman berbasikal ini amat bagus untuk dijadikan sebagai aktiviti rutin untuk kanak-kanak. Hampir setiap hari berbasikal sangat bagus mencerdaskan otak dan menguatkan sistem tubuh badan.

Cek rantai basikal sebelum bergerak.

Berbasikal boleh membakar kalori dengan banyak dan ianya adalah sejenis senaman yang rendah hentakan. Mengikut kajian kira-kira 70% berat tubuh disalurkan keada tayar basikan berbanding pergelangan kaki.

Antara manfaat Senaman Berbasikal untuk kanak-kanak :

  1. Meningkatkan Kemahiran Berkayuh serta menguatkan otot kaki
  2. Dapat merehatkan Minda dan daya imbangan
  3. Meningkatkan stamina dan menjadikan kanak-kanak lebih peka dan 'alert' terhadap persekitaran
  4. Sangat bagus untuk mental kanak-kanak dan lebih baik jika para ibubapa memberi sokongan ketika anak-anak sedang berbasikal
  5. Sistem imun lebih kuat dengan aktiviti berbasikal

I bawa lagi laju dari kereta di sebelah, hehe.

Jadi apa lagi, saya dah cuba menjinakkan anak-anak dengan aktiviti berbasikal salah satu sebabnya ianya menjadikan anak saya lebih bijak untuk mengawal pergerakan ketika mengayuh basikal malahan menggalakkan lagi anak-anak saya menghadapi tekanan ketika melintasi halangan berada di tempat awam yang ramai dengan orang yang berjalan di sekeliling persekitaran anak saya.

Selalunya kanak-kanak gemar melakukan aktiviti lasak but now, I am the BIG mama Nak tame-kan this boy jadi eco-friendly person dulu.. one of the activity yang boleh mengeratkan silaturahim bersama rakan - rakan, keluarga dan juga alam sekitar.

Didik anak berbasikal kerana ianya adalah salah satu aktiviti yang boleh menggalakkan lagi perkembangan otak dan memberikan kesihatan yang baik untuk anak-anak .

Berbasikal boleh menguatkan tulang ? Betulkah ? Mengikut kajian mereka yang jarang berbasikal akan mengalami tulang yang rapuh apabila tua kelak. Jadi apa lagi, tak kira kanak kanak ataupun orang dewasa mulakan bersenam supaya dapat mengelak penyakit yang kronik dan dapat bentuk badan yang cantik gitu. Wink wink.
AKTIVITI LUAR RUMAH YANG MENGGALAKKAN 
PERKEMBANGAN OTAK DAN DAYA FIKIRAN YANG LEBIH BAIK 
- MENGHASILKAN BUIH BELON DARI SABUN

Main buih belon di Taman.

Rayyan ni memang suka main buih belon di bilik air setiap kali waktu mandi. Kali ni Mama bawa main buih belon dekat taman. Happy betul budak ni dapat main buih belon terhasil dari tenaga kinetik dan tiupan angin. Mula - mula kurang reti hasilkan belon yang panjang-panjang.. lama kelamaan otak dia dapat pick up macam mana nak hasilkan bentuk belon yang menarik.. Rupanya jangan selalu perap anak-anak di dalam rumah..aktiviti di luar rumah ni bukan sahaja menjadikan otak lebih aktif malahan ianya membantu untuk menjadikan kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.. Takut dengan virus dan kuman ? Tak perlulah.. pemilihan makanan dan minuman yang sihat mampu menghasilkan imunisasi badan yang kuat.. Budak - budak ni makin kita expose dengan dunia luar makin kuat kecergasan dan kepintaran otak.


Main buih sabun adalah sangat menyeronokkan untuk kanak-kanak, bukan sahaja kanak-kanak malahan yang emak pun suka main buih sabun yang menghasilkan belon ni. Antara salah satu aktiviti yang sangat murah, mudah dan sangat senang untuk didapatkan. Tak mampu nak beli ? Pakai sabun mandi, pencuci sabun mangkuk, atau sabun mandi juga boleh dijadikan sebagai bahan asas untuk menghasilkan belon yang cantik-cantik tau.


Antara manfaat bermain buih sabun :

  1. Meningkatkan kemahiran 'motor-skill' Halus
    Untuk menghasilkan buih sabun, perlu ada alatan untuk menghasilkan belon, iaitu pemegang batang untuk penghasilan belin, ianya memerlukan kekuatan tangan dan otot jari untuk memegang batang untuk menghasilkan belon.
  2. Meningkatkan Kemahiran 'Motor-skill' kasar
    Ketika menghasilkan belon, pasti kanak-kanak akan melompat, memusingkan anggota badan, mencangkung, dan juga mengejar buih-buihan yang berterbangan. Biarkan mereka melakukan kesemuanya supaya fizikal badan lebih kuat dan sihat.
  3. Meningkatkan kemahiran deria rasa
    Ketika bermain dengan sabun, mereka dapat rasa sabun itu sifatnya licin, basah dan melekit. Jadi latihan sensory/ deria rasa sangat bagus untuk kanak-kanak.
  4. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan bersosial
    Ketika bermain dengan ahli keluarga dan adik-beradik ataupun binatang peliharaan, kanak-kanak bermain sambil berinteraksi sama sendiri  dan menjaga ruang persendirian supaya tidak berlanggar sama sendiri.
  5. Meningkatkan kemahiran pengesanan
    Ini sangat bagus kerana ketika belon yang ditiup angin berterbangan menjadikan kanak-kanak ini akan mengejar belon disamping itu kemahiran visual di tingkatkan ketika belon itu bergerak dengan laju dan perlahan.
  6. Membantu menggalakkan lagi Koordinasi mata-tangan
    Menghasilkan belon perlu lebih peka, kanak-kanak akan menggunakan mata dan tangan untuk memecahkan belon serta mencelup batang penghasil ke dalam buih sabun dan menghasilkan lebih banyak lagi belon yang menarik dan menenangkan minda.

Yea, cuba tengok belon yang cantik terhasil dari tangan saya sendiri

Ops, ada kucing lah pula, kucing pun nak main belon bersama-sama ke?

Mama pun nak main bersama-sama, kan dah kata main belon sama-sama sangat bagus untuk menambahkan kemahiran sosial dan berkomunikasi tau.
Sebenarnya, banyak lagi aktiviti luar rumah yang menarik untuk kanak-kanak dan ibu bapa bermain bersama-sama. Kotor ? Bahaya ? Letak tepi kerana bermain dan melakukan aktiviti lasak adalah sangat bagus untuk meningkatkan daya ingatan yang lebih baik, tubuh badan yang sihat, sistem imunisasi yang lebih baik, dapat melatih kemahiran motor halus dan kasar, kemahiran proses deria dan paling penting mendengar arahan ketika menghasilkan, bermain atau melakukan salah satu aktivti kegemaran bersama.

Last time I pergi kelas pskilogi untuk kanak-kanak, pensyarah tersebut lebih suka ibubapa meluangkan masa bermain bersama anak-anak, biarlah anak jatuh lebam asalakan mereka suka dan bahagia ketika bermain..

'Let the kids play, they will be a better people in the future' - syafiera


Terima Kasih Friso Gold dengan memberikan peluang terbaik untuk kanak-kanak masa kini membesar dengan lebih sihat dan kuat dari dalam dan luar.

Membina lebih kuat dari dalam, kanak-kanak akan menjadi lebih baik di luar. Dedahkan anak-anak anda dengan perkara-perkara yang baru dan menarik di dunia. Sistem penghadaman yang sihat bermakna anak anda lebih kurang tekanan dan semangat untuk menikmati semua jenis aktiviti bersama ibubapa. Kanak-kanak waktu kecil sangat mudah untuk menyerap ilmu ketika mereka masih kecil lagi. Jadi ibubapa jangan halang mereka menerokai dunia.

Friso Gold diperbuat daripada Alam semulajadi.(Made By nature)
Friso Gold mempunyai ladang ternakan dan susu tersendiri. Susu yang terhasil adalah berkualiti tinggi yang menghasilkan susu tepung yang kaya dengan nutrisi. Susu Friso Gold bersumberkan dari Holland yang datang dari ladang tersendiri. Lebih dari 19,000 ladang syarikat Friso Gold yang pakar dalam bidang tenusu untuk menghasilkan susu tepung yang berkualiti tinggi.

Lembu yang mempunyai baka yang tulen dan telah dianggap sebagai keluarga sendiri. Lembu adalah anugerah terindah dari alam semulajadi. Mereka menjadikan susu berkualiti tinggi . Lebih sihat ternakan lembu lebih tinggi khasiat susu yang terhasil.

Setiap lembu telah diberi nama oleh peladang dan dianggap sebagai keluarga. Setiap ekor lembu mempunyai tag dan kolar elektrik untuk memastikan lembu mempunyai status kesihatan yang baik.

Friso Gold adalah sebagai pakar dalam bidang tenusu yang telah lulus setiap generasi. Susu adalah produk semulajadi yang tidak boleh dihasilkan secara cepat dan tergesa-gesa. Untuk menghasilkan susu yang kaya dengan nutrisi ianya memerlukan penjagaan yang sempurna dan dedikasi. Ianya perlu dilakukan secara konsisten.


Diperbuat lebih baik dari Sains ( Made Better By Science)
Dengan memelihara kebaikan dari alam semulajadi, susu yang terbaik hasil dari ladang di Holland telah memberikan nutrisi yang terbaik khas untuk anda. Syarikat Friso Gold mempunyai pakar dalam bidang tenusu yang telah memberikan kebaikan kepada berjuta-juta orang setiap hari daripada 100 buah negara. Susu yang berkualiti tinggi telah diimport dari ladang ke kilang di mana kebaikan susu telah dikunci dan memberikan nutrisi yang terbaik kepada kanak-kanak dari dalam ke luar.

Apabila kanak-kanak mempunyai kesihatan penghadaman yang baik, daya ketahanan badannya akan bertambah baik. Apabila anak anda kuat dari dalam, mereka lebih gembira dan sedia menikmati masa di luar bersama anda (sebagai ibubapa)!
Untuk maklumat lanjut mengenai Friso Gold, sila layari :

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram