Sedap sebar FITNAH, makanlah korang Daging Busuk orang yang korang Umpatkan tu..

Di sebalik perbincangan pendapat ibubapa pro-choice berkenaan pengambilan acid folic ketika hamil menjadi isu hangat apabila ada yang mengatakan jika tidak mengambil vitamin sedemikian anak yang lahir bakal menjadi cacat kerana kekurangan vitamin. Jadi ramai ibu pro-choice di luar sana menyangkal pendapat ini ramai yang mengatakan ada di antara mereka tidak mengambil vitamin yang dibekalkan oleh klinik ibu dan anak tapi mereka mengamalkan pemakanan yang seimbang yang kaya dengan folic acid dan ada yang mengambil vitamin organik sebagai pengganti kepada vitamin yang disediakan oleh pihak kerajaan, Alhamdullilah anak sihat walafiat. Itu semua kerja Allah nak tentukan anak-anak lahir sihat atau tak sihat.. Allah yang tentukan bukan manusia...

Bagi saya tiada masalah kerana ibu sekarang mereka lebih arif dan peka mengenai badan mereka sendiri. Tak semua boleh menerima vitamin sintetik sebagai rutin makanan harian mereka.. jadi ramai para ibu yang bekerja dan berpelajaran tinggi memilih makanan yang berkhasiat atau menukar kepada vitamin organik dan bebas pewarna.

Jadi sebagai ibu - anda fikirlah mana yang lebih baik ? Anda inginkan vitamin sintetik penuh dengan perasa dan pewarna. Itu adalah pilihan anda.

Dan ada sahaja para ibu bukan bekerjaya tinggi dan kurang mampu untuk mendapatkan vitamin organik jadi tak salah para ibu ini untuk mengambil vitamin mengikut kemampuan mereka. Nobody halang just you know any prescription mesti ada side effects kan, so sendiri ambil risk sendiri tanggung, it's all up to the parents.

Asid Folik sangat penting kerana ianya membantu menguatkan sistem imun dan juga dapat mengurangkan pesakit lupa(Alzheimer) malahan Mereka yang mempunyai Anemia tersangatlah perlu untuk mendapatkan mengambil pemakanan yang mengandungi Asid Folik.

Makanan yang kaya sumber asid folik adalah seperti buah-buahan, buah kiwi, buah pisang, buah betik. Amalkan je ambil buah-buahan ni.. betik pun ada je kedai jual RM3-RM5 sebiji. Emak kita tanam buah betik sendiri so tak jadi masalah. Buah betik pun senang nak hidup  tau. ;)

Asid Folik membantu pembentukan sel darah merah.
Masa I pregnant anak pertama ilmu tentang vitamin tersangatlah lemah, HB pun ke laut setiap kali check up, selalu bawah 10, tak ke haru ? Walaupun setiap hari mengambil vitamin yang dibekalkan oleh klinik ibu dan anak. Bagi saya, saya tak serasi dengan vitamin yang dibekalkan. Jadi saya sendiri mencuba vitamin organik dari Shaklee. Semasa saya hamil anak kedua, saya sudah berjinak-jinak dengan pengambilan pemakanan organik dan sihat, walaupun tak mampu tapi saya usahakan juga sebab saya memang inginkan gaya hidup bebas dari pengambilan bahan kimia yang berbahaya dan penuh dengan pewarna dan perasa. Selepas bertukar kepada vitamin organik saya dapati HB saya lebih dari 11. Setiap kali check-up misi selalu cakap HB dah cantik, nak tak ambil vitamin dari KK ? Setiap kali ditanya, saya selalu katakan saya ada ambil vitamin lain, jadi saya tolak secara baik yang saya tak perlukan vitamin dari KK, misi sendiri menghormati keputusan saya, saya tetap teruskan check up dan misi-misi di KK tetap layan dengan baik dan faham kenapa saya tolak. tapi yang lelebih nya manusia hebat dalam sosial media, tak tahu masalah pesakit orang lain dia yang lelebih nak sebarkan dakyah fitnah di public.

Any information pesakit dengan hospital, klinik should be remaining Privacy weii. Ada juga lah segelintir para doktor mengumpat pasal pesakit tak pasal-pasal kena ambil tindakan sebab pos keaiban pesakit di sosial media... For me what point you become doctor to condemn pesakit ? Why you nak belajar jadi doktor if you cant commit with the patient ? Seriously I can't even brain this. I hormat you as my doctor but this is how you treat us ?

Kenapa ye ada je yang tak suka dan menyangkal parent yang pro-choice especially mereka yang mengamalkan alopati lifestyle. Menteri kesihatan pun kata ianya adalah pilihan ye ? Yang wajibkan lebih-lebih adalah bani melayu mengaku para islam.. sedangkan islam sendiri tidak memaksa orang bukan islam untuk memeluk islam, inikan makanan ubat-ubatan kimia nak paksa paksa... rimas weii wujud manusia macam ni ? Lebih-lebih lagi ramai juga yang kaki jenis Lurus Bendul especially Page penyebar fitnah macam PW, Beautiful Nara, Root to hell... korang selesa kan makan makanan dari cerita aib dan fitnah orang ? Mungkin tak rasa sekarang tapi tunggulah... doa orang teraniaya makbul.. cepat-cepatlah minta maaf ye.. itu pun kalau orang tu nak maafkanlah ye..

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com