Pablo Cheese Tart kini berada di One Utama Old Wing Level 2.

12/08/2016 06:54:00 PM

 

Pablo cheesetart sekarang sudah berada di Malaysia, the 1st japenese cheese tart yang ingredients fully imported dari Japan.  Pablo Cheese Tart dilancarkan pada 4 Disember 2016 di One Utama Old Wing Level 2.


Pablo Cheese tart 'no pork no lard' dan masih dalam proses untuk mendapatkan status halal dari Jakim so tak perlu ragu-ragu guys. Tak lama lagi ada Halal jadi jangan risau tau untuk Muslim people.


Antara pelayan yang sangat friendly di Pablo Cheese Tart. You all akan di greet dengan sorakan yang kuat. Happening gila tau.


Terdapat pelbagai perasa lain selain Pablo Cheesetart keju iaitu Coklat dan Matcha(Teh hijau) Nampak macam sedap kan ? Tapi semasa majlis pelancaran masih tiada lagi coklat dan matcha. Hopefully next time datang ada sudah kedua-dua perasa yang bakal dilancarkan tak lama lagi.


Selain daripada cheese tart, pelbagai lagi menu yang pasti membuatkan anda terliur wei.. contohnya macam pudding, biskut dan lain-lain.


 Harga adalah mengikut saiz, mini cheese tart berharga dari RM8.90 Sehinggalah RM 100.


 Premium Cheese Tart dijual pada harga RM79.90. Tengok macam puding kan ? I tak dapat rasa lagi yang ni maybe akan datang I akan cuba sendiri.


Freshly Baked Cheese Tart dijual pada harga RM45.90. Yang ini memang sedap, atas dia ala-ala jeli dalam dipenuhi dengan keju sehinggalah bahagian kerak sangat crusty dan ranup. Bila makan rasa macam nak lagi sebab memang sedap sangat. Katanya 1 ni boleh dimakan untuk 4 orang tapi I satu ni pun boleh habis makan sorang.


Aiskrim dan blending keju beverages pun ada tau ! Meman sedap sangat sangat !


Yang ni boleh bagi pada insan yang tersayang lah, dalam bungkusan kotak yang cantik.


Yang ini pun boleh dijadikan sebagai souvenir. Packaging memang cantik.





Cuba tengok keju yang meleleh ni, memang sedap sangat tau bila makan mesti nak makan lagi.

 

Yang ini mini cheese tart. keju dia memang membuatkan korang rasa nak makan lagi. !
 

Minuman dalam ni pun ada keju. Memang muka pun jadi keju lah nampaknya.
 

Nah jangan kata aku tak payung. Ini adalah senarai dan harga makanan yan terdapat di Pablo Cheese Tart.






Untuk maklumat lanjut,  

Venue : PABLO’s Cheesetarts Bakery
No 130, 2nd floor, One Utama Shopping Mall (Old Wing)
1, Lebuh Bandar Utama
47800 Selangor

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram