Wow ! Kulit Lembut untuk tempoh 24 Jam Dengan Hada Labo Hydrating Essence Terbaharu.

Kelembapan Berpanjangan Dengan Hada Labo Hydrating Essence Terbaharu

Sudah lama produk ni dalam beauty box syafierayamin.com, selalu pakai sebelum pakai mekap. syafierayamin.com baru dapat tahu ramai wanita dikalangan kita semua tak menjadikan pelembab wajah sebagai rutin harian. Sebenarnya konsep dalam rutin harian perlulah mempunyai lembapan yang bagus untuk pastikan kulit kita dapat mengekalkan keremajaan kulit.

Hydrathing essence sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif seperti saya ni. Ianya mempunyai kadar pH yang seimbang dan bebas dari alkohol, sumber haiwan, pewangi, pewarna dan minyak mineral.

Antara kebaikan Hydrathing Essence :
  1. Mengekal dan memelihara kelembapan kulit selama 24 jam. 
  2. Ada 4 jenis Asid Hialuronik lagi pekat dari Hada Labo Lotion.
  3. Meresap ke dalam kulit sehingga jauh ke dalam.
  4. Teknologi Moist24™ untuk membekalkan penghidratan selama 24 jam.
Selain itu, Hydrating Essence juga diformulasikan dengan teknologi Hada Labo High Perfomance Pentrating & Deep Moisturizing (HHP&M) supaya kulit dapat menyerap nutrien lain daripada penjagaan kulit stereusnya.


Antara packaging Hada Labo Hydrating Essence Terbaharu - macam gaya botol serum kan.



Cecair nya bewarna jernih dan terus meresap ke dalam kulit, memang tak berminyak langsung, kalau pakai terus tanpa penggunaan mekap pun dah mampu buat kulit nampak lebih lembab dan kekeringan dapat di elakkan.

syafierayamin.com sangat suka esen Hada labo ni sebab botol dia kecil senang nak dibawa kemana-mana tak perlu nak pening mana nak letak dalam bag. Lagi satu yang paling best bila pakai tak de lah rasa berat pun, sebelum pakai mekap memang pelembab ni sapu kat muka dulu. Mekap pun jadi tahan lama dan tak bercapuk langsung ! ;)

Cara nak pakai guna 2x sehari - kalau nak lagi efektif guna selepas Hada Labo Hysrating Lotion. Tuang atas tapak tangan mengikut keperluaan dan pedap lembut pada wajah kalau boelh urut sikit sampai cecair meresap ke dalam kulit sebepunhnya.

Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Essence (30g) berharga RM74.00 dan boleh didapati di farmasi-farmasi utama seluruh negara bermula September 2015.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com