Kahwin dengan orang bisu kalau tak tahan dengar isteri membebel.

Ini bukan satu penghinaan atau mahu jatuhkan orang yang OKU. Tapi ini adalah realiti dalam kisah rumah tangga. Anda percaya tak kadang-kadang suami anda sebolehnya mahu pekak kan telinga mereka semata-mata tak mampu mendengar isteri membebel. Percaya tak ? Kaum suami kena ingat jangan cuba-cuba memekakkan telinga jika isteri minta bantuan, mana tahu dengan izin Allah telinga kalian secara tiba-tiba pekak selama-lamanya, baru berakal.

Malanglah bagi kaum isteri yang mempunyai suami jenis ini, bukan apa, kadang-kadang timbulnya nafsu membebel dari kaum isteri itu adalah sebab suami tak menjalankan kewajipan sebagai seorang suami iaitu membantu para isteri di dalam rumah sama ada membersihkan rumah, memasak dan sebagainya. Selama ini untuk pengetahuaan umum, wanita yang selalu bergelar isteri mereka pantang sekali melihat rumah dalam keadaan bersepah, berhabuk dan sebagainya.

TAPI, kadang-l kadang janganlah berfikiran negatif pada suami anda yang tak boleh mendengar dengan baik, eloklah bawa suami anda pergi buat check-up telinga mana tahu mmang ada masalah pendengaran, who knows right ?

DAN terdapat kajian mengatakan bahawa LELAKI apabila sedang menonon televisyen lebih-lebih lagi rancangan kegemaran mereka, mohon para wanita atau isteri jangan menjerit sebab telinga dia hanya fokus pada apa yang mata dia memandang sahaja. Alahai kesiannya, cuma terfikir kenapalah lelaki boleh jadi ketua kalau telinga nya hanya boleh dengar pada satu benda sahaja- not a multitasker betul ! Hehe.

Entahlah saya pun tak tahu macam mana nak mengubati masalah ni, tapi satu cara jika suami ni memang jenis yang memang tak boleh dengar banyak benda, para isteri pergi dekat dengan dia, tepuk bahu dia, dan bila dia pandang boleh lah bercakap dengan dia.

But kalau saya, saya halang dia dari pandang TV kot dan baru bercakap, ha ha ha.

Tapi sebenarnya saya sama sekali tak pasti kajian ini betul atau tidak, kalau anda seorang suami atau bapa yang baik pastinya anda tidak akan abaikan setiap perkataan yang keluar dari mulut isteri-isteri anda. Bahaya tau, zaman sekarang wanita sudah extreme kot. hehe ! ;)



Saya masih tak faham kenapa zaman sekarang wanita mempunyai sepasang telinga yang cukup baik sampaikan orang mengumpat dalam hati pun dia boleh dengar, hmm, itu mungkin anugerah yang diberi tetapi kajian yang macam ni rasanya SALAH sama sekali. Sebab lelaki itu kan ketua, dia kena dengar pendapat dari sesiapa pun kalau nak buat keputusan yang tepat.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com