Shizens : Senarai Harga Produk & Tea Party di Malaysia.

Hi semua ! syafierayamin.com bawakan ekslusif kisah kecantikan bersama produk yang agak terkenal di Malaysia iaitu Shizens. Tak dinafikan syafierayamin.com sangat-sangat produk dari Shizens sebab beauticians Shizens sangat friendly, diaorang sanggup bagi fully makeup-touched dan syafierayamin.com mengaku yang cara diaorang melayan kulit muka kita sangat-sangat profesional.

Semasa tea party hari Sabtu lepas di ISETAN, Ada promosi rebate RM350 - RM100. Tak rugi lah siapa yang beli waktu tu sebab bukan senang nak dapat harga yang mampu untuk produk Shizens.
Jadi syafierayamin.com dapat la merasai semua produk Shizens especially yang makeup, skincare pula ikut kesesuaian kulit.

Jadi bagi anda berminat dengan skin range dan make up range dari Shizens, boleh lah korang survey-survey dalam blog syafierayamin.com harga dia sebelum nak ke kaunter. Kalau nak pergi dekat kaunter pun boleh, sebab beauticians dekat sana boleh set kan skin care apa yang sesuai untuk uolls semua.

Percayalah, syafierayamin.com memang sangat suka produk dari Shizens, terutamanya, lip gloss, lip tattoo dan eye charm lah paling menarik sebab bulu mata sangat-sangat panjang tanpa menggunakan bulu mata palsu langsung, nak solat pun senang, basuh je dengan air. 

Lip Gloss 8ml, ada 4 warna pilihan Baby Pink, Rosy Pink, Shiny Violet & Mocha Brown tapi waktu tu ada 3 je sebab dah habis stok katanya, shades dia berkilat dan buat bibir nampak penuh, seksi dan menawan. RM95/each
Hue-Duo Eye Shadow, Okay syafierayamin.com rekomen anda semua untuk pergi cuba eye-shadow ni, warna pigmentasi agak terang, pekat dan kelopak mata nampak lebih menawan jika sapu hanya sedikit sahaja. Ada 3 kombinasi warna yang sangat menarik. RM136/each.

Magnifique Rouge Lipstick 4g ada 12 warna tapi ada yang tak ada stok, syafierayamin.com tak berpeluang nak cuba lipsticks ni sebab masa sangat terhad waktu tu, husband tak larat. Hehe. RM95/Each


Produk Shizens khas untuk mata. Yang ni lah memang favorite syafierayamin.com, Dramatic Eye Liner, Eye Charm 1g ( RM136), Mascara 7G (RM74) dan Mascara Softening 5ml (RM42)

1X Eye Corrector
Shizens, Eye Brow Pencils : Tawny & Brunette

Dramatic Eye Collection
Fairy Gold
Mythology
Dove Grey
Livid

Shizens Eye Makeup Range.

Lip Tattoo, antara salah satu produk kegemaran RM179/satu
Baca my review here : http://syafierabeauty.blogspot.my/2014/12/product-review-shizens-lip-tattoo-lip.html


Shizens Pore Perfect RM149/each, syafierayamin.com sangat suka pore perfect ni sebab kulit jadi lembut, macam tak pakai make up je dan kulit nampak tersangat glowy dan natural.

Antara produk yang dihighlight ketika di tea party Shizens Sabtu lalu.

Antara Goodie bags yang pengunjun dapat waktu Shizens Tea Party.


Salah seorang Beautician yang anda boleh refer kalau dekat Boutique Shizens KLCC.

Produk Shizens dari kiri, Hand Emulsion 50g ( RM52), Silky Renewal Gel 50ml (RM147), Sheer Barrier 50ml ( RM 295)

Shizens Anti-aging ada Hydro Cleanser RM168, Hydro Enchanching Lotion 100ml RM200, Hydro Liposome Essential 30ml RM518, Hydrant Day & Night Emulsion 30ml Day RM327 Night RM380

Yang ini skincare untuk firm kan wajah yang semakin tua. Sesuai lah untuk kita yang semakin hari semakin tua.

Antara koleksi make up asas, Natural Pore Nutrient Foundation SPF33 PA ++ 12g RM 242, Pore UV essence BB 15ml tak ada stock sorry.

Masa dekat kaunter Shizens, skincare range yang ini lah syafierayamin.com pakai, dan memang skincare ni la paling syafierayamin.com berkenan. Hydrating set. - A qua Cleanze, Aqua Mist, Liposome Fair refining Essence dan Hydro Fair.

Beautician Shizens : Joanne, lembut je cara dia urut muka syafierayamin.com

Syafierayamin.com sangat berkenan betul dengan Eye charm ni, dia panjangkan bulu mata.

Gambar syafierayamin.com dan beautician Shizens Joanne. Tengok muka selepas di makeup, cantikkan.
Jadi bagi anda semua berminat dengan produk shizens, boleh lah singgah kaunter Shizens yang berada di ISETAN,KLCC, Dekat Gardens pun ada.

Maklumat Lanjut : www.shizens.com
Facebook : Shizens

1 ulasan :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com