Berus Gigi Terbaik dari Systema

Dengan menggunakan slogan " Cleans Every Part Of Your Teeth, No matter What You Eat " atau makan apa sahaja, ianya tetap akan mencuci dengan bersih gigi anda di setiap bahagian yang terlindung - Systema 3D Clean di reka khas dari Jepun dan dibuat khas untuk makanan yang paling susah disental jika melekat di celahan gigi berbanding daripada berus gigi biasa.




Antara sebab saya katakan Berus Gigi Systema 3D Cleans sangat terbaik ( mengikut pandangan saya )


Sebagai wanita hamil, saya mengalami gusi yang teramat sensitif dan sama sekali saya tidak boleh menggunakan berus gigi yang kasar kerana ianya akan membuatkan gusi saya berdarah sekali gus membuatkan saya hilang selera untuk makan kerana gusi dan gigi yang sakit. Melalui pengalaman saya setelah menggunakan berus gigi Systema 3D cleans saya dapati gusi saya masih dalam keadaan yang baik dan sama sekali tidak berdarah walaupun saya telah membersihkan beberapa kali gigi saya dengan berus gigi systema 3D Cleans. Saya sukakan bentuk spiral yang ada di bahagian berus hadapan dan belakang sekali gus membersihkan gigi saya dari lebihan plak dan bakteria. Dengan bahagian pemegang dilaputi dengan getah, saya lebih senang memegang berus gigi systema 3D cleans tanpa rasa licin yang boleh menyebabkan berus gigi tergelincir dari tangan. Secara keseluruhan saya rasa saya akan menggunakan Berus gigi systema 3D Cleans untuk satu tempoh masa jangka yang panjang bagi memastikan gigi saya bebas dari bakteria dan Plak.

 

5 Sebab Berus Gigi Systema 3D Cleans dikatakan amat terbaik berbanding berus gigi biasa.
  1. Mempunyai Hujung Berus Tipis Spiral : Berfungsi untuk mencapai gigi belakang dengan lebih baik untuk menanggalkan lebihan plak yang tersangkut di bahagian celahan gigi.
  2. Bulu berus pendek di pusat berus : Permukaan gigi boleh dibersihkan dengan lebih berkesan.
  3. Bulu Berus yang panjang di tengah berus. : Celahan gigi dapat ditembusi dengan baik untuk mengeluarkan sisi-sisa makanan.
  4. Bulu berus yang panjang di bahagian luar : Dapat menanggalkan Plak 9x lebih berkesan setelah garisan gusi dapat ditembusi.
  5. Sebagai pembersih lidah : Dapat menhilangkan nafas berbau dan menanggalkan bakteria yang busuk.
 

Fakta Menarik tentang Berus Gigi Systema 3D Clean
  1. 86% pengguna Berus gigi Systema 3D Cleans bersetuju mendapati ianya berkesan membersihkan bakteria, plak dan nafas lebih segar berbanding penggunaan berus gigi biasa.
  2. Berjaya di jual 1 batang setiap saat.
  3. Bulu berus 0.02mm membersih 18% lebih baik berbanding berus bulu 0.01mm.
  4. Mengurangkan tekanan memberus sebanyak 66% untuk pengalaman memberus yang lebih selesa dan menyenangkan.
  5. Direka khas dari Jepun
 

7 Jenis berus Gigi Systema yang terbaik dari Jepun.
  1. Untuk basic Cleaning (Pembersihan asas) : Compact, Comfort & Full Head.
  2. Untuk Enhanced Needs ( Keperluan meningkat ) : 3D Clean
  3. Untuk Sepcial Needs ( Penggunaan Istimewa ) : Sensitive, Spiral & BI-level

Antara Aktiviti menarik sepanjang Kempen kesedaran tentang Gigi yang bersih dianjurkan oleh Systema.
  1. Pengunjung yang hadir dapat membeli harga promosi berbanding daripada harga sebenar.
  2. Pengunjung dapat mengenali dengan lebih dalam tentang jenis-jenis berus gigi systema yang sesuai untuk mulut dan gigi mereka.
  3. Pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman menggunakan berus gigi systema yang mampu memberikan pembersihan gigi yang lebih baik dari yang sebelumnya.
  4. Terdapat "Dental medical free check-up" dari doktor gigi yang bertauliah. 
Untuk Maklumat Lanjut : https://www.facebook.com/KeepSmilingMY

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com