Relevankah "Baby Hatch" seperti yang dicadangkan?

6/23/2015 08:22:00 AM

Hi semua,
harini saya terpanggil untuk berkongsi pendapat saya tentang " Baby hatch." Mana saya dapat tahu pasal baby hatch ni, korang boleh jenguk Astro Awani posted kat sini :
https://www.facebook.com/astroawani/photos/a.128607885964.119922.11726505964/10152895394640965/?type=1&comment_id=10152896181430965&notif_t=photo_reply

Saya tak tahu apa itu baby hatch pun, tapi masa main game Ragnarok adalah kot pet incubator. Peram lama-lama bila nak guna je baru guna.

Gambar ambil dari Astro Awani

Tinggalkan bayi dalam 'baby hatch' bukan kesalahan jenayahhttp://www.astroawani.com/berita-malaysia/tinggalkan-bayi-dalam-baby-hatch-bukan-kesalahan-jenayah-63353?cp
Posted by Astro AWANI on Monday, 22 June 2015
Okay bercakap pasal baby hatch - kalau ikut pemahamam saya kan, baby hatch adalah tempat untuk tinggalkan bayi yang masih hidup akibat daripada seks bebas dan terlanjur. Ye saya tahu zaman sekarang dah moden, seks itu perkara yang natural ( kalau rujuk pada orang kat Amerika ) tapi kalau ianya sangat natural kenapa kan bila dah termengandung sanggup nak bunuh ?

So, disebabkan takut mengandung, adalah kaedah awal untuk mengelakkan daripada sperma bertemu ovum :
1 : Guna kondom
2 : Boleh lah buang ovari korang tu. ( kesan jangka panjang )
3 : Makan pil perancang.


Tapi kalau dah buat langkah-langkah di atas tu dan still sperma tu kuat mencari ovum tak mustahil lah kan.. akan jadi bayi yang sihat kan... kalau tuhan nak tunjuk memang berlaku.

Tapi adakah wajar perkara ini berlaku ? Adakah dengan wujudnya "Baby Hatch" boleh kurangkan gejala seks bebas ? Kalau mengikut apa-apa agama pun : memang tak digalakkan hubungan terlarang sebelum bernikah- antara satu faktornya ialah bakal melahirkan anak luar nikah.

Kita takut dengar anak luar nikah tapi seks bebas memang seronok. Janji dapat enjoy.

Rata-rata bersetuju mengatakan baby hatch sangat bagus disediakan sekurang-kurangnya bayi dapat selamatkan.

Saya tak nafikan memang bayi tersebut dapat diselamatkan. Tapi back to logik. Walaupun bayi dapat diselamatkan ? Bagaimana pula penerimaan masyarakat terhadap anak luar nikah ? Mereka bukan anak yatim piatu tapi mereka ada ibu bapa di luar sana.

Adakah anda di luar sana setuju dengan adanya baby hatch ini ?
Kalau saya, mungkin tidak berapa setuju, tapi mungkin akan bersetuju jika ada selain masalah lain contohnya kes rogol. Tapi itulah tak boleh nak kata banyak, sebab sekarang ni macam-macam boleh jadi, doalah banyak banyak pada Allah selamatkan kita dari perkara macam ni termasuk lah ahli-ahli keluarga kita.





Baby hatch - tempat untuk letak bayi yang .......... dan elak ibu tu bunuh Anak tu.
Ramai kata baguslah dari bunuh bayi tu.. kalau taknak bayi tu biar kita jaga....
Tapi sejauh mana kan ? Mesti nanti lagi kerap buat lepas tu oh tak pe ada baby hatch nanti kita letak situ je.. selamat bayi tu.. ada orang akan jaga...
Tapi sejauh mana orang yang nak jaga tu...
Ingat tak kes mak ngan ayah kandung sendiri pun simen Anak dalam tanah... itu Anak kandung tu bukan Anak darah daging sendiri tu...
Mak ngan ayah sendiri pun dera Anak... ini kan Anak kandung bukan Anak darah daging sendiri tu...
Bagaimana penerimaan masyarakat pada bayi tu ? Nak bagi harta ke atas bayi tu boleh ke ? Nak berbin dan berbintikan boleh ke ? Adakah kita hanya cakap alahai comelnya bayi ni biar I jaga.. tapi betulkah bayi tanpa ibu bapa ni betul betul nasib terbela ? Dugaan untuk mereka bila semakin besar... tanpa ibu bapa... 😣😣 tapi mereka bukan Anak yatim piatu ibu bapa yang lahirkan mereka masih wujud di luar sana... pening... banyak persoalan..
Ye betul bayi tu akan selamat tapi adakah mereka dapat pembelaan yang adil.....


You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram