I want FREE TRIAL ! JOM KURUS DAN CANTIK DENGAN MAYFAIR BODYLINE

I want FREE TRIAL !JOM KURUS DAN CANTIK DENGAN MAYFAIR BODYLINE

Pada Khamis yang lepas iaitu 30 May 2015, saya berkesempatan untuk melakukan “facial face” dan “slimming program” di Mayfair Body Line. Memandangkan kulit saya banyak masalah, berjerawat, sensitive dan berminyak tambahan kekeringan selepas menggunakan pencuci muka yang “oil-free,” kulit saya juga menggelupas dengan teruk kerana tiada kesempatan untuk melakukan rawatan muka di kedai-kedai kecantikan professional. Tapi kali ini saya berkesempatan selepas Berjaya mengatur jadual saya untuk menerima rawatan terbaik dari Mayfair Body Line dibawah Nuffnang.

Selain itu saya juga mengalami masalah terlebih lemak dalam badan selepas saya melahirkan anak 2 tahun lalu, lemak saya ialah sejenis “ flabbys” iaitu lemak yang lembik di bawah lapisan kulit. Mungkin kerana lebihan air dan juga lemak degil yang tak mahu keluar dari badan.


Sampai sahaja saya di depan Mayfair di Beauty Hall Level 7 Pavillion, saya di tunggu oleh XingYi untuk melakukan rawatan tersebut. Kemudian saya di sambut baik dengan “beauty consultant Mayfair” iaitu Tiffany dan membincangkan masalah kulit dan berat badan saya alami di bilik konsultan.


Mayfair di Pavillion mempunyai bilik rawatan yang banyak untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada pengujung dan juga pelanggan yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Mayfair dioperasikan oleh sekumpulan professional yang terlatih bersama-sama perunding kecantikan dan juga ahli terapi, selain khidmat facial dan pelansingan badan. Mayfair Bodyline telah berada didalam industry pelansingan, kecantikan dan Spa selama 30 tahun.”


Teh bunga yang disediakan untuk pelanggan yang hadir pada sesi rawatan.

Teh bunga yang disediakan untuk pelanggan yang hadir pada sesi rawatan.


Saya bersama Tiffany, perunding kecantikan Mayfair membincangkan masalah kulit dan badan yang saya alami.


Kulit wajah saya di scan menggunakan mesin khas untuk melihat secara dekat masalah kulit yang saya alami. Saya mengalami masalah jerawat yang teruk di bahagian dahi serta dagu mungkin disebabkan faktor pemakanan, cuaca, tekanan, dan salah memilih produk yang sesuai untuk kulit.Oleh itu kulit saya diklasifikasikan sebagai kulit berminyak dan kering, sensitif dan berjerawat.


Kemudian saya menimbang berat di atas alat penimbang khas mengikut umur dan ketinggian saya.Berat tertera ialah sebanyak 48.1kgmanakala tinggi saya hanya 147cm, dan saya mempunyai lebihan lemak dalam badan sebanyak 31.9% tetapi jika mengikut keadaan normal, lemak di dalam badan saya sepatutnya hanya 25-28%, berat ideal saya sepatutnya hanya 44-45kg, nampaknya saya terlebih berat sebanyak 3 kg.
Maka, Tiffany telah mengesyorkan saya untuk melakukan Rawatan Intensive Frequency, Vibe Kinetic Therapy,CLA Chili Slimming dan HEAT Circulation untuk “program slimming” manakala untuk wajah – saya disyorkan untuk melakukan “facial, detox dan Revitalising Mask.” Saya akan terangkan satu per satu dengan kaedah rawatan yang telah saya terima.


Setelah proses menganalisis kulit saya, kemudian saya di tempatkan di sebuah bilik rawatan dan di ambil alih oleh Yuki Chong iaitu salah seorang pakar kecantikan dalam proses melakukan sesi rawatan. Di sebuah bilik yang kecil dan mempunyai kelengkapan sinki air, almari untuk memudahkan proses rawatan tersebut, bilik berkenaan juga teramat selesa dan mempunyai bunyi muzik yang menenangkan.


Produk kecantikan Mayfair- ReesSkin dan mesin yang digunakan ketika rawatan.


Teknik awal dalam proses rawatan wajah, Yuki telah menggunakan satu teknik urutan yang amat melegakan iaitu teknik urutan “Tension Relieve Massage” atau “Tension Release Treatment” dimana dengan menggunakan tenaga tekanan sederhana “essential oil” untuk memperbaiki perjalanan darah dan memulihkan kembali kesihatan fizikal. Ianya juga membantu memperseimbangkan dan meningkatkan keseimbangan mental untuk berfungsi dengan baik dan jelas.

Setelah itu, dengan menggunakan double cleanse milk iaitu langkah pertama untuk membersihkan kotoran pada wajah dengan teknik urutan yang betul dan diikuti double cleanse gel sebagai langkah untuk memastikan kulit dalam keadaan yang bersih tanpa berlaku sebarang iritasi pada kulit.


Dengan menggunakan sebuah mesin pelbagai fungsi, Yuki telah menggunakan “lifting mode” bersama “purifying ampule” sebagai salah satu cara untuk mengembalikan keanjalan dan merawat masalah kedutan pada kulit.


Kemudian wajah saya disapu degan 1st herbal active mask membantu untuk mengatasi masalah jerawat dan mengurangkan kerengsangan kulit akibat dari kulit sensitive.


Herbal Active mask yang kedua pula, sama seperti yang pertama untuk melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan kesakitan pada kulit dan mengawal masalah jerawat.

Kemudian teknik memicit jerawat dengan menggunakan teknik yang betul untuk memastikan kulit betul-betul dibebaskan oleh jerawat, bintik-bintik putih serta bintik bintik hitam. Teknik ini memang sakit dan perlu tahan sedikit supaya isi isi kotoran dapat dikeluarkan supaya tidak terkumpul di dalam pori lagi.


Setelah proses memicit jerawat, Yuki menyapu penyegar agar pori kulit tertutup supaya tiada lagi kotoran masuk ke dalam pori, kemudian Yuki menggunakan “IST machine” dengan “detox mode” untuk membunuh bacteria dan membersihkan wajah dari toksik. Ianya bertindak seperti renjatan elektrik pada kulit dan tidak begitu sakit. Setelah itu wajah saya diurut secara titik ataupun point massage untuk kulit berjerawat selama 10minit. Kulit wajah saya tidak digalakkan untuk melakukan urutan sepenuhnya kerana ianya akan menambahkan lagi stimulasi pada kulit untuk meghasilkan jerawat yang berlebihan.


Setelah itu wajah saya disapu dengan “Oxygen Activator” bukan krim ataupun gel dan ianya bertindak untuk menghidrasi kulit disebabkan oleh kekeringan. Dan akhir sekali wajah saya di sapu dengan “perfect skin mineral mask” fungsi nya juga adalah untuk menghidrasi kan kembali kulit yang teramat kering akibat tersalah menggunakan produk.

Kulit wajah saya ternyata lebih bersih tanpa kesan kesakitan dan iritasi dengan “Mayfair Facial care.”Penggunaan produk herba dan mesin pelbagai fungsi mampu mengembalikan keanyalan kulit dan mengurangkan masalah jerawat yang teruk.Saya di syorkan untuk melakukan rawatan ini sebulan sekali.


Kemudian saya meneruskan sesi rawatan kedua iaitu menghapuskan lemak yang terkumpul di bahagian pinggang dan masalah perut buncit akibat lemak yang terkumpul.Saya melakukan teknik seluruh badan dengan “Vibe Kinetic Therapy (Full Body)’ iaitu kesan getaranianya bertindak seperti 1000 mesin urut yang berputar bersama-sama cahaya infrared yang membantu membakar lemak.Ianya mampu menghapuskan kalori jauh lebih pantas dan berkesan berbanding dengan senaman biasa. Hanya dengan 10 minit, VKT mampu menghapuskan 500 kalori bersamaan 2 jam bersenam. Dengan itu, ianya mampu untuk mempercepatkan proses program menurunkan berat badan.


Setelah proses getaran, kemudian perut saya melalui proses IF iaitu Intensive Frequency yang mampu mencairkan lemak, dan membantu merangsang dan menghasilkan kulit yang elastic dan kolagen dari kulit. Ianya adalah “non-surgical” kosmetik proses yang menggunakan “electrodes.” Ianya mampu mengurangi masalah kehadiran garisan halus dan kedutan.


Setelah itu satu badan saya dibaluti dengan plastik setelah disapu dengan “chili slimming cream” ataupun CLA Chili SlimminG (full body) yang diperbuat dari ekstrak benih cili. Elemen aktif yang terdapat dalam esen capcicum secara efektif dan secepat mungkin mampu merangsang, mengurai dan perkumuhan lemak dalam badan.


Akhir sekali saya dibalut dengan selimut panas atau dikenali sebagai “Heat Circulation(Full Body)” ianya membantu untuk melegakan otot, meningkatkan perjalanan darah sekali gus membendung cecair dalam badan.

Bukan hanya dengan rawatan sahaja diberi, Yuki Chong juga memberiTips :
  • Minum air dengan banyak di kala waktu siang lebih kurang 3 liter air masak dan bersih.
  • Jangan makan banyak makanan bergaram.
  • Selalu melakukan rawatan kulit dan makan makanan dengan seimbang.

Selepas sesi rawatan, mereka menghidangkan saya sejenis minuman segar yang diperbuat dari gula merah, longan dan bunga kembang semangkuk untuk memberi kesegaran dan menghilangkan keletihan.


Saya bersama Yuki Chong yang melakukan rawatan pada muka dan badan saya.

Sedikit Ringkasan:

Untuk Muka :
Tension Release Treatment
Double Cleanse Milk And Gel
Lifting mode menggunakan purifying ampule
Herbal Active Mask 1 and 2
Pimples Extraction
IST Machine untuk detox mode
Oxygen Activator
Perfect Skin Mineral Mask

Untuk Badan
Vibe Kinetic Therapy full body
IF Intensive frequency
CA Chili Slimming (Full body)
Heat Circulation(Full Body)

Rawatan kali ini mengambil masa lebih kurang 4 jam sebelum saya bersurai dari Mayfair Pavillion.


Sebelum dan selepas, saya mendapati saya telah Berjaya mengurangkan sebanyak 300gram untuk sesi pertama dalam proses menghilangkan berat dalam rawatan bersama Mayfair, Malahan kulit muka saya jauh lebih lembut dan tiada kesan kesakitan pada kulit lagi.


Sebuah rancangan realiti kecantikan yang dibawakan khas oleh Kumpulan Mayfair iaitu Impian Anggun, menceritakan kisah-kisah benar para wanita yang berjaya melangsingkan badan dan mengembalikan keremajaan kulit dengan bantuan profesional Mayfair Bodyline sejak tahun 2008.
Kini, Impian Anggun merupakan sebuah zon wanita yang menawarkan informasi dan tips untuk membantu mengembalikan keyakinan diri anda dengan menyelesaikan masalah berat badan serta kulit anda.

Dengan mengikuti Impian Anggun Facebook dan www.impiananggun.com.my dengan memberi komen MENGAPA anda mahu menerima rawatan yang sesuai untuk kulit dan badan anda?10 pembaca bertuah bakal menerima rawatan melalui Give Away kali ini. Sila Komen sebelum 24th May untuk Menang !

Selain itu, Mayfair juga mengadakan Promosi Hari Ibu RM538.00 untuk 16 sesi Rawatan Badan atau 4 sesi Rawatan Muka; Percuma 1x Rawatan Badan atau 1x Rawatan Muka, CEPAT DAPATKAN RAWATAN TERBAIK DI MAYFAIR !

Untuk Maklumat Lanjut
Impian Anggun :


Facebook : Facebook Mayfair

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com