Doa untuk Orang yang Disayangi.

8/03/2012 10:08:00 PM


Ya Allah Ya tuhanku,
Kau ampunilah dosaku,
Kau ampunilah dosa-dosa suamiku,
Kau ampunilah dosa-dosa ibubapaku,
Kau ampunilah dosa adik-beradikku,
Kau ampunilah dosa-dosa orang yang beriman denganMu,
Kau kuatkanlah Iman dan hatiku untukMu, Ya Allah,
Kau panjangkanlah umur kami semoga kami dapat beribadat denganMu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau selamatkanlah orang-orang Islam yang ditindas di muka bumi ini,
Kau selamatkanlah kami dari api nerakaMu,
Kau selamatkanlah kami dari seksaan kuburMu,
Kau selamatkanlah kami dari menjadi orang yang munafik,
Kau selamatkanlah kami dari menjadi orang yang kufur,
Kau selamatkanlah kami dari menjadi orang yang tidak bersyukur,
Kau selamatkanlah kami dari menjadi orang yang lagha,
Kau jauhkanlah kami memandang rendah pada orang-orang miskin,
Kau jagalah mulut kami dari memfitnah, mengumpat dan mencaci manusia lain,
Kau jauhkanlah kami menjadi orang yang suka berhutang kerana kami akan jadi orang pendusta dan berjanji selagi hutang tidak dilangsaikan,
Kau jauhkanlah kami menjadi orang yang tidak menepati janji,
Kau selamatkanlah kami dari fitnah dajjal,
Kau selamatkanlah kami dari kemurkaanMu,

Ya Allah Ya tuhanku,
Kau permudahkanlah aku bersalin,
Kau jadikanlah anak di dalam perutku seorang anak yang sihat walafiat dengan kuasa penyembuhanMu dan tidak ada Penyembuhan yang lain selain dari penyembuhanMu yang tidak akan medatangkan penyakit ,
Kau jadikanlah anak aku bijak pandai dan cerdik dan jadikanlah anak di dalam perutku anak yang soleh dan solehah, anak yang mendengar kata-kata ibubapa, menghormati orang sekeliling, anak yang rajin menuntut ilmu hisab, ilmu agama islam,
Kau jadikanlah anak di dalam perutku anak yang suka beramal dan beriman denganMu dan RasulMu,
Kau panjangkanlah umur anakku,
Kau permudahkan anak didalam perutku menghafaz Al-Quran dan hadisMu secara lisan dengan keberkatan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W,
Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya Engkau sahaja yang maha mendengar, maha mengetahui dengan kehendakMu,
Ya Allah tuhan semesta alam,
Amin Amin Ya Robbal Alamin.

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram