Certainty : Lampin Dewasa Pakai Buang Solusi untuk Masalah Terkucil


Hello Assalamualaikum semua pembaca-pembaca blog ku,

Lama dah rasanya I tak pergi bengkel sejak dari PKP lagi. Baru-baru ni I berpeluang untuk menuntut ilmu dan mengambil beberapa informasi mengenai penggunaan lampin dewasa bagi warga emas dan juga mereka yang mengalami masalah lemah kawalan pundi kencing atau lebih dikenali sebagai masalah 'terkucil.' Bengkel kesedaran ini telah berlangsung di Unicharm, Uptown PJ.

I don't know bout you but now I nak cerita from my overthinking pov that bila rasa semakin meningkat usia we are losing slowly the ability like time muda muda dulu... especially masalah terkucil ni tapi don't be surprised ada juga yang remaja having this kind of illness too... No worries because ada solution for this...


Banyak punca penyebab masalah lemah kawalan pundi kencing ini telah bermula terutamanya ibu-ibu selepas bersalin atau beberapa tahun kemudian. Proses kelahiran normal melalui faraj menambah risiko simptom ni juga... Stress pun penyebab juga 😭 Ianya juga boleh berlaku bagi mereka yang bergelar warga emas dan juga yang makin meningkat usia.

Tapi I bersyukur sebab banyak jenama yang telah memberi fokus dan memberikan solusi sedikit sebanyak dapat membantu  mengurangkan tekanan pada masalah yang dialami oleh mereka.





Certainty jenama yang tidak asing lagi dalam Malaysia telah memperkenalkan lampin pakai buang pelbagai saiz dewasa untuk mereka yang mengalami masalah terkucil ni iaitu :
  • Certainty = dry pants, max pants, dry tape ( sesuai untuk masalah terkucil )
  • Lifree = absorbent pads,  Extra Dry ( sesuai untuk warga emas atau mereka yang terlantar di atas tilam (bed rest ))
  • Certainty Antibacterial Wipes


Pemilihan lampin pakai buang saiz dewasa ni adalah sangat penting untuk keselesaan dan perlu sesuai untuk semua jenis kulit supaya tidak berlaku masalah seperti melecet, gatal-gatal pada kulit ataupun kebocoran sekali gus mengembalikan keyakinan diri untuk melakukan tugasan harian dengan penuh rasa bersemangat.

Certainty Dry Pants direka khas seperti seluar dalam ianya nipis, tidak merimaskan dan penggunaan kain yang memudahkan pernafasan. Sesuai untuk orang dewasa yang masih lagi boleh berjalan dan menggunakan bilik air secara keseluruhan tanpa bantuaan. Ianya boleh menyerap pengeluaran air kencing secara sedikit ataupun sederhana. Ianya juga mempunyai Gel polimer anti-bakteria untuk meminimakan penghasilan kuman dan memerangkap bau yang kurang menyenangkan. ( Rujuk Saiz disini )

Certainty Max Pants mempunyai kuasa penyerapan berganda untuk masalah pembuangan air kecil dari sederhana - banyak dan boleh mengelakkan kebocoran bagi penggunaan jangka masa berjam-jam lamanya. Regangan 2x ukuran pinggang untuk memudahkan pakai-pasang serta boleh mengelakkan daripada tergelincir ketika pemakaian. Sesuai untuk mereka yang perlukan bantuaan untuk berdiri, duduk dan berjalan. ( Rujuk saiz disini )

Certainty Dry Tape menggunakan teknologi 3D Diamond khas untuk penghasilan air kencing dari sederhana- berat dengan jaminan bebas lembab dan selesa. Ianya direka khas untuk pesakit atas katil.



Perbezaan antara Certainty dan jenama X ialah dari segi daya tahan yang kuat, regangan ukur pinggang yang ngam-ngam muat dan paling penting ialah penyerapan yang tinggi dah sekali gus boleh mengelakkan kebocoran ketika melakukan aktiviti ataupun dalam keadaan terbaring. Lepas ni tiada rasa BASAH dan bahagian kulit kekal kering dan selesa.


Apa-apa pun I nak ucapkan terima kasih pada Tammy The Butterfly Project dan Unicharm buat bengkel mengenai kesedaran pemakaian lampin pakai buang sekali gus dapat lah kita membantu mereka yang memerlukan terutamanya ibu bapa kita yang semakin berusia.

Jadi lagi sekali I ingatkan kalau nak cari kualiti yang bagus dan selesa pastikan survey dulu @certaintymalaysia untuk dapatkan keyakinan kembali.

Beli Kat sini : https://shorturl.at/fmzCF
Website: https://www.certainty.com.my/
Sampel percuma : https://www.certainty.com.my/sample-request/

@butterflyproject.my @certaintymalaysia #CertaintyMalaysia #Certaintydrypants #CertaintyxButterfly #ButterflyProjectMalaysia #CertaintyEverydayConfidence

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com