James' Big Brunch @ Lou Lou James, The Italian Kitchen, Desa ParkCity

 


Minggu lalu I sempat menikmati makanan tengahari gaya Al-fresco di European fusion restaurant 🍽️di @louloujames.kitchen. Ramai yang masih tak tahu restoran ni telah dibuka oleh mendiang pemain badminton peringkat negaran iaitu James Gan dan isterinya Esty. Nama Lou Lou adalah inspirasi dari Anak lelaki kepada mendiang James Gan dan Esty, Luther.

Berkonsepkan gaya kontemporari seperti rekaan di dalam rumah menjadikan restoran ini amat selesa untuk menikmati hidangan yang enak sambil boleh bersantai bersama rakan mahupun keluarga.

Untuk mereka yang beragama Islam boleh mencuba juga beberapa menu di Lou Lou James sebab hidangannya 'No Pork/No Lard.

Sebelum pergi kepada menu, I nak ucapkan salam takziah kepada Etsy atas pemergiaan mendiang suaminya James Gan baru-baru ini. Semoga legasi beliau dapat diteruskan dan sentiasa dalam kenangan yang telah ditinggalkan untuk isteri dan dua anak lelaki beliau.


James' Big Brunch RM 39

Untuk memperingati pemergiaan mendiang I mencuba sendiri menu hidangannya iaitu James' Big Brunch. Menu makan tengahari yang lengkap dengan saiz hidangan cukup untuk 1 orang dewasa ataupun 2 orang kanak-kanak.

Hidangan ni ada Multigrain Toast, lamb sausages, chicken ham, santeed mushroom, baked beans, telur ayam kampung ( scramble, poaches, sunny side up ) Tomato panggang dan hash brown.


Seafood Tomyam Pasta RM 42

Kalau nak ikutkan satu family I suka makan pasta and kali ni my husband ordered juga pasta dengan rasa tomyam makanan laut, so far memang puas hati hidangan ni sebab boleh rasa pedas pedas tak pedas macam tu, anak I pun layan je walaupun ada rasa pedas pedas tu dengan makanan laut yang segar bugar.

Dalam hidangan ni ada black mussels 4 ketul, Udang liar panggang 2 ketul, pasta tomyam housemade, kepingan cili, bawang putih dan merah.


XL Croissant Sandwich - Smoked Salmon with Omelette RM 29

So far hidangan yang keluarga I nikmati untuk 2 orang dewasa dan 2 orang budak ni memang mencukupi especially dengan Smoked Salmon with Omelette saiz XL ni.  Hidangan sesuai untuk makan pagi sampai lewat tengahari. Enak kalau dinikmati bersama secawan kopi.


Beverages

Di Lou Lou James banyak minuman yang boleh dipilih sama ada beralkohol (untuk non-muslim sahaja) atau tidak, memandangkan waktu kami singgah waktu tu lewat petang and cuaca tengah hujan tak lebat. Husband I ordered warm honey lemon english tea meanwhile Adelia ordered yang chill ice honey lemon, my son pula tasted dia besar sikit jadi dia ordered chocolate shake and I pula teringin sangat nak cuba peanut butter banana shake.

Beverages presentation memang tempting dan saiz cawan pun puas hati. Tapi kalau you all niat nak singgah Lou Lou James tolonglah order peanut butter banana shake sebab sedap ! 

🥛Peanut Butter Banana Shake | RM25
🍫Chocolate Shake | RM25
🧊🍋 Ice Honey Lemon | RM12
🍵Hot Honey Lemon | RM9



House Made Dessert All RM 25

Sebelum kami beredar Husband memang tak boleh move on tanpa dessert jadi dia ordered Mango Panna Cotta dalam ni ada Mango Fruit crush, cream, milk dan ekstrak vanilla. Nampak macam puding kan tapi bila masuk mulut dia macam krim pekat and memang cukup rasa plus tekstur Lembut sangat. Recommended !



Ni menu Lou Lou James, nak lebih jelas boleh tengok menu di websites ( Tekan Di sini )



Apa pun Thanks Lou Lou James untuk warm-welcoming, kami enjoy sangat makan di sini plus dekat tepi kawasan ada tempat bermain untuk kanak-kanak. What a GREAT Location for family yang ada anak-anak kecil. Paling BEST Pet-Friendly, seronok je tengok haiwan peliharaan masing-masing.

📍 Lou Lou James The Kitchen
Plaza Arkadia, Desa Park City

Waktu Makan Tengahari:
Hari Minggu (Sabtu/Ahad) 11am - 5pm

@louloujames.kitchen
@butterflyproject.my
#TheButterflyProject

#LOULOUKITCHEN #LOULOUJAMES
#BRUNCHWITHJAMES #JAMESBIGBRUNCH
#NoPorkNoLard

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com