Dah boleh rentas negeri kan ? Jom pergi Penang setelah lama kita berPKP


Penang ialah sebuah negeri yang amat popular dengan kehadiran pelancong. Selepas kerajaan memberi kebenaran untuk merentas negeri, ramai ambil pendekatan untuk memulakan aktiviti melancong di negeri Penang ini dengan menempah hotel-hotel untuk bercuti bersama keluarga.

Bagi anda yang masih belum tahu, CNN telah menyenaraikan Penang sebagai salah satu daripada '"Best Places to Visit for the Ultimate Asia Experience"' dan menyenaraikan George Town sebagai salah satu "13 Bandar Paling Indah di Asia".

Dah 2 tahun I tak menjejakkan kaki ke Penang ni gara-gara Covid dan PKP yang berpanjangan. Sementara masih boleh diberi pelepasan ni rasa macam tak sabar pulak nak 'BOOKING' hotel mampu milik dan 'explore' kembali tempat menarik di Penang ni.

Sebelum nak ke Penang kita mesti ambil tahu tempat mana yang menarik dan berbaloi untuk diterokai. Kalau boleh nak menginap di tempat yang berdekatan adalah lebih bagus.

source : https://unsplash.com/s/photos/penang

Penang amat menyerlah dengan sejarah yang semakin berkembang dengan keselesaan moden serta merupakan permata yang sangat berharga dari segi budaya dan warisan dengan kepelbagaian. Permata besar kolonial di bandar ini, rumah-rumah Peranakan dan rumah yang mewah duduk berdekatan dengan pencakar langit moden dan kafe-kafe yang unik.

Entopia Penang
Antara Tempat menarik yang anda boleh pergi di Penang dan bajet tiket, contohnya :
  • Taman Tema Escape : RM167
  • The Top Komtar : RM48
  • Taman Burung Penang : RM38
  • TeddyVille Museum : RM27
  • The Gravityz Penang : RM149
  • Wonderfood Museum : RM15
  • Countryside Stables : RM10
  • Khoo Kongsi : RM10
  • Bukit Bendera : RM12
  • Entopia RM49
  • The Habitat : RM55
  • Kampung Agong : RM5
  • Magic World Penang : RM23
  • Tropical Spice Garden : RM20
  • Penang 3D Trick Arts : RM15
  • Upside Down Museum : RM21
  • Dark Mansion Penang : RM25
  • Bookexcess Penang : Percuma
  • Jalan Seni Lebuh Armenia : Percuma
  • Design Village : Percuma


Tukang kraf tradisional masih berada di sekitar kedai-kedai runcit orang Cina sementara pembawa beca masih ada sehingga kini untuk membawa para pengunjung bersiar-siar di Penang. Pengiktirafan antarabangsa telah diberi perhatian kepada Penang kerana banyak perayaan yang diperbaharui.


Penang juga menjadi tempat tarikan baru dengan gelaran dunia yang tiada tandingannya. Anda dapat menguji keberanian anda di Rainbow Skywalk The Top, Skywalk Menara Pertama Menara Dunia Pertama dan mengambil Cabaran Kursus Tertinggi di Dunia di The Gravityz. Berdekatan, Tech Dome Penang menempatkan Slide Drop Vertical Berdiri Bebas Dunia Pertama.


Selepas melihat gambar-gambar menarik di Penang, hati ni rasa tak sabar nak menjejaki negeri tersebut sebab nak melepaskan rindu, last pergi pun sebelum PKP waktu kakak masih tinggal di sana. Banyak tarikan terbaru menjadikan Penang negeri yang sesuai untuk dilawati.

Mengidam nya nak makan Nasi Kandar kat Penang, google pun dah sampai sini bau nya.. 

Selain tarikan terbaru, makanan juga adalah paling penting dan wajib dicuba di Penang, I teringin nak merasa nasi kandar, cendol di Kedai Mamak sana. Suasana malam di situ juga tidak kurang meriahnya lebih-lebih yang berdekatan dengan persisiran pantai. Bukan sahaja boleh menjamu selera malahan mencuci mata dengan persekitaran di sana pun dah cukup baikkan. Dapat jejakkan kaki pada butiran pasir dan merawat kerinduaan setelah berkurung lama ni paling dinanti-nantikan juga.

Hantu famous di Penang

Bila di Penang nanti jangan lupa alami juga budaya di sana. Bukan apa kalau dah kesana why not kita belajar juga sejarah pembentukan Penang untuk menambahkan ilmu pengetahuaan. Nak pulak sebagai seorang mak mestilah nak anak-anak pun tahu tentang seni budaya masyarakat di Penang kan.

Apa lagi jom lah rancang percutiaan sekarang juga kat Penang sebab tengah nak akhir tahun ni, esok hari dah mula busy kan...

Kalau cerita lebih-lebih kang susah juga kalau pergi tak tinggal seharian kat situ. Jom Check out > Staycation < di Penang di sini sebab banyak > Hotel Penang < yang tawarkan harga yang istimewa dan mampu serta 'worth the price.'

Selamat bercuti semua dan pastikan jaga SOP. 

See you around !

Syafiera


10 ulasan :

  1. Cantiknya pic Syafiera kat Entopia Penang tue.. Walaupun AM asal orang Penang tapi tak pernah lagi explore lagi tmpt yg Syafiera mention tue.. kena masuk dlm wishlist nie.. next balik kg kena visit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la rasanya dah 2 3 x pergi Penang tapi tu la rasa nak pergi banyak kali sebab bukan nsemuan tempat explore lagi kalau setakat 2 3 hari ja

      Padam
  2. lama x turun penang... banyak tempat menarik yg boleh diterjah

    BalasPadam
  3. Penang ni sebenarnya banyak tempat nak teroka, tinggal ada masa ke tidak je walaupun nampak kecik je kan pulaunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kalau setakat pergi 3 hari 2 malam tak dapat pergi semua pun aktiviti menarik

      Padam
  4. Btl tu Penang sebenarnya byk tempat2 menarik, kak pun dah lama xpegi Penang jln2, nect time blhlah pg, nak pg Taman Tema Escape sbb kata tpt tu best sgt

    BalasPadam
  5. Time balik Penang memang tak sempat nak ke mana-mana sebab balik jumpa family members. Ada masa nak gak la play tourist kelak

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com