Kedai Ayamas Taman Sri Jambu - Bring Back Memories

Bring Back Memories

Bagi penggemar makan makanan yang berasaskan ayam I boleh rekomen you all untuk cuba sendiri hidangan utama di Kedai Ayamas. Sebenarnya sejak I kecil lagi abah I selalu juga bawa balik ayam pepper dari Kedai Ayamas ni. Rasa ayam yang enak, unik dan lembut sangat sesuailah untuk kami adik-beradik nikmati tanpa rasa ragu-ragu lagi. Memang kenangan dan 'legend' dah Kedai Ayamas ni. Lagi BEST sesiapa yang tinggal di Kajang sekarang dah ada tau Kedai Ayamas di Taman Sri Jambu. Lagi pun Kedai Ayamas ni banyak cawangan. Jadi kalau berdekatan boleh lah you all cuba sendiri keenakan menu hidangan di Kedai Ayamas.

Banyaknya jenis masakan ayam di Kedai Ayamas, paling popular bagi I ialah pepper diantara golden dan percik. Tapi I dah cuba-cuba tiga-tiga memang sedap dan masing-masing ada rasa tersendiri.

Bagi yang belum tahu Kedai Ayamas kini berkonsepkan ciri-ciri moden yang menjual produk berasaskan ayam dan dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd, anak syarikat KARA Holding Sdn Bhd yang merupakan syarikat milik penuh Johor Corporation.

Kedai Ayamas mementingkan 3 aspek utama iaitu 'Healthy, Hygenic & Halal.' Kini kita semua dalam Malaysia boleh menikmati hidangan di Kedai Ayamas tanpa rasa ragu dan was-was lagi.

Menu Utama di Kedai Ayamas

Menu utama di Kedai Ayamas tak lain tak bukan mestilah ayam kan. Sebenarnya banyak menu disini I perasan dah 'updated' rasa ayam still tak berubah memang enak macam dulu kala. Ayam panggang di Kedai Ayamas merupakan tarikan utama yang didatangkan dalam tiga rasa yang unik. Terdapat 3 jenis pilihan ayam panggang iaitu :

  1. Golden : rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu
  2. Pepper : diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas yang menyengat
  3. Percik : dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik
Ayam panggang dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus dan ayam mentah berkualiti tinggi dan dimasak menggunakan combi-oven yang berkualiti untuk menghasilkan rasa tradisional yang tak jemu untuk dinikmati bersama keluarga. Kualitinya terjamin serta pastinya Halal dan Toyyiba.

Nasi Ayam

Ayam Panggang Golden

Ayam Panggang Percik

Ayam Panggang Pepper

Ayam Goreng

Karipap Ayam, sardine roll, kismis muffin & pai ayam

Tempat letak hidangan yang lebih tersusun rapi, tertutup dan bersih.

Kedai Ayamas juga menyediakan ayam panggang secara berkala (LIMITED TIME OFFER) untuk jangka masa tertentu kerana ingin memberi peluang kepada pelanggan untuk merasa pelbagai jenis rasa istimewa ayam panggang. Selain tu Kedai Ayamas juga menyediakan aneka pasta seperti spaghetti bolognaise, carbonara dan oglio olio, menu untuk kanak-kanak (kids meal), snackers, ayam mentah, produk sejuk beku seperti sausage, nugget dan burger, dan lain-lain produk yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga.

Produk yang dibekalkan dari kilang telah mendapat akreditasi jabatan veterinary dan Kedai Ayamas sentiasa memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat pensijilan Halal Jakim. Produk yang dijamin halal oleh JAKIM dan mematuhi keperluaan badan statutori dan undang-undang Malaysia. Ayam Panggang ayamas diperap daripada bahan-bahan segar, berkualiti dan semestinya di jamin HALAL dan TOYYIBA sejak 1998 lagi.

Kedai Ayamas Butter Shortbread ni wajib cuba tau, sedap sangat !

Sos Kedai Ayamas 100% Fresh Chillies pun kena beli juga sebab sebiji rasa macam sos nasi ayam

Makanan sejuk beku pun ada jual di Kedai Ayamas Taman Sri Jambu

Samosa kari ayam pun kena beli juga

Ayam mentah dan segar pun ada

Kedai Ayamas adalah kedai yang pertama yang memperkenalkan konsep penjualan ayam segar HALAL & TOYIBBA serta produk-produk sejuk beku yang lain seperti sosej, burger dan nugget dalam suasana yang moden, bersih dan selesa. Menggunakan tagline 'more than just a chicken,' Kedai Ayamas juga menawarkan pelanggan produk makanan 'Ready-To-Eat' seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Ayam Bulgogi, Nasi Kari Ayam Thai serta pelbagai jenis produk-produk seperti rempah ratus, sos dan pelbagai jenis minuman.

Selain Kedai Ayamas, penglibatan dalam aktiviti perniagaan borong dengan pembekalan ayam segar dan produk sejuk beku HALAL kepada pengedar, kedai makanan dan minuman lain di seluruh Malaysia.



Promosi di Kedai Ayamas

Setiap 15hb dan 30hb adalah tarikh tawaran diskaun harga ayam panggang, promosi 'Thursday Special' dan promosi sepanjang hari seperti 'Set Jimat' yang menawarkan harga set nasi ayam dan air mineral dengan harga RM10.90 sahaja.

Kedai Ayamas juga mempunyai khidmat penghantaran seperti grab food dan juga food panda.

KEDAI AYAMAS BRINGBACKMEMORIES & MAKANSAMASAMA CAMPAIGN

[ Contest Alert ]

Jom kita imbau kembali memori lama waktu kecil-kecil dulu dengan Kedai Ayamas. Banyak kali juga lah abah belanja makan ayam panggang dari Kedai Ayamas, rasa yang lembut, sedap dan unik menjadikan hidangan ayam ni kegemaran kami adik beradik.

Setelah berada di pasaran lebih dari 30 tahun lamanya bermula dengan 1 menu iaitu Golden Roaster kini terdapat lagi 2 pilihan rasa ayam panggang iaitu Pepper Rosater dan Percik Roaster yang bakal menjadi kegemaran Rakyat Malaysia. Selain tu banyak variasi menu di Kedai Ayamas iaitu : Spaghetti bolognaise, carbonara dan oglio olio, menu untuk kanak-kanak dan snek seperti 'sardine roll & chicken pie.'

Cipta kenangan anda di Kedai Ayamas dengan berkongsi gambar anda sedang nikmati hidangan yang enak dan unik dengan hashtag #bringbackmemories #makansamasama.

Dua Pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk menerima voucher tunai bernilai RM50. Peraduan bermula dari 19 Oktober 2020 sehingga 30 Disember 2020.

Nota : Pihak Kedai Ayamas dan produksi telah menjalankan pengambaran video ini pada awal Mac sebelum perintah kawalan pergerakan pada 18 Mac 2020.
Good Luck ! 

Kedai Ayamas Taman Sri Jambu - Tour

Lain-Lain Perkhidmatan

  1. Penjualan Secara Borong
    Sila hubungi talian untuk maklumat lanjut berkaitan belian secara boeong. Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan :
    I.   Mr Hisham : +6019-3230478
    II.  Mr Ricky : +60123874133
    III. Mr Ganesh : +60193715121
    IV. Mr Khairudin : +601932771785
    V.   Puan Khadijah : +60196616159
  2. Franchise
    Kedai Ayamas sememangnya berdaftar dengan KPDNHEP sebagai pemberi Francais di bawah nama Kedai Ayamas. Sila hubungi di talian untuk mendapatkan lanjut mengenai perniagaan Francais Kedai Ayamas :
    I. Mr Iswazi : +60192676200
    II. Mr Zulhilmi : +6013-3932465
Ikuti Kedai Ayamas di :
Facebook : Kedai Ayamas - Ayamas Roasters
Instagram : @kedai_ayamas
Youtube : Kedai Ayamas Roasters

1 ulasan :

  1. dulu Sini bangunan Tabung haji ye . nanti nak pergi lah dekat sangat

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com