Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong kini di Malaysia


Hi you last Jumaat I berkesempatan untuk melihat sendiri produk dari Hong Kong. Siapa sangka produk dari negara maju ni sebenarnya sangat inovatif, berinspirasi dan paling best hampir kesemuanya adalah 'Eco-friendly.'

Dengan menggunakan tema 'Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong,' anda boleh  melawat sendiri promosi HKTDC DG Studio kini berada di IOI City Mall (LG-K5A, Sayap Utara) bermula dari 19-30 Jun 2019. Terdapat 14 jenama Hong Kong yang inovatif dipamerkan di booth tersebut.

14 Jenama DG Studio ialah Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, FLUFFY House, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, Soap Studio, Tea Lab, Team Green dan Tiny.

Dua jenama iaitu SOAP Studio dan TINY akan mengambil bahagian di TOYS, Anime Games & Comic Con (TAGCC) 2019 di PWTC ( Dewan 4 Booth 101, 102, 107, 108 ) bermula dari 22-23 Jun.

Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) DG Studio buat kali kedua akan menganjurkan inisiatif pembangunan perniagaannya di Malaysia tahun ini sebagai sebahagian daripada usahanya dalam penjenamaan bandar yang sedang giat dipromosikan.


Tujuan platfom ini dibangunkan adalah untuk memperkenalkan dan memasarkan gaya hidup Hong Kong yang lagi bergaya secara online dan offline di negara-negara ASEAN.

14 Jenama ini menawarkan pelbagai hadiah dan barangan premium berkualiti dan unik untuk kegunaan peribadi atau korporat. Pembeli dan peniaga Malaysia akan rambang mata dengan produk kegunaan isi rumah yang mempunyai pelbagai fungsi, berinovatif, berwarna-warni dan menyeronokkan.


Kornstar telah menerima anugerah Red Dot Design dimana empat dari produknya telah terpilih antaranya Super Apple Peeler dan Salad Master yang berjaya meraih anugerah penghormatan Red Dot 2014. Bagi I yang manul juicer pun nampak menarik, boleh dibawa berkelah tanpa menggunakan elektrik.


Green Team pula telah menghasilkan produk 'eco-friendly; dimana puzzles, kotak muzik, 3D Ferris Wheeler, Menara Eiffel semuanya dibuat dengan kayu dan sumbernya di ambil secara beretika. Bagi yang jenis gemarkan hiburan atau yang jenis suka dekorasi untuk rumah I rasa produk ni memang cantiklah diletakkan pada ruang sudut hiasan.


Kotak muzik yang telah berjaya mencuri tumpuan para pengunjung di IOI City Mall. Menarik sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kenangan.


Sebagai seorang yang suka berkebun di tanah sekangkang kera, I juga tertarik dengan Paris Garden sebab konsepnya menanam di ruangan rumah yang kecil. Anda tetap dapat menikmati sayuran yang segar, buahan yang enak, dan rumah yang meriah dengan kehadiran pokok bunga yang cantik di rumah. Taman herba sendiri boleh wujud di ruangan dapur yang kecil. Lepas ni tak payah dah susah-susah nak ke pasar cari sayuran kalau boleh tanam di rumah kan.


Peralatan seperti Wooly Pins Pushpin, Floaty Duck Salt & Pepper Shaker, Right Cake Measuring Cups dan Thanks Giving Salad Server menggunakan elemen-elemen unik dan menyeronokkan sememangnya direka bagi membangkitkan minat pada sesiapa pun yang melihatnya.  Jadi bagi yang berminat anda boleh dapatkan sendiri produk isi rumah oleh Hoobbe yang direka dengan penuh kreatif dan pintar. Kalau tetamu datang rumah mesti mereka teruja buka topik perbualan tau.


Artis terkenal b.wing telah bekerjasama dengan SOAP Studio untuk melahirkan karakter-karakter adiwira yang cukup menarik dan amat terkenal seperti Wonder Woman dan Batman sebagai produk cenderamata dan pengumpul iem pasti akan memikat hati para peminat adiwira.


Antara salah satu cawan yang I sempat ambil dari Eco Concepts dimana cawan dan mug biodegradasi ini diperbuat daripada 100% sekam jagung dimana setelah beberapa tahun kalau tak nak guna cawan ni dah korang tanam je dalam tanah nanti dia 'decompose' dan ianya sangat sesuai untuk pejuang alam sekitar.


Perkakasan minuman seperti AR Iceberg Suction Cup dengan cengkaman bawah dan Elegance Suction Bottle yang 100% bebas bocor antara produk yang dikatakan dihantar dari syurga untuk individu yang kerap ditimpa kemalangan kerana ianya direka secara inovatif, unik, berwarna-warni, tahan tumpah menjadikan produk yang paling laris bagi Artiart.


Chic crystal ring ni nampak je kecil tapi ianya mempunyai elemen swarovski tau dimana ianya tahan calar, ada UV Coanting, pelekat yang boleh diguna banyak kali tau. Jenama Hyone.


Bas HK Kowloon yang klasik dan Feri Cross Harbour HK versi miniatur adalah antara cenderamata unik Hong Kong yang popular dan banyak disokong oleh orang ramai. MH Blocks merupakan permainan menyusun batu-bata bersaiz mikro yang membangkitkan semua jiwa kanak-kanak dalam diri terutamanya yang berjiwa muda.

Baarangan plushes dari karakter yang diminati ramai dan haiwan comel yang ceria telah dihasilkan oleh FLUFFY House yang bermatlamat untuk menyebarkan keseronokan dan menggembirakan orang yang tersayang.



Tea Lab pula sesuai untuk penggemar teh dimana pecinta teh akan mendapati proses pembacuhan sangat menarik dan meyeronokkan. Antara kegemaran kalangan penggemar teh ialah penceduk dan penyeduh teh yang unik dari Tea Lab.


Ada juga acuan ais pelbagai bentuk memang kanak-kanak akan suka minuman mereka nampak menarik dengan kehadiran kiub ais berbentuk.


Antara produk yang I ambil untuk dibawa ke rumah iaitu dari Paris Garden pokok bunga matahari dan pokok pudina. Haih I tak sabar betul nak tengok pokok pokok ni menjadi tau. Cawan yang dari sekam jagung pun I ambil sebab dia tahan panas.. boleh lah I minum air panas setiap hari gitu. hee..

Produk-produk DG Studio ni boleh didapatkan secara terus di kedai-kedai berikut :

  1. Parkson Elite di Pavillion KL
  2. Parkson di 1 Utama Shopping Centre
  3. CM3 di Sunway Pyramid
  4. Times Bookstore di Pavillion KL
  5. Times Bookstore di Bangsar Shopping Centre
  6. Parkson Elite di Gurney Plaza, Pulau Pinang
Untuk maklumat lanjut, sila layari : www.hktdc.com 
Jangan lupa hashtag #DGStudioHK #DGStudio

1 ulasan :

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com