BCL, ANUAR ZAIN & YUKA KHARISMA LIVE IN CONCERT SERTA PELANCARAN ALBUM #1


Siapa sini peminat Anuar Zain ? saya...
Siapa sini peminat Bunga Citra Lestari ? Saya juga...
Siapa sini peminat Kharisma Yuka ? weee..... saya saya....

Jika anda juga peminat Anuar Zain, BCL dan juga Kharisma Yuka, ada berita baik buat anda semua.
Ketiga-tiga selebriti yang popular di Malaysia dan Indonesia bakal bergabung di dalam sebuah konsert siaran langsung penuh berprestij  iaitu pada 28 April 2017 di Plenary Hall, KLCC. Jadi jangan lupa dapatkan tiket anda bermula pada 31 Januari 2018.


Seramai 3 penyanyi latar dan 8 orang pemuzik serta Sze Wan sebagai pengarah muzik akan mengiringi nyanyian untuk Anuar Zain dan Yuka manakala konsert yang akan berlangsung dalam durasi selama dua setengah jam ini turut mendapat kerjasama dari DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd Bunga Citra Lestari yang bakal diterbangkan dari Indonesia.

Konsert gabungan dua buah negara ini sedikit sebanyak amat berbeza dengan konsert lalu dimana tiga nama yang belum pernah disatukan dalam satu pentas akhirnya dipertemukan di atas nama ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ bagi mempamerkan keakraban antara Malaysia dan Indonesia. Konsert ini juga merupakan penampilan pertama BCL serta Yuka untuk sebuah konsert berskala besar di Kuala Lumpur.


Yuka juga mengambil peluang untuk melancarkan album terbarunya yang bertajuk #1 semasa berlangsungnya sidang media untuk konsert ini. Yuka telah mengambil masa hampir setahun untuk menyiapkan album ini dimana sebuah lagu yang bertajuk Mali Rasa yang dipertaruhkan sebagai  sebagai single pertama. Semua lagu yang ditulis dan digubah secara keseluruhan oleh dari Yuka sendiri.

Konsert yang bergabung antara 2 buah negara ini telah dianjurkan oleh Kharisma Enteitianment Sdn Bhd yang dimiliki oleh Yuka sendiri merasakan konsert ini memberikan keistimewaan yang tersendiri bukan sahaja buat dirinya tetapi juga para peminat di luar sana. Lagu Hati Berbisik yang merupakan lagu runut bunyi filem Love Supenmoon  satu ketika lalu telah membuatkan Yuka merasakan konsert ini akan membawa pengertian tersendiri buat dirinya.



Tiket konsert dijual mulai 31 Januari 2018 di www.yuka.com.my atau www.tickethotline.com.my Tiket juga turut dijual di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April kelak. Untuk maklumat lanjut sila layari www.yuka.com.my

Harga tiket pula dijual :
  • RM2199 (Intimate), 
  • RM1599 (Platinum), 
  • RM588 (diamond), 
  • RM488 (gold), 
  • RM388 (silver), 
  • RM288 (bronze) dan 
  • RM188 (regular).

Anda bukan sahaja berpeluang untuk menyanyi bersama penyanyi kesayangan anda tapi terdapat 6 buah cabutan bertuah bakal membawa pulang sebuah hadiah utama iaitu skuter dan yang lain pula sebuah Iphone. 

Yang beli tiket Intimate pula , anda akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert sertaa bergambar bersama artis di laluan VIP manakala pembeli tiket Platinum akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert dan laluan VIP.

Konsert ini dianjurkan oleh Kharisma Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama DTA Fashion Art Performance.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com