Team Secret Layak Ke Babak Semi Final ESL One Genting 2018


Bagi yang mengikuti perkembangan Kejohanan DOTA2 tahun kedua ESL One di Resort World Genting yang telah berlangsung baru-baru ini dimana perlawanan peringkat pentas kumpulan baru sahaja selesai 10 jam yang lalu. Beberapa pasukan telah tersingkir manakala pasukan yang masih bertahan di dalam proses untuk ke bahagian playoffs ( Babak Penyisihan ).

Terdapat 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Kumpulan A : 
Team Secret VS Planet Dog
Complexity VS Fnatic
Vici Gaming VS VGJ.Thunder
SG E-Sport VS Virtus Pro

Kumpulan B :
Team Liquid VS Penta Sports
Natus Vincere VS Evil Geniuses
Mineski VS TNC Pro Team
LGD VS NEWBEE

16 Pasukan Yang berada di dalam Perlawanan Kejohanan ESL Genting One


Kumpulan A dikuasai oleh Team Secret dan Virtus.Pro. Namun Team Secret nampak lebih menguasai keseluruhan pertandingan namun Virtus.Pro juga berjaya menjayai perlawanan untuk turut serta ke peringkat playoffs ( babak penyisihan ) di semi final.



Kumpulan B pula umpama mengimbas kembali perlawanan kejohanan tahun lalu dimana Team Liquid bakal bertemu dengan Newbee cuma  tahun lalu Team Liquid berjaya mendapatkan skor bersih 3-0  tahun in pula kurang berjaya untuk mengekalkan skor lama tapi tetap menyapu bersih skor oleh EG dengan 2.0.

Mineski dan juga TNC sudah tersingkir awal manakala Na'vi serta VGJ. Thunder pun turut menjejaki lamgkah dan yang pasukan yang terselamat akan meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya.


Apa akan terjadi seterusnya ? Perlawanan akan diteruskan sekitar 3PM hari Jumaat waktu Malaysia di mana Vici Gaming akan menentang Newbee soonest. Siapa yang korang rasa layak ke pusingan seterusnya ? Kita nantikan sesama !

Team Secret Layak Ke Babak Semi Final ESL One Genting 2018

26 Januari 2018, Jumaat
3PM : Vici Gaming VS NEWBEE
6.50PM : Virtus.Pro VS Evil Geniuses

27 Januari 2018, Sabtu
3PM : Team Secret VS (Unknown)
6.50PM : Team Liquid VS ( Unknown)

28 Januari 2018, Ahad
3 PM : (Unknown VS Unkown )

Mengenai ESL :
ESL one ialah pemain solo atau berpasukan di seluruh dunia bersaing di dalam dunia kejohanan
E-SUKAN dimana corak permainan ini lebih kepada penggunaan mental berbanding daripada fizikal. Antara permainan E-SUKAN yang paling popular di dalam ESL One adalah seperti DOTA2 da Counter-strike Global Offensive. Paling menarik hadiah yang ditawarkan selalunya ratusan ribu. Dimana setiap pemain atau pasukan yang layak akan mara bertanding di dalam stadium yang meletakkan pemain di depan khalayak ramai untuk mendapat semangat dari peminat permainan. Untuk maklumat lanjut sila layari L www.esl-one.com

DOTA2 pula ialah Defense of the Ancients dimana permainan kena dalam pasukan. Setiap satu pasukan mempunyai 5 pemain untuk memberi perlindungan pada pasukan iaitu 'DIRE' atau 'RADIANT' kalau yang bermain DOTA2 mesti korang rasa DIRE ni dari Neraka manakala RADIANT dari syurga. Heheh. Setiap ancients ni ada 3 (lanes) dimana setiap satu lane ada 2 menara yang korang kena lindungi.

Dalam pasukan ada 5 karakter dimana karakter tu kena berada di lane yang betul untuk lindungi ancients tu, ada TOP, MID dan Bottom. Pemilihan karakter yang sesuai akan menentukan sape perlu berada di lane tu. Usually Mid kena single je tau tapi ada yang dah Pro, belum apa-apa lagi dia dah dapat kill 1 enemy karakter.

Selain itu setiap pasukan akan ada supports lemah macam male creeps fungsi dia bantu korang naikkan level waktu peringkat awal.

Lebih dari 100 karakter yang korang boleh main dimana setiap hero mempunyai 4 kemahiran atau yang berbeza dari kekuatan, ketangkasan dan kepandaian samada pasif mahupun aktif.

DOTA2 memerlukan strategi dari pemain bermula dengan membunuh creeps, menaikkan level, menjelajah map pihak lawan untuk menghancurkan Ancient satu sama lain.


Tak dapat saksikan perlawanan di Genting ? Korang boleh saksikan secara LIVE di :
 > ESL One Siaran langsung  <




www.syafierayamin.com