Sekitar Majlis Malam Gala Karisma Cosmetic 2018

Bersama pengasas Karisma Cosmetic - Puan Kartini @ Kak Bi bersama suami
Malam tadi I baru sahaja menghadiri majlis malam gala Karisma Cosmetic 2018, kalau nak tahu I memang selalu ternampak Kakak Izati Radhiah duduk update pasal Produk kecantikan Karisma Cosmetic and then a bit suprised bila I dijemput untuk attended majlis yang I rasa agak meriah dengan kehadiran stokis Karisma Cosmetic, kalau nak tahu para stokis yang hadir memang semuanya dari jauh ada juga dari Kelantan dan juga dari luar Malaysia, siapa sangka produk Karisma Cosmetic ni sebenarnya memang terlalu ramai pengguna lebih-lebih lagi di sekitar Kelantan, tapi sampai kakak Izati pun pakai produk ni I jadi teruja, serious Kakak Izati yang selalu dok promoted dalam facebook tu memang kulit dia sangat cantik okeh.


Produk ini telah diasaskan oleh Kak Bi atau Puan Kartini yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan, eh no wonderlah Orang Kelantan memang comel-comel belaka, kalau anda semua nak tahu Produk Karisma Cosmetic ni boleh dikatakan sebagai produk penyelesaian kepada semua masalah kulit tu sebablah tagline produk ni dipanggil sebagai #PastiSangatCantik


Majlis telah berlangsung di Hotel Palace Of Golden Horses sekitar dari 6 petang sehingga 12 malam, malam gala karisma kosmetik adalah sebagai tanda penghargaan kepada stokis yang telah bekerja keras untuk mendapatkan jumlah Sale yang terkumpul dengan menjual produk dari Karisma Cosmetic. Ada juga stokis yang telah berjaya mendapatkan jumlah jualan sehingga melebihi RM1 juta ringgit. Tahniah diucapkan.


Kehadiran selebriti seperti Ramlah Ram juga telah memeriahkan majlis malam gala karisma kosmetik yang telah mendendangkan beberapa buah lagu hits beliau satu ketika lalu yang mengimbau masa kegemilangan tahun 90 an.


Antara stokis yang hadir ketika Majlis Malam Gala Karisma Cosmetic, I feel amazed sebab ramai sangat stokis yang berjaya menjana wang sampingan dengan membuat jualan Karisma Cosmetic sehinggan puluhan ribu ringgit.


Majlis yang serba mewah penuh dengan kilauan emas yang gemerlapan tidak terlepas menganjurkan pertandingan 'the best dress' untuk lelaki dan wanita.


Pilihan juri untuk pakaian paling cantik adalah 3 wanita dan 3 lelaki, bukan senang nak menang di mana mereka yang terpilih perlu membuat 'fashion walk' mengikut irama muzik. So far semua yang terpilih sangat sporting dan yang berjaya mencuit perhatian tetamu yang hadir. Pemenang telah dipilih bedasarkan sorakan dari tetamu yang hadir. Sekali lagi tahniah diucapkan pada pemenang.


Lan Solo telah membawa lagu-lagu beliau yang popular untuk dijamukan kepada tetamu yang hadir, alamak time ni I tak dapat selfie dengan Lan sebab terlalu ramai gadis-gadis cantik nak swafoto. Tak pe la maybe next time apa pun suara Lan Solo memang menusuk kalbu betul.


Eh Abang sweet @ jambu ni pula ialah Hael Husaini, not a big fan tapi tetiba pula I jadi big fan sebab dia sangat comel bila senyum, lagu Jampi pula sekarang berada di AJL. Eh good Luck tau.


Majlis Malam Gala Karisma Cosmetic 2018 ni tidak akan menjadi meriah kalau tanpa pengacara, penyanyi dan pelakon popular iaitu Ifa Raziah yang jadi hos. Majlis kali ni agak havoc juga, I sangat suka cara Ifa melayan tetamu, menjemput para stokis untuk bersama-sama menari memeriahkan majlis.

Apa pun I nak ucapkan tahniah pada pengasas serta stokis Karisma Cosmetic 2018 kerana telah berjaya menghasilkan produk yang setanding dengan produk lain dan terbukti keberkesannya.

Bagi anda nak mengetahui lebih lanjut mengenai Karisma Cosmetic HQ, sila layari :
https://www.facebook.com/PastiiiiiChantikkSangatttt/

www.syafierayamin.com