Restoran Terra Pong Dusun Tua Hulu Langat Batu 18


Hari Ahad ni memang niat nak berjalan dengan  family tapi hari yang agak panas ni buat hati meronta-ronta nak cari restoran boleh sejukkan jiwa dan raga, mula-mula dah lalu kat sini, husband tanya ada duit ke nak makan kat restoran ni nampak macam restoran agak mahal, hehe, tapi we all makan nasi depan kedai ni dulu dekat Pohon D'bamboo sebelum masuk sini.

Masa masuk memang menarik lah sebab dia punya restoran ala-ala kayu jati of course la menarikkan, dulu belum siap lagi jadi tak pergi singgah sini, tapi harini lalu lagi nampak dah siap so sis singgah tau !


Sebab apa nama dia Terra Pong, kalau ikut pemerhatiaan aku sebab di setiap penjuru restoran ni ada kolam ikan, dan belakang pun ada kolam ikan besar, jadi dalam kolam tu pun ada ikan lah, lol apa aku merepek ni, tu sebab lah restoran ni nampak terapung teringat aku dekat BABYLON tapi berhati-hati tau memang cantik dan menarik kolam ikan nya tapi anak aku jenis nak duduk je tepi kolam tu, aku pula fikir pasal makanan, nak makan tapi at the same time memang sangat risau anak aku terjun lak dalam kolam ikan tu, aku tanya staff kalau saiz badan aku memang dia boleh tenggelam nak tak nak. lepas order makanan, laki aku makan dulu dan aku makan kemudian, memang tak de istilah lah dapat makan sama-sama bersama husband, perangai budak-budak boleh mengspoilkan adegan romantik aku dengan husband, haha ! Fuh lega dapat released kan tekanan di sini.

Korang nak tengok gambar boleh click melalui album facebook ye, restoran ni open space jadi memang ada CCTV la, fuh mungkin aku termasuk dalam CCTV adegan aku cubit anak aku, lol, korang tahu tak dia kencing tak basuh lepas tu keluar dari bilik air dia tak pakai seluar, zzz, lepas tu dia baru terhegeh hegeh nak basuh tut tut dia, eh memang hangin terkena lah cubitan geram + manja nasib tak berbekas duh, ugh.

Aku rekomen kalau yang ada family nak makan-makan dan menikmati pemandangan yang cantik untuk makan kat sini tapi harga makanan dia mahal sikit lah mungkin harga untuk dekorasi restoran kot,

yang aku makan tadi
ABC : RM6
Keropok dan Kacang :RM5
Rojak Buah : RM6
Air mineral : Tak ingat harga
Air Kosong Ais sikit : tak ingat harga

Total semua tadi RM20 lebih untuk makanan ringan macam ni, tapi nak buat macam mana zaman Najib mana ada lagi makanan murah duh.

Dekorasi aku boleh kasi 5/5.
Makanan tak leh nak kasi rate sebab tak makan makanan heavy,
tapi yang ABC tu bukan taste aku sebab terlampau manis, lepas tu nampak tak menyelerakan :(  Hmpph.
Kebersihan : Memang Bersih I kasi A
Security : Ada CCTV
Keselamatan yang lain : dapat anak yang jenis lasak memang ibubapa tak boleh nak mood honey moon ye sebab kena pastikan anak anak kecil sentiasa di sisi sebab kolam air tu takut anak korang dah tenggelam ditemani ikan je. hehehe.. so far kena gilir gilir tengok tengokkan anak.

Lagi satu I terkilan tengok kucing dalam sangkar, tadi cuaca sangat panas, I tengok kucing-kucing dalam sangkar tu macam terjelir lidah je, huhuh !

Apa pun rasa macam seronok tinggal dekat Hulu Langat dari Batu 9  sampai ke Gunung Nuang memang banyak kawasan yang menarik dan restoran yang sedap sedap ! Eh nanti nak kena buat TOP 10 restoran baik dalam area Hulu Langat.
www.syafierayamin.com