Pilih pakej perkahwinan yang boleh dipercayai elakkan penipuaan


Hi semua, sempena tahun baru 2018 ni, mesti sudah ramai buka baru dan I percaya tahun ini juga pasti ramai juga bakal melangsungkan majlis perkahwinan. Dan masih segar dalam ingatan I mengenai penipuaan pakej perkahwinan yang viral dalam sosial media sekitar tahun 2017 yang lalu. I pun tak sangka ada juga orang yang tak bertanggungjawap buat perkara macam tu kan especially untuk orang yang dalam proses untuk mendirikan masjid. Mangsa penipuaan terpaksa menanggung rugi dan malu sebab katering langsung tak datang, I kesian dekat tetamu yang hadir, mungkin ada yang hadir dalam waktu kelaparan kan. huu sebab I la macam tu, kalau ada jemputan orang kahwin memang tak makan banyak atau tak makan-makan apa apa lagi sebab nak target nasi minyak tau.

Bawah ni video yang I pernah tengok satu masa lalu di TV Alhijrah waktu tu time cerita ni tengah viral kot. Tajuknya Wedding Planner Penipu! Salah Siapa ?



Apa pun tu sebab la I buat entri ni supaya kita semua diberikan kesedaran awal untuk elak daripada terjerat dari penipuaan, lebih-lebih yang paling kesian korang terpaksa habiskan berpuluhan ribu mungkin (berhutang) tapi tertipu. Bila dah berlaku perkara macam belum tentu sesiapa pun boleh membantu. Semuanya perlu ada pencegahan dan perlu gali ilmu mengenai pakej perkahwinan yang semakin lama semakin up to date dan semakin banyak tawaran yang menarik untuk majlis bakal raja sehari anda pada masa akan datang.

Bagi I dalam Malaysia ni sudah tidak ada istilah barang murah atau percuma, mungkin ada tapi disitu perlu berhati-hati. Seeloknya kita back to the realiti, survey dan survey sampai kita rasa puas hati dengan tawaran yang ditawarkan supaya kita tak menyesal di kemudian hari.

Sebenarnya dah banyak pakej pekahwinan yang bagus dan sangat lengkap yang sudah I posted sebelum ni dalam entri-entri dan baru-baru ni I diperkenalkan dengan pakej perkahwinan dari The Wedding Heritage. Bila tengok harga yang ditawarkan untuk I mampu tengok je la tapi kalau mengikiut dari segi ekonomi yang tak begitu cantik dalam Malaysia ni I rasa ini memang harga kos untuk sesebuah majlis perkahwinan especially tang makan-makan tu. Dari sini kita semua perlu berfikiran secara realistik sebelum mengambil pakej perkahwinan yang murah.

Dengan menggunakan konsep "Banglo Perkahwinan dan Pakej kahwin cuci tangan" The Wedding Heritage merupakan perancang perkahwinan yang tidak asing lagi di Kuala Lumpur dan telah bermula sejak dari tahun 2016 lagi.




Pakej perkahwinan yang serba serbi lengkap dari A- Z merupakan pakej yang agak membantu untuk bakal pengantin tidak perlu pening kepala untuk menguruskan majlis mereka malahan ibu bapa mereka juga hanya perlu menyambut tetamu sahaja instead of duduk di dapur apatah lagi dengan gaya ekslusif serta berbaloi dengan harga yang ditawarkan oleh TWH dengan konsep yang unik dan memudahkan pasangan pengantun serta keluarga dan sebab itulah TWH menjadi pilihan utama warga kota.

Kawasan-kawasan elit ini menjadikan hari bahagia pengantin lebih sempurna dan cukup indah sebab semuanya hanya dibawah satu jenama iaitu The Wedding Heritage. Setakat hari ini, terdapat 3 buah banglo yang dimiliki oleh The Wedding Heritage untuk disewa bagi majlis perkahwinan iaitu di Putrajaya, Ampang dan juga Kota Damansara. Kemudahan yang disediakan amat lengkap dan seperti bilik persalinan untuk pengantin, bilik rehat untuk keluarga dan kenalan, ada ruangan solat dan bilik air yang berish dan selesa.

Paling penting pakej perkahwinan ini juga lengkap dengan katering I percaya makanan yang ditawarkan pasti enak-enak belaka. Jangan risau kalau majlis perkahwinan mesti akan berlaku sesak kan ? Tapi TWH juga menawarkan servis parking dengan pemantauan RELA.

EH rasa macam nak buat majlis perkawinan ( khas anniversay ) sekali lagi je yang penting hanya sediakan duit sahaja, yang lain-lain akan diuruskan secara profesional and doa lah banyak-banyak agar The Wedding Heritage boleh menjadi pakej perkahwinan yang you all tempah boleh dipercayai !

Ada beberapa testimoni yang berikan feedback positif dengan servis pakej perkahwinan dari The Wedding Heritage.



Buat bakal-bakal pengantin, apa lagi ? Dah tak payah fikir sakit kepala dah pasal pakej perkahwinan sebab semuanya akan diuruskan oleh The Wedding Heritage. Jom reka memori seribu kenangan bersama TWH ~

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
IG : https://www.instagram.com/theweddingheritage_official/
FB : https://www.facebook.com/theweddingheritageTWH/


www.syafierayamin.com