Blogger Syafiera Yamin Belajar Jangan Jadi Tamak !


Ya ampun pos entri kali ni berkaitan untuk diri sendiri tak bolehlah nak cakap orang lain kan walaupun sebenarnya kita perhati aib orang lain tapi benda tu kita dok bash je takut berbalik pada diri sendiri juga kan ?

I tahu memang lately banyak job offered khas untuk bloggers. Kadang-kadang bila terlampau banyak kalau boleh semua dah digrabbed nya tapi bila dah event tu satu batang hidung pun tak da nampak bila kol tidak diangkat bila whatsapp hanya blue ticks je. Lepas tu bila event dah habis tiba-tiba minta gambar sebab dia pun nak buat write up juga. Lol

Actually I pun pernah buat cenggitu tipulah tak buat haha tapi sekarang I dah tobat taknak buat lagi, kalau nak juga 1 hari tu ada 3 events just make sure perjalanan, jarak dan masa tidak clashed supaya tak sempat nak datang atau datang lambat dalam sesuatu events, kalau tak dapat nak attend at least kena beritahu awal-awal supaya Organizers  PR dapat cari replacement untuk slot kita unless emergency macam ada kematiaan, cirit birit and so on.

Sebenarnya dulu tak titik beratkan sangat benda macam ni tapi dah lama-lama ni I kena faham I pun jenis tak suka nak menunggu orang, jadi janganlah buat orang lain tertunggu-tunggu juga ye dan satu lagi kalau tak boleh nak beri komitmen beritahu awal-awal supaya tak menyusahkan orang lain, heh maaf ni nota untuk diri sendiri.

Benda macam ni yang selalu tegur I adalah husband I, sebab dia lah jadi mangsa keadaan tukang hantar wife dia ke sana ke sini. Jadi dia tengok awat timing schedule wife dia ni berterabur, kadang-kadang dia paling pantang tengok I punya timing set, event kol 2 time tu baru nak mandi baru nak makeup, kalau nak tahu bila I dah set dalam jadual mesti dia akan tengokkan sebab dia nak set perjalanan ke lokasi. Kalau boleh bergerak dari rumah 2 jam awal dari rumah untuk ke lokasi, sebab if anything happen accident ke traffic jam ke at least ada masa extra sikit untuk ubah laluan kan. Huhuh..

 Eh korang ingat senang ke nak dapat suami yang  nampak je duduk atas sofa tengok TV tapi dia sebenarnya perhati juga tingkah laku I ni, kadang-kadang dia yang mandikan anak sebab dia tahu wife dia ni tak mampu nak setelkan tugas dalam masa yang sama la kot. hehe.

Kadang-kadang ayat sentap dari seorang suami lebih buatkan kita rasa nak improved je diri sendiri, tapi sebenarnya dari satu benda buruk berlaku ianya akan menjadi buat pengajaran untuk diri sendiri, kalau masih dengan atitude yang sama nak ambil semua job tapi tak mampu bagi komitmen better janganlah, bukan saja menyusahkan diri sendiri malahan menyusahkan orang lain juga, tahu tak dengan attitude tamak then tak boleh nak bagi komitmen lepas tu kau akan dipandang rendah dari orang lain tau !

Tu yang I taknak, dah masuk tahun 2018 ni sampai bila nak kekal dengan perangai tamak macam ni, kalau boleh belajar kasi peluang pada new comer biarkan dorang pula ada experience.. kita fokus pada satu, create content yang bermanfaat bukan bergosip panas je all the times.. haha..

Maaf ni Nota untuk diri sendiri sentapkan diri sendiri supaya tak jadi orang yang tamak halobaaaa... ahahaha.. dan jangan nangis pula kalau kekal perangai cenggini orang kutuk belakang duh...

Apa-pun nak berubah bukan ambil masa 1-2-3 hari, betul berubah tu boleh mendadak tapi istiqomah tu belum tentu dapat dilaksanakan... aduhai sentapnya karangan untuk diri sendiri ni :(
www.syafierayamin.com