Wangikanlah Hatimu Sempena Kempen Selamatkan Irama Malaysia

2/25/2017 08:35:00 PM

Tyka 3 Juara & Noraniza Idris

"Wangikanlah Hatimu" adalah sebuah lagu terbaru sempena lagu simbolik untuk #saveiramamalaysia untuk mengembalikan semangat lagu-lagu tradisional yang kian dilupai pada generasi masa kini. Pelancaran single terbaru ini telah berlangsung pada 21 Februari 2017 lalu di Restoran L'classico, Publika, Kuala Lumpur. Wangikanlah Hatimu adalah sebuah lagu yang dicadangkan untuk Hari Kebangsaan pada masa akan datang tidak lama lagi.

Dengan harapan dapat membantu irama Malaysia kembali bersinar setelah semakin lama dilupai oleh masyarakat generasi masa kini. Selain itu dengan Pelancaran Tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan negara, Irama Malaysia dapat diletakkan sebagai produk modal insan dalam suntikan komersil dan hiburan dengan harapan dapat bekerjasama dengan YA1M dan SENIMAN serta Pertubuhan Kebajikan DRJ dan NGO di bawah kluster seni dan budaya.

Majlis telah berlangsung di
L'Classico, Publika, Kuala Lumpur

I sendiri sebagai seorang yang membesar dengan lagu-lagu irama tradisi memang amat meminati Noraniza Idris dengan lagu-lagu irama yang telah dinyanyikan  oleh beliau seperti lagu popular Dikir Puteri yang telah melonjak naikkan nama beliau. Lagu-lagu tradisi beliau juga pernah menjadi TOP 5 didalam AJL sekitar tahun 1997 (AJL 12) sehinggalah tahun 2005 ( AJL 20 ).

Sesi Memperkenalkan Single Terbaru
"Wangikanlah Hatimu"

Single terbaru ini telah menampilkan pelapis baru dalam irama Malaysia iaitu Tyka iaitu peserta 3 Juara yang merupakan peserta di dalam rancangan program realiti  TV3 baru-baru ini. Dengan konsep Pop Etnik dan Tradisional, single ini telah menggunakan gabungan Dikir Barat dan Siam serta Sunda.  'Wangikanlah Hatimu' adalah single terbaru yang diterbitkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd. Lagu ini pernah dipersembahkan oleh Noraniza Idris dan Tyka pada pentas akhir 3 Juara pada 15 Januari 2017 yang lalu dan telah diberi sentuhan oleh Ahmad Fedtri Yahya iaitu salah seorang pengacara WHI di TV3. 


CD Single Terbaru "Wangikanlah Hatimu"

Ramai sebenarnya pelapis irama Malaysia berminat dan kreatif namun jarang program ujibakat diketengahkan untuk golongan ini menonjolkan bakat masing-masing kerana kebanyakan majoriti memilih hanyalah populariti di dalam sosial media dan juga lebih kepada rupa dan bakat. 

Bagi mereka yang mempunyai bakat dalam irama Malaysia, NIPVSB telah berusaha turun padang dengan menjelajah ke seluruh Malaysia sejak 2012 sehinggalah hari ini untuk meninjau sendiri tahap penerimaan masyarakat golongan pelapis dari usia 5 sehinggalah 35 tahun.

Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Mulia Tengku Dato' Hishammuddin Zaizi bin Yang Amat Mulia Tengku Azman Shah Alhaj & Isteri, Yang Berbahagia Tan Sri Mustafa Mansur, Yang Berbahagia Dato' M.Nasir Luncai Emas Sdn Bhd, Yang Berbahagia Dato' Roslee Jamaludin Pertubuhan Kebajikan DRJ, Yang Berbahagia Dato' DJ Dave Yayasan Artis 1 Malaysia, Yang Berbahagia Dato Jamaludin Alias ( Nash ) (YA1M) dan juga artis-artis tempatan seperti Shiha.

Lirik Lagu "Wangikanlah Hatimu

Wangikanlah Hatimu ialah sebuah lagu yang menceritakan tentang kisah masyarakat masa kini yang ramai lupa pada diri sendiri malahan suka menyakitkan hati insan lain. Oleh itu dengan adanya lagu seperti ini dapatlah menyedarkan kembali diri masing-masing supaya dapat menghormati orang lain tak kira bangsa, agama dan umur.

#SaveIramaMalaysia akan menjelajahi kawasan dan menemui peminat pada tarikh :

9-13 Mac - Pahang, Kelantan, Terengganu
22-24 Mac - Perak, Selangor
15-18 April - Perlis, Kedah, Penang
28-30 April - Sarawak
4-7 Mei - Johor, Melaka, Negeri Sembilan
12-15Mei - Sabah

Harapan Syafiera agar generasi masa kini supaya Irama Tradisional Malaysia masih mekar sehingga generasi akan datang tidak melupakan irama-irama yang telah menghiburkan persada seni pada masa lalu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Instagram : | Noraniza Idris | Mewangi Satu dunia | L'Classico Publika |

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram