Travel Selatan Malaysia bersama Kekasih Hati. #smalltripfamily #WacoalMalaysia

Ingat tak hari tu I ada updated in my media sosial #SmallTripFamily dalam masa 2 hari 1 malam I dengan husband covered area Melaka dan Johor.

Sebenarnya ada sebab kami pergi travel, sambil travel sambil I berselfie di setiap kaunter Wacoal. Pada bulan Oktober yang lepas, sebagai ingin mendekatkan diri dengan Kempen Kesedaran Kanser Payu Dara dan Wacoal telah mengadakan aktiviti yang menarik iaitu  aktiviti "Pink Ribbon Fitting Campaign" di mana setiap kaunter Wacoal yang terpilih di serata Malaysia mempunyai Pink Tag dan peserta perlu berselfie di setiap Ribbon tag tu.

Jadi apa lagi, dah alang-alang pergi bercuti di Negeri Selatan Malaysia dengan anak-anak why not sambil tu kita selfie time.. Penat tapi seronok... banyak tempat malls kita melawat dan paling best dapat kenal kerenah orang di Selatan Malaysia. Dan sempat juga keluarga I melawat jiran lama yang kini tinggal di Johor. Selama 2 hari 1 malam, kitaoran menjelajah shopping mall di dari Melaka hinggalah ke Johor. Yang sebelum kami dah cover 1 KL dan juga cover 1 N9.

Betullah orang cakap menggembara di negara orang bersama keluarga sangat seronok disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim katanya.

WACOAL ni memang banyak kaunter cawangan, dekat KL lebih kurang 40+ juga kaunternya. Mostly berada di AEON dan PARKSON. Tak silap Wacoal ada 3 butik dan butiknya bertambah dari semasa ke semasa, Tak silap baru baru ini berada di Sunway velocity Mall.

Itu baru WACOAL sekitar KL, Tak termasuk lagi di Kaunter seluruh Malaysia rasanya memang lebih dari 60 juga lah kaunternya. Apa lagi pergi lah selfie dengan Wacoal di tag yang disediakan.
Husband pula jenis supportive, rupanya pesaing makin hebat ramai juga pesaing yang berlumba-lumba berselfie di Wacoal tag. Ada yang sampai ke Sabah dan Sarawak tau. I tak mampu la nak ke sana memang tak de dalam kiraan bajet nak ke Sabah dan Sarawak. Tawakkal je la menang atau tidak memang tak kisah walaupun memang niat nak menang.

Buat yang termampu je. So I dapat covered keseluruhan Wacoal Tag di area KL, Seremban, Melaka dan Johor, cuma kat Johor I missed out area Kulai, sebab terlampau jauh so buat yang takat mampu je. Mula-mula macam sedih bila tak dapat covered habis bahagian Johor, tapi husband cakap tak pe la kita dah cuba yang terbaik.

Paling best dalam masa 2 minggu covered area KL, dekat area Melaka dan Johor dalam 2 hari 1 malam.

Dari situ dapatlah juga covered keseluruhan Johor seronok sangat dapat tengok sempadan Singapura tau. Husband dia suka betul jalan raya kat Johor besar katanya. BILA MENAIP NI rasa macam nak pergi lagi je Johor. Ya Allah kau bukalah rezeki yang luas untuk keluargaku agar kami dapat menerokai bumi yang telah Engkau Ciptakan Ya Allah.


FREE PORT A'FOMASA MELAKA

Sampai je kat Melaka kitaorang singgah sini dulu, Free Port Afomasa Melaka. Kat sini ada main boutique Wacoal but too sad sampai je tak ada Wacoal tag dekat Main boutique so, I dengan anak-anak jalan-jalan je la dekat sini Best sangat macam-macam ada dekat Free Port ni.

Bangunan Kincir Angin
 Dekat Free Port Afomasa ni, ada bangunan ala-ala kat luar Negara, kat sini lah korang boleh tangkap gambar cantik-cantik tau. Kalau buat wedding photo pun curlass weii.

Lepas dah berjalan window shopping dalam Afomasa Free Port tu, aku pun meneruskan perjalanan ke AEON Melaka, confirm dekat sini ada Wacoal Tag jadi aku pun selfie lah. =D

AEON MELAKA

PARKSON MELAKA MALL

Budak-budak kena ikut mama cari Wacoal Tag

AEON BANDARAYA

AEON BANDARAYA

TANGS MELAKA
 Nasiblah tangs Melaka di bahagian kota raya, jadi senang sikit kerja aku.

MADAM KING MELAKA
 Madam KING ni la agak mencabar sebab dia dekat dengan TANGS, Laki aku suruh aku jalan kaki sebab dia tak nak lalu kawasan JEM. pFFT apa lagi aku jalan lah kaki, 2-3x aku sesat. =D

EYE ON MELAKA
 Okay lepas aku setel berjalan kaki dari Madam King, aku lalu Eye On Melaka nak ke Tangs Melaka, laki aku pergi parking dekat situ, jauh juga la aku jalan. So sempat lah aku tengok sekitar Melaka waktu Maghrib.


Pahlawan Melaka
 Settled WACOAL Tag area MELAKA, kitaorang meneruskan perjalanan ke JOHOR, tapi dah lewat malam, so punyalah cari hotel kalau boleh nak dekat dengan Kulai tapi tak ada, Nak murah je carilah hotel bajet, semalaman RM150 dekat Hotel Seri Malaysia Johor Bahru. So bermalamlah kitaorang dekat situ. Masing-masing tidur nyenyak o.O yerlah dah lah kepenatan.

Hotel Seri Malaysia Johor Bahru
Waktu pagi time sarapan tapi makanan dia biasa biasa je. Cukuplah untuk alas perut, tak silap nasi dah habis yerlah sarapan pagi nak pukul 10 confirmlah dah habis. Tak silap hotel ni 2 bintang je kot. Mungkin servis kurang memuaskan. ;( I harap katil-katil selimut dekat situ dibersihkan lah selau, serious gatal badan. ;(

Hotel Seri Malaysia Johor Bahru
Lepas tu kitaorang check out dari hotel ni dah teruskan perjalanan mencari Wacoal Tag, dengan bantuan Waze semuanya menjadi mudah untuk mencari. Teknologi masa kini sangat membantu untuk kami meneruskan perjalanan semuanya dengan izin Allah Taala.


METRO JB

METRO JBCC

ANGRY BIRD ACTIVITY PARKS JOHOR BAHRU

BOAT NOODLE Johor Bahru

AEON BUKIT INDAH


AEON TAMAN UNIVERSITY

BALAI POLIS JOHOR BAHRU

MASJID SULTAN ISKANDAR
BANDAR DATO' ONN JOHOR BAHRU

AEON TEBRAU CITY

AEON PERMAS JAYA

AEON KULAI

PARKSON KLUANG
My final WACOAL Tag dekat Parkson Kluang, yang ni memang dah bahagian ceruk ceruk bandar, this time mencabar sangat sebab Wacoal area sini dah simpan Wacoal Tag ni, sampai I terpaksa minta staff Parkson keluarkan balik tag tu. Sebab I sampai nak pukul 10 malam juga lah. Dah nak tutup dah Mall ni. I begging at last depa keluarkan juga Wacoal tag tu.. Huuu tu muka I kelakar sangat tu, macam tak muka orang dah. Huhu.

Okay memang sepanjang trip tu I banyak target Wacoal tag ni, sambal berjalan I sempat singgah macam macam tempat kat Johor ni including rumah jiran tinggal dekat Johor, Memang best sangat pengalaman #SmallTripFamily sambal bercuti sambal setelkan task dari Wacoal sempena bulan kesedaran kanser payudara.

Lepas tu I upload semua gambar Wacoal Tag dari KL, Seremban, Melaka dan Johor sebelum 12AM Malam 31Oktober 2016 tu. Lepas tu I tengok masih ada lagi pesaing yang duduk upload selepas 12 AM. fuh rasanya lagi banyak Wacoal tag dari I. I PUNYA Wacoal tag selfie lebih kurang 60++ juga. Tawakal je la menang or tak. hehe. Yang penting pengalaman ni memang seronok sangat. I suka. Hopefully next time ada lagi contest macam ni ;)

23th November 2016
Hampir sebulan lepas tu, Wacoal Malaysia terus umumkan pemenang Ipad Mini 4, Alhamdulillah menang selfie tag. Happy excited semua ada, dah berusaha, ada juga rezeki kali ni merasai produk Apple. Later Dia suruh ambil dekat Wacoal HQ.


REDEEMED IPAD MINI 4



ACCESS BLOG DARI IPAD MINI4

ANTARA HADIAH YANG MENANG HARITU
Alhamdulillah pengakhiran 2016 sangat menarik Alhamdulillah Allah panjangkan umur untuk meneruskan ujian dan cabaran. Alhamdulillah semoga tahun 2017 ni datanglah perkara yang baik baik semoga rezeki lebih luas. Amin.

Kalau boleh nak TRAVEL 1 Dunia bersama suami dan anak-anak, sebab tanpa mereka I don't know what will I do?

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com