Peranan Ibu Untuk Menyokong Perkembangan Progresif Anak supaya menjadi lebih Cerdik & Pintar

1/11/2017 02:01:00 PM

Apakah peranan yang dimainkan oleh seorang IBU?

Dutch Lady menghargai pelbagai peranan yang dimainkan oleh seseorang ibu dan menyokongnya dalam perjalanannya dalam dunia keibuaan.
PERANAN SEBAGAI SEORANG IBU YANG BIJAK, CANTIK DAN BERGAYA !
Ibu adalah sumber inspirasi untuk Anak-Anak

Menjadi seorang ibu di waktu usia muda adalah bukan perkara yang mudah dan remeh-temeh. Banyak sebenarnya perkara yang perlu dikuasai oleh seorang wanita yang bergelar sebagai ibu. Banyak Ilmu yang perlu digali dan dipelajari dalam mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang berguna pada agama, bangsa, negara serta generasi yang serba moden kali ini. 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya' adalah salah satu peribahasa yang perlu ditanamkan di dalam setiap jati diri individu yang bergelar sebagai ibu supaya dapat menjadi seorang pejuang untuk anak-anak kerana 'Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.'

Selama menjadi seorang ibu hampir 5 tahun di umur 26 tahun telah banyak ilmu dipelajari termasuklah bagaimana untuk membahagiakan seorang kanak-kanak, bagaimana untuk menjadikan seorang kanak-kanak itu berdisplin, dan bagaimana seorang ibu perlu bahagikan kasih sayang dan juga tegas dalam mendidik anak-anak supaya mereka menjadi manusia yang berguna dan boleh membezakan yang mana baik dan juga buruk. Cabaran menjadi ibu adalah sangat berat namun ianya menjadi lebih bahagia jika seorang ibu mampu meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak.

Menjadi ibu bukan hanya dengan panggilan ibu sahaja, rupanya menjadi ibu ini adalah lebih dari panggilan dimana seorang ibu mampu menjadi seorang cikgu, doktor, artis, jurulatih, teman seumur hidup, tukang masak, saintis dan sebagainya. Kerana ibu adalah seorang yang 'multi-tasker,' mampu melakukan sesuatu kerja dalam waktu dan tempoh yang sama semuanya untuk anak-anak.

Sebagai ibu juga, kadang-kadang tiada masa untuk masa sendirian, jadi banyak aktiviti terpaksa melibatkan anak-anak. Walaupun di dalam tempat 'privacy,' pun anak-anak tetap ingin bersama dan bermain buih sabun sambil menemani ibu mereka. Boleh dikatakan hampir 24 jam anak-anak ingin bersama ibu mereka kerana bagi mereka ibu mereka adalah kawan yang paling boleh dipercayai di dunia dan diakhirat.



Empat Peranan Utama Untuk Memastikan Perkembangan Anak Lebih Progresif

Sebenarnya banyak peranan yang harus dilakukan oleh seorang ibu supaya berjaya mendidik anak-anak lebih bijak dan cerdas. Ibu harus mainkan peranan setiap hari, setiap masa tanpa penat lelah kerana ianya mampu menghasilkan seorang manusia yang berjaya. Antara contoh peranan utama yang saya lakukan sebagai seorang ibu ialah :
Menjadi Rakan Kepada Anak-Anak 

 
Sejak anak-anak lahir lagi, mereka lebih erat pada saya. Pada sayalah tempat mereka meluahkan perasaan dan menceritakan hal aktiviti yang telah dilakukan oleh mereka setiap hari. Saya juga meluangkan masa dengan anak-anak dengan mengajaknya untuk bermain buih belon ditaman, bermain basikal bersama-sama serta menanam pokok-pokok renek dihadapan rumah supaya rumah kami sejuk dan mempunyai pandangan hijau. Ibu-ibu sekalian, jadilah sahabat/rakan/teman baik/ kawan baik kepada anak-anak supaya mereka mendapat nasihat yang baik bukan pada orang lain yang belum tentu lagi boleh membawa kebaikan.

Menjadi Tukang Masak

 
Yang ini adalah peranan paling penting saya dan sangat utama sekali. Masakan seorang ibu adalah sangat perlu supaya anak-anak dapat mendapat khasiat dan nutrisi yang terbaik malahan masakan seorang ibu dari rumah terjamin akan kebersihan dan air tangan ibu adalah jauh lebih baik dari orang lain. Selain dari menjimatkan wang ianya juga sangat bagus untuk kesihatan anak-anak saya.

Menjadi Seorang Pelukis



Saya selalunya akan menjadi artis supaya dapat menghasilkan seni yang kreatif dan dapat memupuk seni kreatif serta menarik perhatian dari anak-anak sekaligus menaikkan lagi imaginasi seorang kanak-kanak untuk menghasilkan seni yang cantik dan menarik. Dari situ anak-anak sayalah menjadi berbakat dalam seni menghasilkan gambar-gambar yang menarik.
Menjadi Seorang Jurulatih



Jurulatih adalah seorang yang merancang pembangunan sumber manusia dalam jangka masa panjang untuk memastikan pencapaian misi dan visi dalam sesebuah organisasi. Dan saya sebagai seorang ibu adalah seorang jurulatih yang membentuk dan membina jati diri di dalam minda, fizikal dan mental anak-anak. Seorang ibu akan menjadi pengurus dan mengawas setiap langkah gerak-geri anak mereka dalam menghadapi cabaran emosi dan fizikal. Tugas ibu sebagai jurulatih juga berperanan menjadi sumber semangat kepada anak untuk menghasilkan prestasi dan kecergasan anak. Jadi, saya selalu mengalakkan anak-anak saya melakukan senaman yoga supa mereka senantiasa tenang ketika menghadapi cabaran.

Selain daripada peranan di atas, banyak juga sebenarnya peranan lain yang telah saya lakukan sebagai ibu. Antaranya saya juga mendedahkan anak-anak dengan ilmu agama supaya ibu dan anak-anak menjadi manusia yang lebih kuat dari segi spiritual, mental dan fizikal. Menjadi manusia yang bertakwa serta manusia yang mempuyai akal yang waras boleh membezakan yang mana baik dan buruk. Saya sebagai ibu juga banyak berusaha untuk meluangkan masa dengan anak-anak untuk menghafal ayat-ayat Al-Quran ala-ala menjadi sebagai seorang ustazah di rumah.

Saya juga menjadi seorang tukang kayu kerana suka mendedahkan anak-anak dengan mainan-mainan daripada kayu untuk merangsang daya kreativiti mereka dan kemahiran koordinasi. Sebagai seorang ibu juga banyak peranan yang telah saya lakukan demi menjadikan anak- anak saya jadi manusia yang cemerlang, terbilang, bijak, cerdas berjaya di dunia dan diakhirat. Amin. Selain itu saya juga menjadi seorang 'HairDresser,' kerana suka mendandan rambut anak-anak agar mereka kelihatan kemas dan bergaya!


Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™

Dutch Lady telah memperkenalkan susu mengikut 4 Tahap dan telah memuatkan 5X lebih DHA*.

1. CURIOUS ( bermula dari 1-2 tahun)
2. EXPLORE (2-4 tahun)
3. CREATE (4-6 tahun)
4. LEARN (6+ tahun ke atas)

Ini kerana semakin anak-anak membesar, mereka memerlukan nutrisi dan khasiat yang berbeza tapi seimbang untuk meneroka dan membantu perkembangan keseluruhan anak-anak. Bagi anak saya, saya memberikan Dutch Lady Nutri Plan™ CREATE untuk (4-6 tahun) kerana ianya bukan sahaja memberikan nutrisi mengikut tahap malahan mempunyai 5X DHA* yang membantu untuk menggalakkan perkembangan keseluruhan dan otak kanak-kanak.

Dalam pembesaran, anak saya yang sihat dan normal memang cepat tangkap apa yang ada dihadapan mereka. Mereka cepat belajar dan fokus. Walaupun bukan dalam kertas peperiksaan, anak saya yang menunjukkan kemahiran mereka melalui apa yang mereka cipta sama ada dengan permainan mahupun secara visual adalah kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri otak berkembang pesat.

Dutch Lady memahami kepentingan nutrisi dan membantu saya menyediakan nutrisi yang diperlukan untuk menyokong pekembangan Si Manjaku. Justeru, sebagai seorang ibu, saya kurang risau sebab adanya Dutch Lady sebagai rakan ideal yang boleh dipercayai kerana ia menepati keperluan nutrisi anak-anak supaya saya boleh fokus membimbing Si Manja dalam aspek lain!

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.smartmoments.com.my/ 

ˇ 4 Tahap Nutri Plan™ merangkumi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady ® Curious, Explore, Create dan Learn. 
* Berbanding susu tepung rumusan untuk kanak-kanak terdahulu (Tahun 2009). 

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram