RM300 hilang sekelip mata.

12/26/2016 04:32:00 PM

Niat nak menyimpan untuk teruskan hidup bulan Januari. Mungkin inilah dugaan kena timpa. Hilang RM300 akibat kecuaian.

Mencari ATM area Tanjung Karang semua ATM out of stock. Nak reverse kereta nak elak kereta sebelah PARKING dekat sangat. SEKALI PANG tak sampai beberapa saat keluar dari parking kereta. Sudahlah kereta belakang pun bawa laju entah kemana dia nak pergi.  Habis kereta dia paling banyak kecederaan memang sah dia bawa laju habis pecah dia punya kereta lampu depan belah kanan. Tapi kereta kitaorang hanya calar kecil sahaja.

Bayangkan nasib baiklah baru dapat gaji tapi tak apalah anggap tak ada rezeki. MALAS nak arguing suami bayar je la RM300 tapi orangnya tolak dia cakap dia nak terus ke Teluk Intan so kami terpaksalah cari ATM keluarkan duit then carikan bengkel jual aksesori lampu kereta dia. MAHAL juga la lampu kereta tu RM300 juga lah.

Suami kata dia bayar je la sebab kalau arguing lagi pening lagi panjang malas masuk kes polis. Kalau masuk pun balai polis pun.. sesiapa yang reverse kereta dia yang salahkan. Tak pasalpasal kena claim insurans pulak nanti...

 UNTUNGLAH..

kitaorang baru reverse kereta tak sampai sejengkal 2 jengkal pun yang belakang bawa kereta laju- laju.. sedih tapi terpaksa terima hakikat..

Mungkin bukan rezeki kali ni mungkin Allah nak ganti dengan lebih baik..

Kesian saudara kami tertunggu - tunggu kedatangan kami.. baru kami nak ke Pantai Cermin di kawasan Kuala Selangor..

Tapi dah wasted 2 jam cari ATM cari Bengkel kereta..

Alhamdulillah Allah ringankan juga beban kami mencari bengkel yang ada stok lampu kereta orang tu..

Nasib baik ada kedai aksesori ni di Sekincan
Okaylah entri hari ni.. my 1st time accident..mungkin lepas ni kena berhati-hati lagi... please be alert.. 

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram