TOP 3 : Produk Skin Care Korea Terbaik !

8/08/2016 11:20:00 AM

Hai semua !
Sorry for being late recently, biasalah kerja banyak otak pun kadang-kadang jem juga, okay, so last time I dah tried sendiri several products dari KORea. hmmph.

So far Okay lah, most of the brands from Korea ni depa memang suka guna hyaluronic acid, mungkin itu adalah salah satu bahan utama untuk jadikan kulit lembab dan tidak kering.

Disebabkan I ni sebenarnya bukan rajin nak follow skincare brand ni but sebab nak cantik kulit flawless punya pasal I sanggup amalkan rejim kecantikan untuk kepuasan diri sendiri dan juga encik suami !

So jom terjah TOP 3 KOREAN Beauty Skincare yang jadi FAV kita !

Yang pertama !!

1. LANEIGE WATER SLEEPING MASK !


Okay mula-mula I memang tak suka pakai mask melekit-lekit pada waktu malam, sebab kita menyusukan anak jadi bila menyusukan anak, sudah tentu lah kita mengiring ke kanan atau ke kiri, muka pula mestilah nak ikut posisi badan kan ? Mesti risau kalau terkena bantal, aiya !

But I tetap guna juga sebagai mask asas untuk pastikan kulit berhidrasi sepanjang malam. Lebih-lebih lagi yang dah nak masuk umur 30-an tak lama lagi. So kena prepare la untuk pastikan kulit wajah tegang dan awet muda selalu !


Tujuan Sleeping Mask ni sebenarnya untuk mengunci kelembapan dan memberikan nutrisi terbaik untuk kulit wajah. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit yang terlampau kering. Selepas pemakaian Sleeping Mask ni, bila bangun kulit tersangatlah lembut dan juga berseri ! Lepas ni boleh lah berlakon macam orang Korea !

2. SKIN FOOD BLACK SUGAR MASK WASH OFF !


Oh seriously ! Yang ni memang I punya Fav and not only me tapi including my husband juga ! Dia sangat sukakan scrub ni ! Masa I pakai, bau dia macam gula hangus kot ! I thought awal-awal benda ni kasar tau ! But once I applied dekat wajah terus dia macam senang sangat nak ratakan kat wajah, lepas dah ratakan pada wajah, dia rasa macam suam-suam je dekat muka, kadang-kadang termasuk dalam mulut, fuh rasa manis manis gitu ~


Black Sugar Mask ni adalah produk paling popular dari Skin Food yang diperbuat dari gula perang untuk jadikan kulit wajah selembut bayi ! Ianya sebagai exfoliator paling natural dan sangat berkesan! Cuma jangan pakai terlalu banyak pada wajah supaya kulit tak rosak ! Cuma pakai 2x seminggu je tau ! Lepas dah scrub wajah anda dengan black sugar mask ni pastikan pakai pelembab tau ! Train kulit untuk kelihatan cantik senantiasa ! Bila dah pakai ni masa basuh tu senang je dia melting ! Lepas tu rasa kulit pergh dah macam Baby Skin !

3. ELIZAVECCA 24K GOLD SNAIL FOAM CLEANSING !
 

Pencuci muka ni memang dah jadi rutin harian kita ! Haha masa beli dulu tak perasan jenama dia babi. Bila dah dapat tu seriously terasa macam oh my god, pencuci muka berjenama Babi ! Haha koran faham-fahamlah orang Malaysia ni mostly sangat sensitif dengan Babi Okay, dah kita terbeli mula-mula nak kasi kawan chinese, tapi kita sedih sebab ye la dah lah pencuci muka dah habis ! So terpaksa lah teruskan juga pemakaian, tapi sebelum teruskan tu, I dah tanya Althea serta HQ Elivecca
ada DNA babi tak dalam cleanser ni, tapi depa dah claimed dalam cleanser ni tidak ada ;angsung DNA babi, pergh lega hati kita, Masa aku cek bahan-bahan rupa-rpuanya ada ekstrak MENGKUDU ! tak sangka oran Korea pun suka mengkudu ye ? Haha.

Okay masa aku pakai,
memang aku dapat rasa pori dan kulit mati macam kena remove je denan pencuci muka ni, bukan satu hari dua hari tapi tiap-tiap hari cuci wajah pakai cleanser ni, seriously setiap kali cuci je wajah kulit macam rasa bersih sangat-sangat la ! Tu yan kita sanggup beli lagi satu pencuci muka ni !

Dia memang gunakan sumber botanikal tak ada sumber haiwan dalam pencuci muka ni, cuma jenama dia je ada babi, itu trademark depa sebab bagi dorang Babi ni sejenis haiwan yang comel okay !

Dan dalam ni terdapat juga sedikit Kepingan emas ! Best tau !


Memang dia punya bubbles banyak sangat-sangat ! Rasa macam nak makan je bubble dia, bau dia pun harum !


So yang ni la TOP 3 skincare dari Korea yang betul-betul favorite kita dah hampir sebulan duduk pakai ! Memang mantap tau !

Mana nak dapat produk ni ?
I beli dekat >>Althea.Kr <<so far harga yang ditawarkan memang sangat berbaloi especially  kalau time Althea ada events !
Untuk update terkini sila layari Althea Korea

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee