Nutrimetics Feminine Wash Manjakani

12/10/2015 10:10:00 AM

Hello semua, harini syafierayamin.com nak update pasal pembersih tempat privasi setiap wanita.
Syafierayamin.com ni dah nak masuk 37 weeeks, biasalah wanita hamil macam macam discharge ada, jadi untuk pastikan badan serta tempat privasi kita bersih kita perlu lah menggunakan produk yang betul-betul sesuai dengan kulit kita ni.

Syafierayamin.com tak disponsored pun kali ni, masa pergi pasar tani ada kakak jual pembersih wanita ni sekali dengan dia punya tupperware, mungkin sebab dia agen, jadi syafierayamin.com ni tak berkenan dengan tupperware cuma berkenan dengan pembersih ni je hihi. Ada juga produk yang lain produk pencuci muka Apricots Nutrimetics, macam best je kan, tapi bajet bukan banyak yerlah nak bersalin banyak nak pakai duit pula untuk hospital nanti =(.

Okay bincang punya bincang dengan akak tu, dari RM29 lebih 1 botol, dia bagi RM22 je lah kat kita, lepas tu yang travel size tu dari RM5 dia bagi kita RM3 - semuanya RM25.

syafierayamin.com mengalami masalah yang serious di bahagian ketiak - ketiak jadi tersangat hitam legam tak tahu kenapa dan gatal, pakai apa pun tak jalan. Memandangkan yang feminine wash ni liquid dia agak gentle syafierayamin.com dah cuci ketiak pakai produk 3-4 hari juga la, Alhamdulillah kurang sakit sikit bahagian ketiak ni kalau tak pedih semacam je. Nak cakap bukan dekat bawah je boleh guna tapi dekat ketiak pun boleh bagi yang tengah sensitif tu.

Kita pun dah sinonim dengan kebaikan Manjakani dan kacip fatimah kan, banyak informasi pasal  2 bahan ni dalam internet, syafierayamin.com suggest korang buat kajian sikit pasal Herba ni.

Nantilah kita borak-borak lagi. Seronok je bila dah jumpa produk yang bersesuaian dengan kulit kita.


You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee