Kasut kulit Selesa buatan tangan untuk Hari Raya ini dengan Sofia dari Lucca Vudor

Sofia dari Lucca Vudor

Raya setelah PKP mestilah nak tampil bergaya tapi utamakan keselesaan

Raya tiba tak lama lagi setelah PKP Selama 2 tahun terperap di rumah ni membuatkan kita semua nak tampil bergaya dengan pakaian dan kasut yang cantik, anggun dan bergaya PALING Penting ialah keselesaan untuk tahun ni.

Raya ni I dah pilih kasut yang SESUAI sebab I nak melawat semua rumah saudara-mara I yang lama I tak singgah. Rindu sangat dengan mereka. Kasut Sofia dari Lucca Vudor sangat sesuai kerana ianya mempunyai 'summer vibes' dan sesuai untuk cuaca dan suhu dalam Malaysia ni.

Kasut yang Selesa iaitu Sofia dari Lucca Vudor ialah sandal kaki tertutup. Ia diperbuat daripada bahan kulit lembut dari kambing. Sebagai sandal kaki yang tertutup, ia pasti akan menjadi sepasang kasut yang selesa. Warnanya sangat sesuai untuk musim panas ini.


Kenapa mesti Lucca Vudor? 

Lucca Vudor dilapik khas bahagian dalam dengan kusyen tambahan (insole). Ini bertujuan untuk mengurangkan kesakitan untuk berjalan dalam tempoh yang lama. 

Kedua, semua kasut diperbuat daripada kulit yang paling lembut iaitu dari kulit kambing. Disebabkan ini, si pemakai kasut dari Lucca Vudor dapat jimat masa untuk menyesuaikan keselesaan untuk kaki masing-masing. Tapak bahagian 'insole' akan mengikut bentuk tapak kaki kita dengan cepat.

Ketiga, setiap sepasang kasut bahagian ibu jari dibesarkan sedikit ruangnya untuk mencegah rasa ketat di bahagian kaki hadapan. Jadi tak ada lah rasa kaki sakit bila pakai kasut dari Lucca Vudor,

Paling PENTING, tukang kasut dari Lucca Vudor telah terlatih mencipta bentuk kasut yang seimbang namun si pemakai tetap nampak bergaya dan elegan apabila memakainya. Menariknya kasut dari Lucca Vudor dihasilkan dengan buatan tangan tau bukan mesin. Orang panggil 'Handmade' dalam Inggeris. Semestinya kita tahu apa-apa sahaja dari 'handmade' memang hasilnya sangat kemas dan teliti.


Setiap kasut mempunyai Warna yang istimewa

Tukang kasut juga memilih warna yang sesuai untuk menepati citarasa setiap peminat Lucca Vudor jadi setiap warna akan mempunyai sedikit perbezaan. Malah model yang sama akan mempunyai sedikit variasi. Ianya memerlukan banyak masa dan usaha untuk memastikan kepuasan mereka yang inginkan terbaik. Setiap perbezaan tu bukan ROSAK tau tapi keunikan tersendiri namun sempurna untuk si pemakai.


Setiap kasut terhasil dari Lucca Vudor adalah dari keiklasan hati si tukang kasut

Lucca Vudor melakukan banyak usaha dalam setiap sepasang kasut. Setiap kehidupan pasti akan merasa keperitan dan kebahagiaan. Oleh itu lucca Vudor berharap dengan usaha yang lebih untuk sepasang kasut, Ia akan mewujudkan lebih banyak keselesaan. Kurang satu kesakitan untuk kecapi kebahagiaan tu yang paling penting.


Sebagai seorang yang dah cuba sendiri kasut dari Lucca Vudor iaitu Sofia, saya tak nafikan KESELESAAN yang saya dapat dengan sepasang kasut yang elegan tampak kemas dalam warna hitam. Ianya amat mudah untuk disesuaikan dengan pakaian warna apa pun. Paling saya suka saya yang bersaiz petit ketinggian dalam 148cm nampak lebih tinggi  dalam gambar tau.

Serious talk* Dah berjalan selama 4 jam pun tetap tak rasa kaki sakit dan tiada luka-luka dekat bahagian ibu jari dan pergelangan kaki.

Bahagian tapak dalam yang lembut dan mengikut bentuk kaki si pemakai

Bahan utama untuk kasut Sodia dari Lucca Vudor

Bahagian atas : Kulit Kambing

Bahagian Lapisan : Kulit Kambing

Tapak Dalam : Kulit Kambing

Tapak Luar : Getah


Perbezaan kasut Lucca Vudor dengan jenama lain :

👉 Lucca Vudor memberikan sokongan bahagian belakang pergelangan kaki yang berkualiti tinggi hasil daripada buatan tangan berbanding jenama X yang mengakibatkan luka di bahagian tersebut.

👉 Lucca Vudor menggunakan kulit yang lembut seperti kulit anak lembu atau kulit kambing untuk bahagian tapak dalam/insole memberikan keselesaan berpanjangan berbanding jenama X yang menggunakan kulit PVC yang keras hasil mesin yang membuatkan kaki rasa kejang dan sakit.

👉 Lucca Vudor mempunyai warna kasut yang semulajadi dan bervariasi sebolehnya sepasang kasut mempunyai warna yang berbeza namun sedap mata memandang tau berbanding kasut jenama X warna kasut yang sintetik dan tak nampak mewah.


Bagi anda yang berminat dengan Sofia dari Lucca Vudor, sila tekan di sini : https://luccavudor.com/product/sofia-2019-60-black/

Untuk pilihan rekaan lain yang menarik dan elegan, layari : https://luccavudor.com/


2 ulasan :

  1. Cantik !! Kita suka pattern camni. Simple je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah selesa gila.. pattern dia menyerlahhh

      Padam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com