HYDEOUT MEMPERSEMBAHKAN UPIN & IPIN: KAMPUNG IN THE CITY.
Berikutan kejayaan tema ‘Dinotopia’ pada disember 2022, Pada 9 April 2022 sekali lagi pihak hotel memperkenalkan tema eksklusif dengan menampilkan Pemenang Anugerah paling disayangi Di Malaysia, dalam siri animasi iaitu - Upin & Ipin.HYdeout telah berjaya mencipta nama sebagai tempat makan bertema mesra keluarga dan memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokan, pertama di Grand Hyatt Kuala Lumpur.
HYdeout amat berbesar hati untuk berkerjasama dengan Les’Copaque Production yang merupakan perintis syarikat Animasi terkemuka di Malaysia serta pencipta Animasi nombor satu Malaysia iaitu Upin & Ipin malahan amat berharap agar dapat merealisasikan visi dengan tema yang ditetapkan akan menggamit zaman nostalgia keluarga ketika mengembara di suasana kampung yang akan memberi kesan mahupun impak yang baik buat tetamu tempatan mahupun antarabangsa.
Tema baru “Kampung in The City” di HYdeout meraikan pelbagai keunikan dan tarikan Upin dan Ipin sebagai tema utama ruangan yang telah disediakan, serta pelbagai tawaran menarik disajikan, seperti makanan bufet yang lazat sehingga ke hiburan seperti permainan, messy play, permainan tradisional, aktiviti mewarna wau, sudut bacaan, gerai carnival, dinding 3D, tayangan filem dan pelbagai lagi. Kanak-kanak juga bakal dikejutkan dengan penampilan khas Upin & Ipin.
![]() |
Ruangan Permainan Tradisional yang luas dan selesa untuk kanak-kanak bermain di sini. |
Menurut Penerbit Les’Copaque Production, Haji Burhanuddin Md Radz menyampaikan hasrat agar dapat memupuk masyarakat tentang budaya tempatan dan hiburan tradisional bermula dari pengembaraan Upin & Ipin.
Pengembaraan ini menjadi laluan untuk kita menghargai asal usul dan menghidupkan kenangan zaman kanak-kanak di tengah arus pemodenan. Terima kasih kepada HYdeout, kami berharap pengalaman yang unik ini akan memupuk rasa keakraban yang sama dalam kalangan peminat Upin & Ipin malah memperoleh peminat yang baru.”
Jangan lupa semua bawa anak-anak anda datang sini tau.
Bulan Ramadhan
Tarikh : 9 – 30 April 2022
Sesi : 06.30 PM – 10.00 PM setiap hari
Harga : MYR 248 untuk dewasa | MYR 168 untuk kanak-kanak
Waktu Biasa
Tarikh : 6 Mei 2022 dan seterusnya
Sesi :11:00 AM – 02:00 PM | Sabtu & Ahad
07:00 PM – 10:00 PM | Sabtu sahaja
Harga: MYR 248 untuk dewasa | MYR 168 untuk kanak-kanak
Untuk pertanyaan dan tempahan, KLIK DI SINI atau hubungi +60 3 2182 1234 / hydeout.kuagh@hyatt.com
Catat Ulasan