Tingkatkan kesedaran mengenai Pengurangan kemudaratan tembakau (THR)


Apa itu Pengurangan kemudaratan tembakau (THR - Tobacco Harm Reduction) ?

Pengurangan kemudaratan tembakau (THR - Tobacco Harm Reduction) adalah strategi kesihatan awam untuk menurunkan risiko kesihatan kepada individu dan masyarakat secara meluas yang berkaitan dengan penggunaan produk tembakau. Strategi THR berdedikasi untuk memastikan perokok yang tidak mahu atau tidak mampu berhenti merokok diberikan alternatif yang kurang mudarat.

Kenalan seorang bekas perokok

Ikut pengalaman, saya bukanlah seorang yang merokok terutamanya dengan tembakau mahupun jenis elektronik atau VAPE tetapi saya mempunyai seorang kenalan yang merokok dan boleh dikatakan sebagai seorang yang tegar ketika usianya masih muda. Mengikut pengalamannya bertahun-tahun, dia pernah menghadapi masalah batuk yang tidak berhenti, bau mulut yang busuk dan kadang-kadang tangan menjadi menggeletar jika tidak mengambil sebatang rokok dalam seharian. 

Tapi kini kenalan saya sudah berhenti sepenuhnya dari merokok setelah menghidapi masalah diabetes dan gula dalam darah agak tinggi. Dia bukan terus berhenti tapi ambil masa juga dengan mengurangkan jumlah pengambilan seharian kemudian mengambil rokok elektronik (VAPE) yang mempunyai pelbagai perasa sperti buah-buahan.

Menurut artikel berita Astro Awani pada Januari 3, 2019 laporan dari Isabelle Leong sejumlah 49 peratus daripada lelaki dewasa di negara ini merokok, melebihi kadar di negara maju seperti di Britain (38 peratus), Amerika Syarikat (35 peratus) dan Sweden (30 peratus).

Saya sebagai yang tidak merokok sebenarnya agak terganggu jika ada seorang perokok berdekatan bertindak untuk menghisap rokok apabila jaraknya menghampiri kerana saya memang mempunyai masalah asma yang tidak teruk berbanding semasa saya masih kecil. Saya akan mengambil pendekatan untuk menjauhkan diri dari perokok tersebut termasuklah asap yang keluar dari hidung dan mulut mereka tapi jika di tempat awam terutamanya kedai makan agak sukar untuk menegur mereka agar tidak merokok di kawasan tersebut. Jadi nak tak nak terpaksa lah kita mengalah dengan menjauhkan diri sendiri supaya tidak terkena kesan sampingan.

Bagi anda yang belum tahu, pada 25 Julai 2021 laporan dari Syafiqah Shukor di Astro Awani iaitu Pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau kini semakin popular di seluruh dunia dalam membantu menggalakkan perokok tegar untuk berhenti merokok melalui pengenalan produk alternatif yang kurang mudarat contohnya seperti penggunaan rokok eletronik Vape dan produk tembakau yang dipanaskan tanpa pembakaran (heated tobacco product, HTP).


Masalah yang timbul dengan pembakaran tembakau seperti rokok

Sebagai seorang yang tidak merokok saya akui saya memang kurang merasai kesan sampingan walaupun terhidu sedikit asap rokok kecuali hanya batuk seketika akibat tersedak bila asap masuk ke hidung. Tapi menurut banyak sumber dan kajian yang dilakukan tabiat ini boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit terutama penyakit kanser paru-paru, tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung dan mati pucuk. 

Gejala ini bukan sahaja membawa kemudaratan kepada perokok tetapi ia juga memberi kesan kepada orang di sekeliling mereka disebabkan asap rokok sekunder. Atas tujuan bagi melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok sekunder, penguatkuasaan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di Malaysia dilaksanakan bermula 1 Januari 2019 oleh KKM.

Kerajaan pada tahun 2019 mengikut jangkaan telah mengutip sebanyak RM6 bilion cukai daripada produk tembakau. Bagaimanapun, kerajaan bakal menanggung beban kos rawatan mencecah RM7.4 bilion pada 2025 jika kawalan tembakau tidak diperkukuhkan di negara ini. Kepada perokok tegar di luar sana ataupun mereka yang teringin hendak meletakkan sebatang rokok di bibir buat kali pertamanya, boleh lah berfikir sekali lagi sebelum melakukanya.


Apa kaitan TAR, Nikotin dan pembakaran ?

Bahan yang mengandungi tar, nikotin dan karbon monoksida akan dianggap berbahaya serta memudaratkan kepada kesihatan walaupun hanya dengan menghisap sebatang rokok yang dibakar namun setiap bahan ini ada fungsi dan keburukannya tersendiri.

  1. Tar
    Tar yang digunakan dalam rokok itu bukanlah tar yang jenis untuk buat jalan tu tapi campuran Nikotin + air. 
    Nikotin
    Bahan yang membuatkan seseorang individu ketagih. Bahan yang membuatkan seseorang individu ketagih, tetapi nikotin bukan punca utama penyakit yang disebabkan oleh merokok.



Tapi menurut pakar, nikotin bukan punca utama penyakit terjadi jika anda merokok tapi punca utamanya adalah disebabkan oleh pembakaran yang berlaku dan mengeluarkan asap kerana ianya menghasilkan bahan kimia yang berbahaya.

Pendedahan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lebih tujuh juta orang meninggal dunia akibat merokok atau menghidu asap rokok setiap tahun. Walaupun perokok rakyat Malaysia agar sukar untuk berhenti merokok namun banyak kempen dan saranan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan agar ianya akan membuka mata setiap individu terlibat akan cuba untuk berubah. 



Alternatif pemanasan tembakau/HNB ( Heat No Burn ) lebih baik dari VAPE/rokok eletronik?

Dalam Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Perlis yang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja Kajian Saintifik WHO FCTC, Unit Kawalan Tembakau dan Urusetia FCTC, Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu sumber dari Medik TV menerangkan mengenai perbezaan kandungan antara peranti rokok elektronik dan vape. 

Dalam peranti rokok eletronik masih mempunyai nikotin manakala dalam Vape tiada nikotin. Kedua-dua peranti ini bukan sekadar wap air. Peranti ini menggunakan bateri, atomiser dan katrij. Kandungan utama dalam rokok eletronik dan vape mengandungi bahan kimia seperti Propylene Glycol, Vegetable glycerin dan bahan perisa serta pewarna.

Pakar Perunding Respiratori Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Hospital Pakar Johor, Dr Muhammad Redzwan S Rashid Ali, menjelaskan, vape tampak “selamat” sebagai alternatif kepada rokok tembakau, walaupun tiada bukti jelas dari sudut perubatan.



Adakah pemanasan tembakau lebih baik dari E-rokok atau VAPE?  Teknologi alternatif pemanasan tembakau ini berfungsi untuk memanaskan tembakau. Dikatakan lebih selamat kerana ianya tidak mengeluarkan asap yang boleh mengganggu dan memberi kesan buruk kepada orang awam. Selain itu, produk Heated Tobacco tidak seperti VAPE, peranti pemanasan tembakau menggunakan tembakau asli dan bukan jenis cecair.

Nikotin semulajadi hadir dalam tembakau. Di dalam artikel oleh Chris Mohan Malaymail  yang menyatakan bahawa ramai perokok telah memilih jalan alternatif dengan menggunakan pemanasan tembakau telah berjaya mengurangkan risiko terdedah kepada asap rokok yang mengandungi karsinogen.

Pengarah Penglibatan Saintifik Serantau - Asia PMI, Tomoko Iida mengatakan nikotin terhasil secara semulajadi daripada daun tembakau. Nikotin memang akan menyebabkan ketagihan namun ianya bukan punca utama penyebab penyakit akibat merokok.


Mengikut fakta, pemanasan adalah lebih baik dari pembakaran buktinya di mana demostrasi untuk menunjukkan perbezaan antara pembakaran dan pemanasan tembakau dalam IQOS adalah ketara bagi melihat penghasilan zahrah yang terhasil pada penapis pad. 


Proses pembakaran tembakau menghasilkan asap dan abu sekitar 900 darjah celcius manakala IQOS menggunakan bilah pemanasan untuk memanaskan tembakau tidak melebihi dari 350 darjah celsius. Proses pemanasan ini mengelakkan tembakau terbakar atau mengeluarkan asap dan abu.

IQOS yang digunakan berfungsi untuk memanaskan tembakau dan mengekalkan rasa tembakau yang sebenar serta kepuasan. Selain itu, IQOS ni-juga boleh mengurangkan kesan sampingan yang berbahaya atau berpotensi menjadi bahan kimia berbahaya sebanyak 90% berbanding dari asap yang terhasil dari pembakaran rokok. Tambahan tiada pembentukan zahrah pepejal karbon dalam IQOS kerana tiada pembakaran berlaku.

Mengikut bukti kajian sainstifik, menukar tabiat merokok dengan menggunakan IQOS/ produk pemanasan tembakau adalah salah satu cara yang paling praktikal. Tapi peringatan PENTING harus diingatkan, IQOS tidak bebas dari risiko tau kerana ianya masih menggunakan tembakau yang mempunyai kandungan nikotin yang mengakibatkan ketagihan.

Peranti-peranti alternatif yang dikenalkan adalah untuk mengurangkan kemudaratan kepada perokok tegar jadi gunalah alternatif tersebut jika masih belum ada niat untuk berhenti merokok secara sepenuhnya.

Sumber Rujukan :


13 ulasan :

  1. Kita tau IQOS, I quit ordinary smoking utk rokok elektrik. Kesian perokok sekunder kan. Artikel yg bagus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. i pun baru tahu about IQOS ni kalau tak hanya tahu about vape jah as alternative

      Padam
  2. Kita tau IQOS, I quit ordinary smoking utk device rokok elektrik. Kesian perokok sekunder kan

    BalasPadam
  3. yup merokok mmg mmbhayakan kesihatan diri juga orng disekeliling kita. Bagi saya rokok or vape still ada bahaya nyer. Hope kpd perokok cubala brhenti perlahan2 before it worst..

    BalasPadam
    Balasan
    1. agreed but the ketagihan cannot stop secara mengejut but i think the alternative way boleh reduce the smokers addiction dan sekali gus auto berhenti heee

      Padam
  4. Memang kena usaha juga berhenti merokok sebab banyak sangat memudaratkan kesihatan.lebih baik gunakan duit ke arah yang lebih bermanfaat

    BalasPadam
  5. merokok mmg merbahaya.. terutama kandungan nikotin didalamnya.. perlukan solusi terbaik untuk mengurangkan ketagihan.meeokok

    BalasPadam
  6. this article is super informative. it is also very helpful for a smoker like myself!

    BalasPadam
  7. Susah juga nak cakap yaa, kalau memang perokok ni, nak suruh stop, ermmm.. tapi alhamdulilah juga Suami Sis dah kurang merokok sejak kena serangan jantung dulu...nak try research laa yang ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan memang senang suruh orang berhenti tapi tu la perokok tegar belom tentu akan berhenti secara mendadak mungkin ni salah satu alternatif untuk tukar dan terus berhenti in the future hehe

      Padam
  8. Tembakau berisiko juga kan tapi orang sekeliling tak terganggulah dengan asap tu

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com