Cari 'spareparts' jenis cangkuk S, klip ketam, lobster clip kat Shopee



Gambar dari Vitara Gold Jewellery



Klip cangkuk yang dah sampai kat rumah I

Emas perhiasan wanita di dunia

Sebagai seorang yang dah berjinak dengan emas. Selalu singgah kedai emas secara direct atau talian. Kat sini I dah belajar sedikit demi sedikit la bagaimana pengiraan harga emas, harga harian emas dan upah. Tak boleh stick pada satu kedai je kena survey sampai dapat harga dan berat emas sampai berbaloi tak de lah rasa rugi je. 

Sebab I perasan ada kedai tawarkan harga emas tinggi sedikit dari kedai emas yang tawarkan murah. Harga emas murah kemungkinan upah yang diambil agak tinggi juga. 

Tapi ada kedai harga emas mahal harga upah pun mahal selalunya kedai ni dalam Mall lah.

Kadang-kadang harga emas tu jadi mahal sebab REKAAN bentuk dia yang tak ada di kedai lain, kalau dah berkenan dengan rekaan tu of course lah  ada orang sanggup bayar je janji puas hati kan.

Recently I ada buat loket ukiran nama emas di Kedai Emas Sri Alam. Harga upah promosi dan rekaan bentuk dia je offer je hanya RM99. Then total ( harga emas semasa x berat ).

Bila dah siap ingat nak cari rantai. Memang banyak rantai padu bajet bawah seribu. I teringat I pernah beli dekat Poh Kong Rantai bajet gila-gila. Tak tahu lah padu ke tak tapi selama I pakai tak pernah putus so far memang tahan lasak. Jadi I fikir why not je I pakai rantai yang sedia ada. 

Cuma cangkuknya agak nipis lah. I is seram kalau tak terperasan dia terlucut entah ke mana-mana. Punyalah I dok cari rantai bajet padu kalau boleh tak nak cangkuk s. Tapi nak klip ketam ke a.k.a lobster lock, atau lebih kurang gitu. Cari punya cari memang ada tapi harga aiseyman over budget, mostly atas RM800, agak berkira juga lah sebab I dah setel beli emas lain beribu.. Sampai laki ku dok tepok dahi yer lah dapat duit je mesti nak beli emas... tak kisah lah berat tu berapa asal beli.. hahaha...

Setelah hadap kekecewaan, I tanya kat kedai emas telefon tanya satu by satu nak tukar cangkuk bagai tapi tak semua kedai ada ye. haha, kalau ada pun o_o mahal juga ye upah...

selang beberapa hari tu why not i beli kat shopee je.. kat shopee ni seram sikit tapi nak tak nak survey juga lah rupanya ada yahoo happy gila kot dah jumpa... tanpa ragu BAJET pun tepat  ku terus klik tanpa penyesalan... 

baru order tak sampai 36 jam dah sampai kat rumah..

ni klip yang I nak untuk rantai yang halus, i tak beli lobster lock, tapi jangan risau ada juga cuma beza harga dalam 20-40 hengget je... dah cuba semua rasa puas hati I liked !!! I tak hantar pergi kedai untuk remove lagi cangkuk S tu, fikir punya fikir... ah tak payah cabut lah pasang je macam ni at least ada double lock kan.. heee.. I is puas hati ! Rasa secured dah nak pakai loket ukiran emas ni, Alhamdulillah.



Beli sparepart cangkuk. Klip ketam.. klip bulat.. cangkuk S pun ada. Beli kat sini dan tengok FULL REVIEW I dalam tu ye : https://shp.ee/tpz2b29
Korang panggil ni cangkuk apa ?



Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com