Anda Semua Boleh Mula Berniaga Untuk Tingkat Ekonomi Diri

RichWorks lancar program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

Dalam tempoh pandemik ni memang sukar nak cari pekerjaaan memandangkan banyak syarikat terpaksa tutup kerana tiada permintaan tinggi dalam bisnes yang dilakukan tapi apa yang I nampak bidang makanan menjadi tumpuaan paling tinggi kerana wujudnya sistem penghantaran yang memudahkan sesiapa membeli secara talian tanpa perlu keluar dari rumah mahupun ofis.

Sedar tak sedar banyak lagi bisnes yang boleh dilakukan ketika PKP ni mengikut permintaan selain dari bisnes makanan. Kini semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini.

Tapi tak semua reti berbisnes contohnya ada juga usahawan yang mula berniaga tak dapat hasil yang diharapkan kerana ada yang terikut kawan dan nak keuntungan secepat mungkin paling banyak berlaku ialah tukar-tukar bisnes macam tukar baju.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah.

Formula MESTI jika digunakan pasti boleh berjaya dalam bisnes. 

MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian. 

MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes anda melingkup.

Pelancaran yang diadakan bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). 



RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.

Datuk Wira Azizan Osman

Sejak 2008 Datuk Wira Dr Azizan Osman telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.

Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta.

Hubungi Kami 

Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di  www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini.


2 ulasan :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com