Kencing Manis penyakit tidak asing lagi di Malaysia
Kencing Manis penyakit yang tidak perlu lagi I tertanya-tanya memandangkan ianya adalah penyakit paling biasa I dengar kerana ianya terjadi dalam kalangan keluarga dan saudara sendiri. Paling menyedihkan ahli keluarga terdekat juga meninggal dunia akibat kencing manis. Al-fatihah.
I juga salah seorang yang mempunyai sejarah GDM ketika hamil anak pertama kerana kurang pengetahuan mengenai pemakanan yang sesuai untuk mencegah kencing manis tapi dengan bantuaan pakar Alhamdulillah I berjaya menyelamatkan diri sendiri dari terkena penyakit Kencing Manis pada tahap berikutnya.
Pada mulanya I terkejut I merupakan salah seorang pesakit GDM, tapi rupanya pada tahun 2019 3.9 JUTA rakyat Malaysia tidak mengetahui mereka sendiri mempunyai penyakit ini sehingga melakukan pemeriksaan.
tapi sekarang kita tak perlu bersedih lagi...
sebab..
Sebuah platform sehenti yang diterajui ahli professional kesihatan telah dilancarkan awal Januari lalu bagi memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi masalah kencing manis iaitu :
KAWALKENCINGMANIS.COM PROGRAM PERCUMA 100% YANG MENGEMBALIKAN SENYUMAN KEPADA PENGHIDAP KENCING MANIS
Program secara atas talian ini bakal dilaksanakan selama 14 hari bermula daripada 1 Februari sehingga 14 Februari 2021.Orang Muda juga Tidak terlepas dari terkena penyakit ini
Tapi..
Melihat dari gaya hidup masa kini, pemakanan berlebihan yang tidak terkawal mampu mengakibatkan peningkatan risiko kencing manis ini pada orang muda..
Malah, golongan yang berisiko ini selalunya tidak mempedulikan keadaan kesihatan mereka sehinggalah mereka disahkan menghidap kencing manis. Penyakit ini boleh menyebabkan banyak komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, serangan jantung, lumpuh, kabur penglihatan dan amputasi.
Situasi COVID-19 yang melanda dunia kali ini telah menjadikan dunia huru-hara kerana terdapat banyak kematiaan bagi mereka yang terkena wabak terutamanya pesakit yang mempunyai penyakit kronik. Pesakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala 64.9% kematian pesakit COVID-19 mempunyai masalah darah tinggi (Statistik Kematian COVID -19 di Malaysia, 11 Oktober 2020).
Organisasi tidak berasaskan keuntungan kerana yang menerajui program ini terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang http://www.kawalkencingmanis.com.
Pastinya ini adalah peluang terbaik bagi para penderita kencing manis dalam usaha untuk mengembalikan nikmat kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya secara langkah demi langkah dengan mendapatkan pemantauan berpandu daripada yang pakar.
Para peserta yang menyertai program ini akan diberikan pemantauan yang telah disusun selama 14 hari, antaranya :
- Jadual pemakanan bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah
- Akitiviti senaman tanpa perlu keluar rumah
- Latihan pengawalan stress
- Kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam serta kaedah
- Cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi.
Laman sesawang rasmi:
Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini. Sertai batch seterusnya yang akan dijalankan pada 1-14 Mac 2021.
Catat Ulasan