Ting Tong Ayam Goreng keenakkanya setaraf restoran ayam yang terkenal di Malaysia


Ting Tong Ayam Goreng keenakkannya setaraf restoran ayam yang terkenal di Malaysia

Bersih, Halal, Segar Dan Sedap!
Itulah dia Ting Tong Ayam Goreng !

Ayam segar disalut dengan 10 jenis ramuan perapan dan cara gorengan yang lain dari yang lain menjadikan hidangan ni unik Dan kurang berminyak.

Diusahakan oleh pasangan suami isteri Puan Yenti dan Encik Rosdi Lew yang telah mendapat inspirasi resepi dari arwah ibunya yang hebat dalam masakan. Oleh itu PuanYenti menjalankan bisnes dengan membuka Ting Tong Ayam Goreng yang berkonsepkan gerai dan 'street food.' Menurut Puan Yenti, beliau mempunyai 4 orang cahaya mata yang menggemari masakan dan makanan ayam goreng. 

Selain dari keenakkan rasa Puan Yenti juga memastikan makanan yang berkualiti perlulah bersih, halal dan segar ditawarkan untuk para pelanggan seperti kita masak untuk keluarga sendiri. 10 ramuan rahsia yang disukat dengan betul agar kualiti masakan tidak berminyak dan keranggupan boleh bertahan lamanya. Itu sebablah Ting Tong Ayam Goreng ini lain dari yang lain.

Kenapa Ting Tong ?

Menurut Puan Yenti Ting Tong tu adalah bunyi orang tekan loceng. Pabila anda menikmati ayam goreng ni anda akan berasa seperti dapat merasai kegilaan dalam kesedapan menikmati Ting Tong Ayam Goreng ni.


Penuh meyelerakan dan sangat cantik gorengan setiap bahagian ayam dengan warna kuning keemasan. Ayam segar yang digunakan yang baru disembelih ni memang enak dimakan sewaktu masih panas- panas. Kuantiti ayam yang digoreng dalam setiap jam tidak banyak supaya pelanggan dapat menerima ayam goreng yang baru sahaja dimasak.

Minyak yang digunakan tidak akan sama sekali digunakan berulang kali

Minyak adalah bahan yang paling ramai menggunakan semula kembali jika diperhatikan gerai-gerai di tepi jalan terutamanya di pasar malam tapi tidak pada Ting Tong Ayam Goreng. Kualiti bahan gorengan akan terjejas jika minyak yang sama digunakan kerana ianya boleh menjejaskan dari segi rupa dan rasa. Ayam yang sekata masaknya adalah ayam yang mendapat suhu kepanasan yang betul dimana didalam tidak akan mentah dan tidak akan hangit pada luaran untuk gorengan ayam tampak sempurna. Ting Tong Ayam Goreng mengambil berat mengenai kepuasan setiap pelanggan.

Leher Ayam RM3/5 ketul

Menu yang ada Ting Tong Ayam Goreng :
  • Peha Ayam - RM4.50/1 ketul (agak besar saiznya!)
  • Thigh Ayam - RM4.50/1 ketul
  • Kepak Ayam - RM3.50/1 ketul
  • Leher Ayam - RM3/5 ketul
  • Pedal Ayam - RM3/ 8 ketul
  • Rangka Ayam - RM3.50/1 ketul rangka
  • Kulit Ayam - RM3/ 8 ketul
  • Kaki Ayam - RM3 / 5 ketul
  • Tauhu Goreng - RM3/6 ketul
  • Kentang Goreng - RM2.50/1 set
Kentang Goreng RM2.50/set

Tauhu Goreng RM3/6 ketul

Kaki Ayam RM3/5ketul

Rangka Ayam RM3.50/satu

Pedal ayam RM3/8 ketul

Kepak ayam RM3.50/satu

Kulit Ayam RM3/8 ketul

Paha/Dada Ayam : RM4.50/satu

Ayam goreng sememangnya menu kegemaran suami dan anak-anak I, nasib baik rumah I sangat dekat dengan Abang Besar jadi bolehlah I kesana untuk menikmati masakan ayam goreng yang enak, lazat yang penting SEGAR dari ladang gitu. Nak makan pun tak rasa was-was sebab kualiti terjaga. Hopefully pada masa akan datang Ting Tong Ayam Goreng ni akan bertambah-tambah cawangan dan menjadi jenama terkenal dalam Malaysia. 

Ting Tong Ayam Goreng kini mempunyai 3 outlet iaitu :

AB Corner Wangsa Maju
62 Jalan 2/27a,
Seksyen 1 Wangsa Maju,
Kuala Lumpur.

Medan Niaga (bersebelahan Klinik Kesihatan)
Jalan Tasik Utama 6,
Medan Niaga Tasik Damai,
The Trillium, Lake Field,
Sungai Besi, Belakong,
Selangor.

Abang Besar
Jalan Sri Cheras,
Taman Kota Cheras,
Cheras Selangor.

Ting Tong Ayam Goreng akan dibuka di Taman Melawati waktu terdekat ni.

Waktu operasi : 3.30 petang sehingga 11.30 malam. 
Untuk setiap 2 minggu, Ting Tong Ayam Goreng akan cuti sehari iaitu pada hari Isnin.

Anda boleh juga buat pesanan melalui Grab Food, Food Panda dan terkini adalah MyGO.

Bagi yang berminat menjana pendapatan terutamanya suri rumah boleh telefon untuk memulakan bisnes. Anda akan dapat supply, tepung dll.. modal melalui perbincangan (setiap orang lain situasi). Matlamat utk membantu org memulakan bisnes.

Sila dail:
Puan Yenti 012-2597711

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Ting Tong Ayam Goreng boleh layari :
https://www.facebook.com/Ting-Tong-Ayam-Goreng
https://www.instagram.com/tingtongayam/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com