Muka Glow habis pakai Pixy Make It Glow Beauty Box


Muka Glow habis pakai Pixy Make It Glow. So magic betul.

Rangkaian solekan Make It Glow yang merangkumi :

😍 Lipstik Crayonttention RM39.90
😍 Pemerah Pipi Adorable Marble RM49.90
😍 Eyeliner Line It Out RM36.90
😍 Pensil Kening That’s My Brow RM29.90
😍Maskara Lash It Up RM42.90

PIXY telah melancarkan dengan tiga penampilan baru iaitu Bold, Feminine dan Nude / Natural untuk memastikan kita semua menonjol di acara sosial.


Mengaplikasi solekan dengan menggunakan Rangkaian Make It Glow Decorative adalah mudah dengan alat yang direka dengan teliti serta formulasi yang bertekstur lembut. Diformulasikan dengan tekstur lembut berkrim, Lipstik Crayonttention dioles dengan lancar ke bibir anda dengan kemasan semi-matte. Pemerah Pipi Adorable Marble pula menggunakan mutiara makro dan mikro dengan serbuk halus untuk menghasilkan tekstur lembut yang memberikan kulit anda tampak bercahaya. Produk solekan untuk mata juga mempunyai kesan dan keselesaan yang mampu bertahan sepanjang hari. 


Jom tinjau produk baru yang ditawarkan:

  1. Lipstik Make It Glow Crayonttention (1.4g), RM39.90
    Serlahkan bibir anda dengan PIXY Make It Glow Crayonttention
    Lipstik! Ia mengandungi serbuk yang digilap halus untuk aplikasi
    yang licin. Ia turut menawarkan keselesaan berpanjangan dengan
    formulasi tak mengeringkan serta kemasan semi-matte.
    Hadir di dalam bentuk silinder Crayonttention boleh didapatkan
    dalam 9 nada iaitu Redcited, Unbrickable, Fuchsiaristic, Pinkception,
    Pinkcredible, Glamarose, Mauvein' On, Chocolicious dan Brown This
    Way.
  2. Pemerah Pipi Make It Glow Adorable Marble (7.5g), RM49.90
    Tampil bercahaya dengan pemerah pipi berpigmen tinggi PIXY!
    Gabungan serbuk dan mutiara halus menghasilkan cahaya berseri dan
    semula jadi, memberikan wajah anda sihat secara menyeluruh.
    Tekstur yang ringan membolehkan layangan yang mudah dan formula
    yang mudah dicampurkan membantu menghilangkan garis kasar di
    pipi anda.
    Dengan pilihan empat nada Brick Terracota, Tempting Pink, Peachy Peach
    dan Classy Coral, anda boleh padan-padankan setiap satu untuk menghasilkan gaya berbeza.
  3. Pensil Kening Make It Glow That’s My Brow (0.35g), RM29.90
    Pensil kening ini dilengkapi dengan berus spoolie yang merupakan alat praktikal
    dan berkesan untuk menyisir kening dan seratakan aplikasi. Kening anda akan
    kelihatan kemas sepanjang masa! Pensil kening yang mudah digunakan ini dibentuk
    dengan hujung segi tiga yang memudahkan pengguna untuk melukis kening
    mereka, tanpa perlu mengasah hujungnya!
    Warna yang ada untuk Pensil Kening That’s My Brow adalah Ash Brown dan
    Caramel Brown
  4. Eyeliner Make It Glow Line It Out (0.5ml), RM36.90
    Gaya anda tidak akan lengkap tanpa Eyeliner Line It Out berpigmen tinggi yang
    dilengkapi dengan aplikator berus nipis dan lembut yang fleksibel ketika digunakan,
    baik untuk melukis garis tebal atau nipis. Anda tidak perlu lagi risau dengan eyeliner
    yang akan comot kerana Eyeliner Line It Out ini dirumus khas kalis peluh dan
    minyak yang bertahan sehingga 12 jam!
  5. Maskara Make It Glow Lash It Up (8g), RM42.90
    Ucapkan selamat tinggal pada bulu mata palsu dan helo Lash it Up Mascara!
    Biarkan bulu mata anda mekar dengan formula hitam berkilat yang akan
    menghasilkan efek bulu mata yang panjang. Gabungan formula ringan dengan
    pigmentasi tinggi membolehkan bulu mata anda bertahan lebih lama dan tidak
    bergumpal ketika digunakan.
Produk Review kat dalam video ni ya :



Adakah anda semua sahut cabaran untuk hasilkan makeup look seperti dalam gambar? Jom !

Gaya Bold
1. Bibir: Oleskan Lipstik Crayonttention (Redcited) dengan lembut dan
sekata pada bibir.
2. Pipi: Layangkan Pemerah Pipi Adorable Marble (Peachy Peach)
untuk tampak bercahaya.
3. Kening: Kemaskan kening dengan That’s My Brow (Ash Brown)
untuk gaya menyerlah.
4. Mata: Gariskan Eye Liner (Jet Black) Line It Out pada garis kelopak mata
5. Bulu mata: Lentikkan bulu mata dengan Maskara Lash It Up

Gaya Feminine
1. Bibir: Oleskan Lipstik Crayonttention (Fuchsiaristic) dengan lembut dan sekata pada bibir.
2. Pipi: Layangkan Pemerah Pipi Adorable Marble (Tempting Pink)
untuk penampilan yang mekar
3. Kening: Kemaskan kening dengan That’s My Brow (Caramel
Brown) untuk penampilan yang lebih lembut
4. Mata: Gariskan Eye Liner (Jet Black) Line It Out pada garis
kelopak mata
5. Bulu Mata: Lentikkan bulu mata dengan Maskara Lash It Up

Gaya Nude/Natural

1. Bibir: Oleskan Lipstik Crayonttention (Chocolicious) dengan
lembut dan sekata pada bibir.
2. Pipi: Layangkan Pemerah Pipi Adorable Marble (Brick
Terracota) untuk seri cahaya semula jadi.
3. Kening: Gunakan That’s My Brow (Caramel Brown) untuk gaya
yang lebih natural.
4. Mata: Gariskan Eye Liner (Jet Black) Line It Out pada garis
kelopak mata.
5. Bulu Mata: Lentikkan bulu mata dengan Maskara Lash It Up


Semua produk yang termasuk dalam rangkaian kit kecantikan Make It Glow Decorative Series boleh didapati secara eksklusif di kedai fizikal dan e-kedai Watsons dan juga Kedai Rasmi Mandom di Shopee.

Pautan adalah seperti di bawah:

E-store Watsons:
https://www.watsons.com.my/search?q=pi:mostRelevant:masterBrandName:PIXY

Kedai Rasmi Mandom di Shopee:
https://shp.ee/yjm5kdr

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com