MAGGI® Meraikan Pemerkasaan Wanita dengan pelancaran PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI


Program Mentor Wanita Cukup Berani

Women Will, sebuah program Grow with Google iaitu Program Mentor Wanita Cukup Berani yang dianjurkan dengan kerjasama antara Maggi® dan Google untuk membantu wanita meningkatkan keyakinan dalam penggunaan teknologi untuk mengembangkan perniagaan mereka serta mendidik mereka mengenai aspek kepimpinan, akumen perniagaan, komunikasi, produktiviti dan juga pemasaran digital.

Program Mentor Wanita Cukup Berani adalah sebahagian daripada kempen Tak Kenal Tak Cinta Maggi® CukupRasa yang menyokong wanita-wanita untuk mengambil langkah pertama mencuba sesuatu yang baru. Kisah pengalaman sebenar, kempen video ini : ( youtube.com/watch?v=WpUuTiAzEZs ) menampilkan tiga orang wanita Malaysia penuh inspirasi yang telah mengatasi situasi yang mencabar dengan berbekalkan keberanian untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Usaha mereka akhirnya menjayakan hasil yang positif dalam kehidupan masing-masing.

Bagi yang masih belum tahu, siri pertama dalam talian Program Mentor Wanita Cukup Berani akan bermula dari 1 hingga 3 September, diikuti dengan siri seterusnya mulai 20 hingga 22 Oktober. Sepanjang bengkel 3 hari ini, peserta akan mempelajari kemahiran baru yang akan meningkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan mereka.

Bengkel dalam talian Program Mentor Wanita Cukup Berani telah menerima sambutan yang menggalakkan melebihi 800 pendaftaran. Pusingan akhir akan menyaksikan pemilihan seramai 20 orang peserta untuk menjalani beberapa siri temu bual dan penilaian, dan seterusnya menjadi salah seorang daripada tiga mentee terpilih. Mereka kemudiannya akan dibimbing secara peribadi oleh Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani.


Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad dan Ketua Wilayah bagi Nestlé Malaysia, Singapura dan Brunei; Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi®, Nestlé (Malaysia) Berhad dan Marc Woo, Ketua Google Malaysia pada 19 Ogos 2020 di Royale Chulan, Damansara.

Bercakap di majlis pelancaran, Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad dan Ketua Wilayah bagi Nestle Malaysia, Singapura dan Brunei, berkata, “Program Mentor Wanita Cukup Berani ialah sebuah inisiatif yang dekat pada naluri saya. Sebagai penyokong diversiti dan inklusi, Nestlé amat komited kepada pemerkasaan wanita dan memajukan kesamarataan gender dalam korporat dan juga masyarakat. Kami berpegang kepada prinsip ini dalam budaya dinamik kami setiap hari. Kami menzahirkan semangat ini melalui Tak Kenal, Tak Cinta dan seterusnya dilanjutkan melalui Program Mentor Wanita Cukup Berani. Kami yakin bahawa wanita di Malaysia boleh melihat kepentingan dalam mencuba dalam pelbagai aspek – dengan menyahut cabaran baharu dan mencapai matlamat mereka sama ada di rumah, di tempat kerja ataupun mencuba untuk mengusahakan perniagaan baharu.”

“Kami teruja dengan penyertaan tiga personaliti serta usahawan yang berjaya dan terkenal untuk membimbing peserta secara peribadi disamping membantu peserta mengenali potensi diri dan menjayakan usaha baharu mereka. Dengan bakat yang tinggi dari segi aspek makanan, inspirasi kehidupan sebenar dan pengalaman yang jitu, mentor kami amat berpengalaman untuk membimbing dan memperkasakan peserta untuk mengambil langkah ke hadapan supaya menjadi lebih berani dan mencuba sesuatu yang baru,”
tambah Juan lagi.

"Kami turut berasa gembira untuk bekerjasama dengan Maggi dan Nestle dalam memperjuangkan pemerkasaan wanita di Malaysia. Ini sejajar dengan usaha kami untuk mengurangkan jurang gender, supaya wanita mampu mencapai potensi mereka. Ini merupakan misi utama kami dalam program Women Will, untuk melengkapkan wanita dengan kemahiran digital yang bukan sahaja menjadi kunci kepada kejayaan, tapi juga suatu bidang pengetahuan yang mampu mewujudkan dunia yang lebih saksama,” kata Marc Woo, Ketua Google Malaysia.


“Kerjasama MAGGI® bersama Women Will oleh Google Malaysia adalah penting – kerana teknologi merupakan suatu kemahiran yang boleh meluaskan peluang ekonomi terutamanya perniagaan kecil yang kekurangan kemahiran dan modal. Bersama-sama dengan tiga orang mentor kami, Program Mentor Wanita Cukup Berani akan memberi sokongan kepada wanita di seluruh Malaysia melalui siri bengkel dalam talian yang memberi tumpuan kepada pembinaan keyakinan diri, memperbaiki kemahiran perniagaan melalui peningkatan kemahiran digital dan sudah tentunya menambah baik kemahiran memasak mereka bersama Chef MAGGI. Apa yang lebih menarik ialah tiga orang mentor kami akan menyokong tiga orang peserta yang terpilih melalui ‘mentorship’ yang mampu mengubah hidup mereka, serta membimbing mereka dalam ikhtiar mereka!” jelas Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad.


3 Orang Mentor - Program Mentor Wanita Cukup Berani

Sheila Rusly
Pengarah, Penerbit, Pelakon dan Pemilik The Dim Sum Place KL

Mempunyai 1 juta Suka di laman peminat Facebook ( facebook.com/resipisheilarusly ) dan lebih dari 164,000 'Subscribers' di Laman YouTube beliau (youtube.com/c/ResepiSheilaRuslyYoutube/featured. Sheila merupakan peminat makanan yang sebenar.

'Don't Limit Your Challenges, challenge your limits.'

Datin Paduka Eina Zaman
Duta Jenama untuk MAGGI CukupRasa
Pelakon, Usahawan dan Peminat Makanan

Eina bukan selalu dikenali sebagai seorang yang pandai memasak, selalu ditegur oleh kedua ibu dan neneknya kerana selalu cuai ketika di dapur namun tidak menjadikan Eina lemah untuk memperbaiki kemahiran kulinari.

'Mempelajari kemahiran dan pengetahuaan baru adalah langkah pertama untuk membina keyakinan'

Anne Idris
Usahawan dan Pemilik My Mum's Bakery

Anne mempelajari bidang 'bakery' melalui saluran YouTube dan tidak pernah menyerah dengan kritikan dan cabaran walaupun hanya memiliki sijil SPM. Kini beliau telah dikenali sebagai 'well-known baker' dan menerima anugerah 'Young Entrepreneur Icon 2019' di Minggu Usahawan Nasional 2019, 'Business Ikon' untuk TM, UNIFI (2018) dan Ikon Wanita Inspirasi Ekonomi (WISE) 2018.

'Kalau kita nak berjaya, jangan ada 'tapi,' jangan ada 'nanti,' - Nak buat, terus buat saja!'

Make Your Pedge Today #TakKenalTakCinta #WanitaCukupBerani






Tentang MAGGI ®

MAGGI® adalah satu jenama global yang telah menjadi nama terkemuka di Malaysia. Misi terasnya adalah untuk mewujudkan detik-detik sajian enak yang merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Melalui rangkaian produk dan makanannya yang luas, MAGGI® membantu para ibu untuk menyediakan sajian yang enak dan seimbang bagi keluarga mereka setiap hari.

Jenama ini juga komited dalam memenuhi segenap keperluan penyedia makanan, menyediakan produk dan idea baharu yang terus kekal menggembirakan dan memberi inspirasi kepada keluarga di Malaysia tentang kebaikan buatan sendiri di rumah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati www.maggi.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/MaggiMalaysia


Tentang Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 191 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia


Wanita Cukup Berani

Satu ayat yang membuatkan minda ku tersedar agar menjadi seorang wanita yang berani tempuhi pelbagai cabaran untuk meneruskan kehidupan yang penuh bermakna dan berkualiti.
Bila melihat wanita lain berjaya dan menjadi sumber inspirasi.. ku sangkakan tuah mereka tapi bila mendengar kisah sejarah masing-masing rupanya tidak semudah yang disangka, ada yang sampai meminta beras dari orang lain untuk hilangkan rasa lapar.

Tapi melalui pengalaman itu bangkitnya aura pejuang untuk mengubah nasib diri masing-masing kemudian meluaskan pengalaman itu sebagai sumber inspirasi untuk wanita-wanita lain untuk berusaha keluar dari zon yang selesa.

Program Mentor Wanita Cukup Berani ini adalah hasil kerjasama dengan Women Will, sebuah platform Grow with Google with Google Malaysia.

Program ini akan memaparkan tiga personaliti serta usahawan berjaya sebagai mentor untuk membimbing dan memperkasakan 3 orang peserta untuk mengambil langkah ke hadapan supaya menjadi lebih berani dan mencuba sesuatu yang baru.

11 ulasan :

  1. I pledge to support my own mental and health so i can be a better person, a better wife, a better mom, a better daugther, a better for everything..

    BalasPadam
  2. Hope you will be a better person and a great mom for your family

    BalasPadam
  3. Jadi orang yang berguna pada masa sekarang ni sangat penting sebab ianya akan mempengaruhi kehidupan kita semua

    BalasPadam
  4. Cantik betul eina azman dan suka sangat dengan personaliti sheila rusly

    BalasPadam
  5. Program macam ni boleh naikkan semangat para wanita diluar sana agar tak mudah putus asa dan keluar dari zon selesa.

    BalasPadam
  6. Tak sabar nak mengikuti perkembangan program ni bersama mentor yang garang dan cantik

    BalasPadam
  7. Semoga those selected boleh dengar leteran shiela rusly hehe

    BalasPadam
  8. Eh Syafiera suka ye pergi event event macam ni, seronok dapat bertemu dengan selebriti yang popular.

    BalasPadam
  9. Alamak tak sabar nak tengok program ni berjalan dengan lancar.. siapakah mentee tu ?

    BalasPadam
  10. This is a smart blog. I mean it. You have so much knowledge about this issue, and so much passion. You also know how to make people rally behind it, obviously from the responses. преподавател

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com