Cara nak sediakan makanan yang sihat untuk Hari Raya tahun ni dengan Kismis California


Raya Musim Covid 19 & PKP

Raya tahun ni sedikit hambar kan sebab yer lah tak dapat balik kampung meraikannya bersama mak abah sebab semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan terpaksa dihentikan untuk mencegah wabak COVID-19 dari merebak.

Disebabkan PKP ni lah ramai rakyat Malaysia telah mengambil peluang untuk menyediakan juadah hidangan sendiri berbanding dari beli. Rata-rata ramai telah berkongsi pelbagai jenis masakan dan resepi supaya mereka dapat menikmati hidangan yang enak tanpa perlu pergi ke kedai.

Bersama Rushda Adiba Ismail (Dietitian, KPJ Damansara Specialist Hospital)
Selain menikmati pelbagai hidangan, yang masak sendiri di rumah dapatlah pastikan cara penyediaan menu masakan, tahap kebersihan dan boleh tambah bahan yang lain mengikut kesesuaian diri sendiri kan.

Antara panduan penyediaan hidangan sihat di Hari Raya ialah:
  • Gunakan daging yang dibuang lemak dan ayam yang telah dibuang kulit.
  • Gunakan susu rendah lemak
  • Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut raya dan kek.
  • Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam kuih-muih, kek dan puding.
  • Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis.
Baru-baru ni I juga mencuba sendiri resepi biskut dan kek, rupanya bila kita buat sendiri kita dapat kurangkan pengambilan gula tapi boleh 'substitute' dengan bahan lain seperti kismis untuk kekalkan rasa manis biskut dan kuih raya.

Bagi yang ingin menyediaakan pencuci mulut, biskut dan kuih raya, I boleh rekomen anda mencuba sendiri Kismis California dalam resepi masakan.

Kismis California dikeringkan di bawah matahari dan rasa manis buah kering ini terbit secara semulajadi. Ini menjadikan kismis California snek berkhasiat yang sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.

Harga Kismis California berpatutan dan mudah didapati di pasar raya dalam bungkusan makanan ringan dan senang dibawa.

Antara Resepi yang boleh kita cuba dengan Kismis California :

Puding Roti Kismis California dengan Sos Kastard


Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 30 minit

Bahan-Bahan

A) Puding Roti
  • 60 gm Kismis California
  • 8 keping roti putih
  • 500ml susu rendah lemak
  • 2 biji telur,saiz sederhana
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil gula
B) Sos Kastard
  • 300ml susu rendah lemak
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar tepung kastard
Bahan tambahan:
  • 1 sudu kecil mentega untuk gris permukaan loyang
Cara-cara Penyediaan:
  1. Panaskan oven 10 minit pada suhu 180°c.
  2. Satukan susu rendah lemak, 30 gm Kismis California, telur, gula dan esen vanila dalam satu bekas.
  3. Koyakkan roti atau boleh potong 4. Kemudian rendam roti ke dalam campuran tadi. Pastikan semua bahagian roti terendam dan meresap bahan cecair tadi.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris mentega. Taburkan baki kismis, 30 gm ke atas adunan puding roti. Biarkan dalam 10 minit.
  5. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
  6. Untuk sos kastard, campurkan semua bahan B ke dalam periuk dan kacau hingga menjadi pekat. Gunakan api kecil. 
  7. Puding roti boleh dipotong dan tuang sos kastard ke atas puding roti. Selamat mencuba!
Salad sayur bersama Kismis California


Masa Penyediaan: 10 minit

Bahan-Bahan
  • 60 gm Kismis California
  • Daun salad (merah dan hijau)
  • Ceri tomato
  • Lobak merah, hiris panjang
  • Sos salad (thousand island dressing)
  1. Basuh dan toskan daun salad, kemudian potong kecil.
  2. Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan-bahan. Gaul rata bersama sos salad dan sedia dihidang.
  3. Sesuai dinikmati sebagai snek (sejukkan dahulu) atau boleh dihidang bersama hidangan utama semasa perayaan.
Bagi Syawal ini, penyediaan biskut Raya, pencuci mulut atau hidangan utama dengan menggunakan Kismis California sangat digalakkan untuk menggantikan penggunaan gula. Resepi ringkas menggunakan Kismis California boleh dicuba seperti resepi berikut. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila lawati laman web https://www.raisins.org

2 ulasan :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com