UHU PACU PASARAN DENGAN PRODUK INOVATIF BAGI KEPERLUAN KREATIF DAN PENYELESAIAN HARIAN


Gam ni dulu masa kecil kecil tak mampu beli Mahal rasanya.. tapi sekarang tak tahu kenapa rasa macam mampu nak beli.. sepanjang anak sekolah aku memang beli gam UHU sebab melekat dengan lebih efektif kurang lekatlekit bila sentuh hahah Dan cepat kering... paling best masih boleh guna dalam jangka masa panjang 😅 makesure lepas guna tutup balik...

Ingat lagi mak kita beli gam UHU untuk 'crafty things' etc bunga dengan manik.. zaman dulu memang mak mak kita suka kan buat goodies bunga telur tu... memang tak kasi kitaorang sentuh gam UHU tu... dapat kat tangan kita... kita buat belon... letak sikit kat tangan then buka air paip... you all mesti buat ni... sebab I suka buat belon guna air tu. 😅😅😅

SUBANG JAYA, 18 Disember 2019 – Faber-Castell Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan rangkaian produk inovatif UHU yang terkini, yang setiap satunya ditujukan kepada kegunaan dan pasaran sasaran yang khusus. Berikutan pengembangan terkininya ke dalam kategori produk bahan pelekat untuk kerja-kerja baik pulih yang ekstrem, UHU kini menguasai bahagian pasaran yang signifikan dalam pasaran runcit bahan pelekat di Malaysia.

“Sejak tahun 1930-an lagi UHU berusaha untuk menghasilkan produk-produk inovatif menerusi penyelidikan dan pembangunan yang berterusan. Semenjak itu, jenama ini kekal sebagai penginovasi dan pakar glu dalam pasaran runcit bahan pelekat kerana kualiti dan produk-produk inovatif yang dihasilkan,” kata Andrew Woon, Pengarah Urusan Faber- Castell Malaysia.


Antara produk-produk baharu UHU yang akan berada di pasaran mulai November 2019 adalah UHU Stic Magic Blue dan Edisi Terhad PETS 2. Sementara itu, UHU Max Repair untuk kerja-kerja membaik pulih yang ekstrem, Super Glue Ultra-Fast Control dan Super Glue Mini untuk sekali guna akan mula berada di pasaran dari Mac 2020.

Berikut adalah maklumat terperinci bagi setiap produk:


UHU Stic Magic Blue (8.2g – RM4.70, 21g – RM8.90)

Dengan formula warna menghilang yang menakjubkan yang dihasilkan oleh UHU, kesan kebiru-biruan dapat dilihat semasa sapuan tetapi ia akan hilang dalam masa beberapa saat. Formula ini membolehkan sapuan glu dibuat dengan lebih tepat dengan adanya kesan kebiruan tersebut sebagai panduan visual. Produk ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang pastinya akan mengagumi formula warna menghilang ini. Magic Blue adalah ideal untuk melekatkan kertas, kadbod, foto, Styrofoam, label, tekstil dan sebagainya. Produk yang menggunakan formula glu bebas pelarut dengan 98% bahan semulajadi ini mudah dicuci dengan air sejuk serta selamat untuk kanak-kanak.

UHU Max Repair Extreme (8g, RM18.90)

UHU Max Repair Extreme adalah bahan pelekat yang amat kuat yang ideal untuk kerja-kerja baik pulih yang penting di rumah, juga untuk kasut atau sebarang barangan yang pecah. Pelekat serba boleh ini dapat menangani sebarang jenis kerja lekatan dan hasilnya adalah tahan hentakan, suhu, dan UV, serta selamat digunakan dalam mesin basuh pinggan mangkuk.


UHU Super Glue Ultra-Fast Control (3g, RM7.90)
UHU Super Glue Ultra-Fast Control baharu menampilkan Teknologi Direct-Stop yang unik
dan formula pelekat yang dipertingkatkan. Kini, tiada lagi jari kotor, tiada lagi tumpahan dan
tiada lagi aliran bahan pelekat yang tidak terkawal. Tiubnya mempunyai bahagian dalaman
yang memberikan tekanan balas yang mengembalikan tiub ke bentuk asalnya apabila
dipicit, yang turut menghasilkan kesan sedut balik. Dengan formula pelekat yang
dipertingkatkan ini, Super Glue Ultra-Fast Control kini merupakan standard pelekat yang
baharu, yang membawakan segala kelebihan dalam satu produk.


UHU Super Glue yang asal juga kini didatangkan dalam varian mini 1g (3 pek 1g, RM10.90)
untuk sekali guna bagi kerja-kerja lekatan dalam kesibukan harian, pada bila-bila masa dan
di mana-mana jua!




UHU Stic The Secret Life of PETS 2 – Edisi Terhad (8.2g – RM4.40, 21g – RM8.70)

UHU Stic yang popular ini merupakan satu kemestian di pejabat, bilik darjah dan juga di
rumah, dan kini terdapat dalam rangkaian lapan corak edisi terhad ‘The Secret Life of PETS
2’ yang menjadikannya ideal sebagai barangan kolektibel. Gidget, Max, Cute Snowball,
Chloe, Duke, Mel, Pickles dan Sweet Pea adalah antara watak yang ditampilkan dalam
rangkaian edisi terhad UHU Stic.

Produk-produk UHU boleh didapati di kedai-kedai alat tulis, kedai perkakasan dan kedai serbaneka utama di seluruh negara serta platform e-dagang seperti shopee.com.my dan lazada.com.my.

#fabercastellmy #UHUMalaysia @fabercastellmy

Mengenai UHU/Bolton Adhesives

UHU merupakan salah satu jenama dari Bolton Adhesives. Bolton Adhesives mewakili bahagian glu di Kumpulan Bolton dan mewakili empat jenama utama: Air Max, Bison, UHU dan Griffon. Produk- produk Bolton Adhesives menawarkan penyelesaian yang terbaik untuk melekatkan dan menampal kertas dan kadbod, kulit, fabrik dan kayu, serta untuk menyambungkan logam dan plastik sama ada di rumah, di pejabat, di sekolah, mahupun untuk projek DIY serta kerja-kerja profesional. Saluran pengagihan syarikat ini terdiri daripada pasar raya, kedai barangan pejabat, kedai kelengkapan bertukang sendiri (DIY) dan pasaran profesional. Bolton Adhesives mempunyai kira-kira 700 kakitangan. Di Malaysia, A.W Faber-Castell (M) Sdn Bhd merupakan pengedar tunggal UHU.

Mengenai Faber-Castell Malaysia

Faber-Castell Malaysia ditubuhkan pada 1978 dengan hanya 8 orang kakitangan. Faber-Castell memulakan pengeluaran pemadam getah asli dan PVC pada tahun 1980 dan sejak itu Faber-Castell telah menjadi salah satu pengeluar pemadam yang terbesar di dunia dengan mengeksport sebanyak 90% daripada 150 juta pemadam termasuklah alat-alat tulis dengan inovasi Fast Dry GEL PEN yang terkini.

Mengikuti falsafah syarikat untuk menjadi inovatif dan cekap, Faber-Castell Malaysia mendapat pelbagai persijilan yang diiktiraf seperti ISO 9001, ISO 14001 dan SIRIM serta pelbagainya. Di samping itu, Faber-Castell Malaysia juga dipilih sebagai SUPER BRAND pada tahun 2002 bagi industri alat-alat tulis di Malaysia, selain daripada menjadi Pembekal Rasmi produk alat tulis bagi Sukan Komanwel ke-16 yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Disebabkan inovasi yang cemerlang dalam pembangunan produk, Faber-Castell Malaysia memenangi anugerah ISPA pada tahun 2007, dan iF Design and Promotional Gifts Award 2008 bagi pemadam Sleeve. Selain itu, Faber-Castell juga memenangi anugerah PBS pada tahun 2008 untuk pemadam Kosmo.

Selaras dengan perkembangan yang pesat, Faber Castell Malaysia telah berpindah ke kilang lokasi terkini pada September 2002. Dirasmikan pada 13 November 2002, salah satu ciri-ciri istimewa kilang adalah Menara Pensel yang Tertinggi di dunia. Pensel ini berketinggi 19.75 meter dan mempunyai diameter 0.8 meter telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dan Guinness World Records sebagai pensel terpanjang di dunia, dan kini menjadi salah satu mercu tanda di Malaysia.

Pada bulan Mac 2018, Faber-Castell Malaysia melancarkan pusat edaran seluas 90,000 kaki persegi yang terletak di Subang Jaya. Pusat edaran baharu ini menggunakan proses operasi digital yang membawakan kelebihan dari segi ketepatan penghantaran dan kecekapan sistem serta sistem pengurusan gudang, dan mempunyai enam ruang.

Faber-Castell juga merupakan syarikat pertama dalam bidang perniagaan alat tulis yang menyetujui piagam sosial yang menjadi panduan bagi menjaga kebajikan kakitangan syarikat. Di Malaysia, satu perjanjian kolektif telah ditandatangani antara kesatuan sekerja dan Faber-Castell Malaysia pada 11 Oktober 2004.

Untuk maklumat lanjut mengenai Faber-Castell, layari laman web syarikat tersebut di http://www.faber-castell.com.my/.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com