Jom Check-In di Putrade Allsuites @RPGC jika anda ke Ipoh, Perak.


Check-In Putrade Allsuites @RPGC

I ke Perak sekali lagi pada akhir tahun 2019 sebab adik I kahwin dengan isteri barunya yang berasal dari Sungai Siput. Untuk tahun 2019 ni dah 3 kali I ke Perak, masa adik I bertunang dan masa adik I kahwin dan saut lagi I ke Pangkor Laut. Tak sangka ya jarang I ke Perak kecuali waktu adik I graduated di UTP. Kalau ikutkan Perak ni satu-satunya negeri I macam suka nak pergi tak tahu lah kenapa kan.. luas rupanya negeri ni. Memang tak bosan langsung melawat Perak. Bila taip entri ni rasa macam tak puas lagi nak 'explore' lebih lagi negeri Perak ni. Apa pun tak sangkalah dalam keluarga I sekarang dah ada adik-beradik ipar dari negeri Perak, Kedah, Johor, Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan cuma Sabah dan Sarawak je belum lagi. Apa pun sebelum I merapu lebih lanjut mengenai keluarga I baiklah I perkenalkan dekat you all semua tempat I stay lepas adik I kahwin dengan isteri barunya tu.

Dah alang-alang tu.. ni la tempat tinggal I untuk 2 hari 1 malam sebelum pulang ke Kuala Lumpur iaitu Putrade Allsuites at RPGC. Tempat yang menarik untuk didiami selama berada di Perak. Luas, jalan raya yang kurang sesak membuatkan tempat ni rasa seronok pula rasa macam nak pindah je .. huhuh..


Bagi yang belum pernah ke sini... I nak cerita sikit pengalaman I di sini.. Ianya adalah sebuah suites ala-ala service apartment, macam rumah orang kaya-kaya gitu, tiber haha.. kawasan ni berdekatan dengan padang golf.. so the main point nya tetamu yang datang ke sini nak main golf bolehlah sewa suites di sini bersama keluarga.. tapi kali ni Putrade Allsuites di RPGC ni dibuka untuk orang awam.. dan orang-orang biasa macam I boleh lah tinggal di sini kalau I ke Perak lagi next time..



SUITES

Putrade Allsuites di RPGC mempunyai 36-unit, dilengkapi dengan perabot dan kelengkapan berkonsepkan ciri-ciri kontemporari, kesegaran dan kehangatan dari setiap suite disesuaikan dengan suasana yang penuh gaya bak kata orang moden 'very instagrammable' la di setiap sudut. Bilik-bilik sini merupakan yang terbaik dalam perkhidmatan yang ditawarkan, rekaan minimalis moden dengan sentuhan keanggunan. ruangan dititikberatkan untuk memuatkan ahli keluarga atau rakan serta dari kalangan ahli perniagaan, kumpulan pemain golf mahupun untuk perhimpunan keluarga.



Harga 1 Malam

Suites yang I tinggal kali ni ialah 2 bilik.. 1 malam RM490 ya, keluasan 900sqf memang muat lah untuk anak beranak... 2 dewasa 2 kanak-kanak.. rasanya memang luas habis macam boleh muat beberapa orang lagi je suites yang I tinggal haritu.. Bilik yang I tinggal ada mesi kopi Dolce Gusto, haih memang layan kopi je la kami berdua sambil tengok TV.. paling best ada kemudahan WiFi percuma jadi senanglah kami mengakses sosial media dan google..


Masa untuk check-in dari lobi- lif hinggalah ke pintu balik..

Ruangan Dapur

Masuk je suites, ruangan pertama yang I nampak dulu ialah bahagian dapur. Pentingnya dapur bagi kaum ibu macam I, kelengkapan seperti singki untuk mencuci ada, kabinet dapur ada, chiller ada, cerek untuk panaskan air ada dan yang paling penting ada mesin kopi.. meja untuk makan pun ada.. disini lah kami menjamah makanan malam-malam di sini..


Ruang Tamu

Bahagian Ruang tamu pula lengkap dengan hiburan seperti TV dan tempat untuk bersantai di atas sofa berwarna biru kelabu-an gitu.. warna dinding yang lembut membuatkan percutiaan di sini menjadi lebih 'relaxing' gitu.. ada juga guide dan swimming attire rules disediakan.. tetamu yang hadir kat sini boleh dapatkan info lebih lanjut mengenai Putrade Allsuites @RPGC jika ada persoalan..


Bilik Utama

Bilik Utama ada katil queen sesuai untuk suami isteri atau mak ayah kita gunakan bilik ni ye.. dalam bilik ni juga terdapat sebuah almari yang unik rekaannya.. boleh dapatkan seterika atau laundry bag dalam almari ni.. TV pun ada... meja solekan pun ada.. memang selesa habis tidur dalam bilik ni.. bersih.. rasa macam tak nak keluar dari bilik haha..


Bilik kedua

Bilik kedua pula khusus untuk anak-anak.. ada 2 buah katil single-size.. almari dan tempat bertatarias... bilik ni berdekatan dengan bilik utama.. anak-anak I tidur dalam bilik ni nyenyak masing-masing..


Bilik Air

2 bilik air juga turut disediakan untuk 2 bedroom di Putrade Allsuites @ RPGC. Dilengkapi dengan pemanas air, bahan sanitari dan ruangan bilik mandi yang sangat luas.


ROOM Service Menu

Kalau malas nak keluar dari suites ni boleh 'ordered' je makanan... TRUST me awat harga makanan gila mampu ! dah la sedap especially burger tu... patty dia tebal betul.. memang boleh kenyang sehariaan oo makanan kat suites ni... I rekomen makanan kat sini !


Lobi Utama Putrade Allsuites @RPGC

Untuk check-in kena pergi ke lobi utama Putrade Allsuites @RPGC, 1st time I pergi lobi tiada hawa dingin cuma open space je.. dekat sini lah tempat tetamu menyelesaikan urusan check in check out sambil menunggu di ruangan yang disediakan..


Kemudahan yang disediakan di Putrade Allsuites @RPGC

Antara kemudahan yang boleh digunakan oleh tetamu yang bakal menginap di Putrade Allsuites @RPGC adalah seperti Jacuzzi, kolam renang, gelanggang squash, bilik snuker, bilik mesyuarat dan restoran Fairway.

Restoran Fairway
Lokasi MENARIK di Ipoh Perak


Lost World Of Tambun

Semasa penginapan keluarga di Putrade Allsuites @RPGC, kitaorang sempat menyinggah Lost World Of Tambun. Satu-satunya tarikan yang best sebab ada kolam air panas selain tu ada tempat untuk melombong, ada pelbagai jenis haiwan yang boleh tengok disini seperti kucing, monyet, tapir, zirafah dan haiwan yang boleh dikategorikan spesis yang terancam. Di sini juga banyak betul ye persembahan secara langsung mengikut perayaan. Tapi paling utama persembahan tunjuk api. Tengok video I ketika berada di sini : VLOG Part 1, VLOG Part 2, dan VLOG Part 3 ketika I berada di Lost World Of Tambun.

The Lost World of Tambun (LWOT) adalah taman tema dan hotel di Sunway City Ipoh, Tambun, Daerah Kinta, Perak, Malaysia.

Diuruskan oleh Sunway Group, taman seluas 40 ekar dibuka pada 11 November 2004 yang lalu dirasmikan oleh Sultan Azlan Shah. Taman tema ini terkenal dengan air panas semulajadi, juga mempunyai tarikan lain termasuk hidupan liar dan rides. Pada tahun 2015, LWOT telah menerima anugerah sebagai Pemenang Anugerah Emas dunia dalam kategori tempat peranginan di Fiabci Prix d’Excellence Award 2015, Petaling Jaya.

LWOT mempunyai sungai dan pantai yang dikelilingi oleh 20 kaki air terjun berkembar bersama dengan perjalanan air. Sungai Petualangan sepanjang 660 meter terapung di sepanjang gua hidupan hijau, diberi sebagai 'Sungai Manusia Terbuat Terbesar' di Asia Tenggara oleh Buku Rekod Malaysia. Taman Air juga termasuk Cliff Racer, Raiders Tube dan kolam gelombang terbesar Malaysia, Jungle Wave Bay dengan gelombang sehingga 3 kaki tinggi. Sebuah taman permainan kanak-kanak, dinamakan Explorabay yang direka kawasan itu dengan balkoni raksasa gergasi, meriam air, semburan gajah, tirai air dan air pancut. Mengawasi tarikan air adalah puncak kapur dan 8 meter "Needle of Tambun" yang dikenali sebagai "Pencil Hill".




Concubine Lane
Ni adalah tempat persinggahan waktu pagi ketika berada di Ipoh Perak.. I terbeli kopi pula kat kedai ubat di Concubine Lane  ni.. tempat laluan ni mengingatkan I seperti berada di tempat bersejarah.. banyak orang menjual kat sini.. murah-murah memang 'tempting' tapi tu la tak bawa duit banyak pula jadinya cuci mata je la..

Menurut penduduk tempatan, Concubine Lane dibina oleh hartawan perlombongan Yao Tet Shin untuk tiga isterinya. Setiap lorong telah diberi nama Wife Lane, Concubine Lane dan First Concubine Lane. Walaupun versi lain kisah tempatan adalah bahawa ia juga adalah tempat di mana lelaki kaya menyembunyikan perempuan simpanan mereka. Hari ini, Concubine Lane adalah lorong yang paling terkenal, telah diubah menjadi hangout popular dengan pelbagai gerai pop yang menjual bola ais lazat, gula-gula kapas berbentuk bunga dan banyak lagi.


Taman Rekreasi Gunung Lang

I rasa bersyukur dapat singgah Taman Rekreasi Gunung Lang, dalam seumur hidup I, I dapat tangkap gambar pelangi 2 kali ganda dekat gila untuk kali pertama sebab pembiasan air terjun dengan pantulan cahaya matahari wujudnya pelangi tu.

Di Taman Rekreasi Gunung Lang ada sebuah taman tersembunyi macam tu la, kena naik bot nak ke situ.. Seorang RM3, tapi budak bawah 6 tahun rasanya percuma je.. dekat dalam Taman Rekreasi Gunung Lang ni ada sebuah taman yang luas ada rumah tinjau, taman yang cantik, ada rusa, ada burung ostrich dan taman permainan. Memang kena spent masa 2-3 jam untuk cukupkan tawaf sekali kat sini. Ada gua juga tapi I tak berani pula nak masuk rasa rugi pula. Tak pe next time ke sini lagi I nak masuk sini... Rindu pula.. huhuh..


Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi @ Yong Suan 

Masa I sampai di restoran ni, 1st impression I, wow gila ramai orang beratur !! I pun tak pastilah apa keistimewaan restoran ni kan sampai panjang gila Q-line dia.. rupanya ni la nasi ganja, ni pun kali pertama I makan nasi ganja, tapi berita sedih untuk I.. I ada ulser dalam mulut haritu jadi makan pun paksa juga walaupun sakit.. okaylah I rasa kari dia kot buat nasi dia jadi sedap.. yang lain-lain tu sebab ada telur ikan masin, ayam goreng.. nasi gedebuk banyak tu lari diet I. hehe.. Tapi I gila suka Caramel dia la.. sedap oo.. manis-manis sweet gitu.. rasa lega sikit ulser tu.. tapi teh tarik dia milo ais dia memang mengimbau kenangan la.. hee.. harga dia mampu makan.. next time pergi Ipoh lagi I nak singgah lagi hee..

apa pun I nak cakap makanan dekat IPOH PERAK murah-murah kan ! Tak dapat harga macam ni kalau dekat KL :(


BOH View Point, Cameron Highlands

Setiap kali balik dari PERAK mesti singgah Cameron Highlands, kali ni I kembali balik semula ke BOH View Point tempat I ber'honeymoon' dengan laki I kat sini sebelum ada anak 2 orang.. kat sini makanan mahal sikit tapi air teh dengan biskut dia sedap... sambil tengok pemandangan yang sejuk mata memandang... nak baca lebih lanjut pasal Cameron  Highlands : > sini <


Sebelum I akhiri entri kali ni, I nak ucapkan tahniah dekat adik I, kahwin juga kau ye dengan orang Perak.. senang lah lepas ni kakak kau ke Perak lagi hahaha...

Untuk maklumat lanjut mengenai Putrade Allsuites @ RPGC,sila layari : https://putradeallsuites.com/

3 ulasan :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com