Perkara WAJIB DILAKUKAN sempena musim perayaan di Resorts World Genting



Genting Highlands, 6 th Disember 2019 – Resorts World Genting menganjurkan pesta musim perayaan terhebat bermula dari 28 November 2019 hingga 1 Januari 2020. Bertemakan ‘It’s All Happening at Genting Winter Wonderland ’ kawasan resort akan “bernyawa” dengan cahaya yang akan menyinari para pengunjung dengan kemeriahan Hari Krismas, hiasan serta acara menarik.

Suasana penuh keriangan ini dapat dinikmati sama ada ditemani cahaya bintang-bintang dan cuaca sejuk dingin ataupun di bahagian dalam resort. Bagi merasai satu pengalaman komprehensif Winter Wonderland Genting, hanya perlu mengikuti jejak Pejalan Kaki GohTong yang terletak di 11 lokasi iaitu di SkyAtrium dalam SkyAvenue, Hill Top Grocer, Arena of Stars, Taman Metro, Metro City, Park Avenue Lounge, Zouk Atrium, Pavilion, GohTong Jaya Baru, SkySymphony dan Medan Selera. 

Peta dan jadual program disediakan.



SkyAtrium, SkyAvenue

‘A Nutcracker Wonderland’ bersedia untuk memukau para penonton di SkyAtrium. Di sini terdapat sebuah kerusi besar menanti kedatangan Santa Claus. Datanglah untuk bergambar dengan Sanya dan menyanyi lagu karol Krismas bersama-sama Akademi Broadway pada masa berikut:

Koir: 2ptg, 4:30ptg, 5:40ptg
Santa & Elf & Koir: 5:40ptg
String &Brass: 12:30tgh, 3ptg



Hill Top Walk Krismas Wonderland Bazaar

Kawasan Pejalan Kaki Hill Top telah bertukar menjadi Bazar Alam Ajaib Musim Sejuk Krismas yang diilhamkan daripada White Christmas, Charles Dicken. Beli kelengkapan Krismas anda di sini.

Masa : 10:00pg-10:00mlm



SkySymphony, pentas Time Square
Pentas SkySymphony menampilkan karusel berputar, dipenuhi dengan hadiah-hadiah berwarna emas dan patung-patung Nutcracker yang ceria. Snowball Express oleh Genting Studios akan membawa penonton menggembara ke Kutub Utara bersama-sama hero-hero Genting Highland diiringi muzik daripada filem The Nutcracker. 1001 bebola winch akan bergerak selari dengan penceritaan, berubah menjadi pelbagai bentuk untuk memukau para penonton. Pokok Krismas setinggi 3 tingkat akan muncul pada penghujung cerita diikuti persembahan tarian pop-up.

Masa : 10:00pg, 12:00tgh, 2:00ptg, 4:00ptg, 6:00ptg, 8:00mlm, 10:00mlm dan 12:00 tgh mlm



Perarakan SkyAvenue

Perarakan yang bermula dari SkySymphony yang dikenali sebagai Perarakan Snowball Express menampilkan 6 watak Wira Genting Highland dan 6 penari berkostum. Perarakan bermula di SkySymphony

Masa: 3:10ptg
Tarikh: Sehingga 29 Disember 2019


Laman Allie, Aras Bawah, SkyAvenue

Laman Allie menjanjikan sebuah taman permainaan yang menyeronokkan dengan pelbagai jenis permainan. Ia termasuk melakukan gaya gila-gila di kios Be A Pin Up, mengumpul patung mainan lembut di Mesin Tabby Giant Claw, menangkap batang kayu dalam Be Fast & Be Sharp Like Callie dan mengelak gegaran dalam cabaran Geno Shake Shake No More. Karnival

Permainan Krismas Laman Allie akan dibuka kepada pengunjung yang membeli Tiket Kombo Penjimatan Taman Tema atau menjamu selera di Ed’s Diner atau Medan Selera. Wira-wira Genting Highland turut akan berada di sini untuk bertemu dan beramah mesra setiap hari.
Masa : 10:00pg – 10:00mlm setiap hari



Taman Metro
Bertempat di bahagian luar Taman Metro dua acara diadakan setiap petang iaitu pada pukul 7:30mlm untuk persembahan Cahaya Krismas dan 10mlm pertunjukan Krismas. Persembahan Krismas dimulakan dengan kemunculan Brian Zimmerman sebagai Santa Claus, Elf, rusa kutub, peluncur ais, Kumpulan Koir Broadway, The Voice of Independent Brass Ensemble & Strings dan Kuartet Krismas dari New York.

Pokok Krismas setinggi tiga tingkat berdiri megah bersebelahan Taman Gazebo. Terdapat juga bir dan kios menjual juadah perayaan. Jika ingin bergambar, terdapat sebuah bas bertingkat London yang dibalut seperti hadiah diparkir bersebelahan Pasar Krismas Eropah.



Meluncur Ais di Taman Metro

Para pengujung boleh meluncur dan meniru gaya seperti juara luncur ais Rusia apabila gelanggang ais dibuka kepada awam. Bayaran masuk adalah RM30 untuk hari Isnin ke Khamis dan RM35 pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan 16-25 Disember. Harga termasuk stoking kaki dan sarung tangan.

Masa Operasi

Hari Kerja: 12tgh, 1:30ptg, 4:00ptg, 5:30ptg dan 8:15mlm

Hujung Minggu  (termasuk24 &31 Disember) 12tgh, 1:30ptg, 4:00ptg, 5:30ptg, 8:15mlm dan 10:45mlm

Filem & Pertunjukan Air

Filem popular Krismas seperti How the Grinch Stole Christmas akan ditayangkan termasuk pertunjukan Air khas Power of Love dan I Believe sepanjang bulan. Perlawanan Liga Perdana secara langsung turut akan ditayangkan pada skrin besar setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Makanan yang Berlambak di Taman Gazebo
Beramah sambil menikmati makanan lazat daripada 10 trak makanan. Terdapat II Lago, ikan dan kentang goreng panas daripada Harry Ramsden, Taman Krismas dan kios menjual juadah perayaan. Bas bertingkat London dibalut seperti hadiah turut ada di sini.

Menjelang Detik Sambutan Tahun Baru

Menyaksikan bunga api spektakular pada tengah malam 31 Disember di Taman Metro, Star Lake atau Highline.

Masa Operasi Taman Metro
12tgh - 11mlm: Isnin hingga Khamis
12tgh – 12tgh mlm: Jumaat hingga Ahad
24/12: 12tgh - 12 tgh mlm
31/12: 12tgh - 1pg


Rumah Seram Train to Busan

Peminat tegar filem yang memenangi anugerah ini kini boleh merasai pengalaman yang menakutkan di Rumah Seram Train to Busan. Terdapat juga permainan adrenalin VR 360 untuk bertarung dengan musuh. Terdapat juga Retail Street, tempat yang menyediakan mi Korea, kimchi dan minuman.

Rumah Seram &Permainan VR 360: 12:00tgh – 10:00mlm
Retail Street: 10:00pg – 10:00mlm

Jualan Akhir Tahun Genting 2019
Jualan Akhir Tahun Genting 2019 akan berlangsung di pusat beli-belah SkyAvenue dan Genting Highlands Premium Outlet bulan Disember ini. Terdapat tawaran kilat sehingga 70% untuk

Taman Tema Tertutup Skytropolis.
Masa: 10:00pg – 10:00mlm
Tarikh: 12hb eksklusif untuk ahli/13-15 Disember dibuka kepada umum

Taman Tema Tertutup SkytropolisNikmati 16 permainan di Skytropolis. Beli pas tanpa had pada harga RM60 untuk 1 Hari atau RM78 untuk 2 Hari. Terdapat juga pakej kombo dengan aktiviti lain seperti di Snow World, Big Top, Senikome Peng Heng (seni dan budaya) dan The Void. Pengalaman hiper realiti pertama di Asia, The Void ketika ini menayangkan Avengers: Damage Control (masa terhad sahaja), Star Wars: Secrets of the Empire, Ralph Breaks VR dan Nicodemus. Akan dibuka pada Disember ini adalah SkyVR, satu lagi pengalaman adrenalin VR baharu.
Masa : 10:00pg – 10:00mlm

Sambutan Hari Krismas di Resorts World Genting akan bermula pada 28 November 2019. Anda semua di jemput hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut dengan pelbagai acara hiburan hebat yang telah disediakan untuk sepanjang musim. Untuk maklumat lanjut sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 6101 1118.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com