ORGGA Malaysia - Produk Organik untuk kulit wanita Asia


Hye guys ! Kali ni I rasa sangat bertuah kerana diberi kepercayaan untuk mengulas lagi sekali produk ORGGA - 'proudly locally made.' Selama ni kita selalu dimomokkan produk tempatan tak baguslah bahaya untuk kulitlah tapi ORGGA berjaya membuktikan produk tempatan bukan calang-calang ya, memang produk yang menitikberatkan keselamatan dan keberkesanannya untuk kulit wanita Asia dan juga sesuai untuk semua peringkat umur, jantina dan bangsa. Apa pun I sendiri bersyukur berpeluang untuk bertemu sendiri pengasas produk ORGGA iaitu Puan Zaza, anda boleh baca di sini untuk maklumat lanjut : http://www.syafierayamin.com/2018/08/orgga-produk-organik-bebas-bahan-kimia.html

Kali ni lebih seronok I dapat mencuba produk ORGGA yang bersesuaian dengan masalah kulit I iaitu berminyak dan berjerawat. Haih sedih tau dah nak masuk umur 30 tahun pun tetap kulit mahu naik jerawat ya. Nasib baik ada ORGGA membantu lah juga merawat masalah kulit yang I alami lebih-lebih lagi bahagian yang sensitif.


Langkah pertama ialah bersihkan wajah. Yang pakai alat solekan pada wajah seeloknya sila bersihkan wajah dengan 'makeup remover' sebab ORGGA cleanser tak boleh bersihkan 'waterprrof makeup.' Untuk kesan yang lebih baik bebaskan wajah terlebih dahulu baru guna ORGGA cleanser - untuk kulit I Bacca Bliss adalah sesuai untuk kulit I.

ORGGA Bacca Bliss adalah pembersih wajah 3 dalam 1 (membersih, ala-ala scrub dan sebagai mask). Khusus untuk kulit berminyak, kulit berjerawat, normal dan kombinasi.
  • Diperbuat dari bahan semulajadi dan organik.
  • Kaya dengan vitamin & antioksidan.
  • Membersihkan, merawat dan menghidratkan kulit anda.
  • Menanggalkan sel kulit mati, bintik hitam (blackhead), bintik putih (whitehead) dan merawat jerawat.
  • Merawat tona dan tekstur kulit yang tidak sekata.
  • Mencerahkan kulit yang kusam.
  • Melambatkan penampilan kedut dan garis halus.
  • Melicinkan dan melembutkan kulit.
  • Menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi.
  • Untuk hasil makeup yang lebih natural, sekata dan tidak mengelupas.
BEBAS dari:
Alcohol, Hydroquinone, Merkuri, SLS, Paraben, Pengawet Sintetik, Sulfat, Pewarna & Aroma Sintetik.


Bahan utama dalam ORGGA Bliss Cleanser ni ialah Rosehip, grapeseed, goji berry dan raspberry. Bahan-bahan lain pula ialah : Colloidal oatmeal* · French Pink clay · Kaolin clay · Coconut flour · Coconut milk* · Flaxseed meal* · Brown rice flour* · Strawberry · Rose flowers · Calendula flowers · Licorice root · Lavender flowers · Raspberry · Banana · Rosehip · Pearl powder · Goji berry · Grape seed. * disahkan organik 100% semulajadi, 56% organik, tanpa pengawet

Disebabkan bahan-bahan utama organik jadi I yakin dan tak ragu-ragu lepas guna pembersih ORGGA ni, kulit rasa lebih bersih, bertenaga dan berseri lepas dan bersihkan wajah. Bau produk ni pun best aroma menenangkan. Paling best tak ada buih langsung. Kena campur air sedikit demi sedikit sebelum sapu kat wajah. Untuk vegan pun sesuai. 

Harga : Saiz Mini RM 29, Saiz Biasa : RM69


ORGGA Rose Otto adalah langkah kedua dalam penjagaan kulit bersama ORGGA. Sejenis Nourishing Face mist bertindak sebagai penyegar dan boleh sembur sebelum dan selepas makeup untuk kesan penghidratan. Selepas bersihkan wajah dengan ORGGA Bacca Bliss lepas tu sembur dengan Rose Otto Hydrating Face Mist ni I dapat rasa liang pori I lebih halus dan mula mengecil. Siapa sembur ni mesti tahu rasanya. Memang rasa wajah macam bergerak sikit. Face Mist ni sesuai untuk semua jenis kulit bau dia pun ala-ala masam citrus dan ros gitu.

Kebaikan ORGGA Rose Otto ni ialah :
  1. Diperbuat dari bahan semulajadi dan organik.
  2. Menyegarkan dan menghidrat kulit.
  3. Menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi.
  4. Menghidrat kulit kering dan kulit kasar.
  5. Keseimbangan dalam mengawal kulit berminyak.
  6. Anti-penuaan, anti-radang, antiseptik, dan anti-bakteria.
  7. Melembutkan dan mencerahkan kulit yang kusam.
  8. Menjadikan hasil makeup tampak lebih natural, sekata dan tidak mengelupas.
BEBAS dari:
Alcohol, Hydroquinone, Mercury, SLS, Paraben, Synthetic Preservative, Sulfates, Pewarna & Pewangi Sintetik.

Bahan utama dalam ORGGA Rose Otto Hydrating Mist ni ialah Rose Damascena Essential Oil, Rose Bulgarian Hydrosols, Aloe Vera Juice dan Ekstrak Buah.
Bahan-bahan lain ialah : Rose Bulgarian hydrosol · Aqua · Aloe Vera leaf juice · Cranberry extract · Blueberry extract · Radish Root Ferment Filtrate · Vegetable Glycerin · Caprylyl/Capryl Glucoside (Vegetable derived)

100% semulajadi, tanpa pengawet tiruan

Harga ialah RM60 sebotol tengah ada promosi sekarang RM55. Dapatkan sekarang.


Langkah ketiga dalam penjagaan kulit bersama ORGGA ialah LINDO Luxe Beauty Oil yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat sambil membantu melembab dan merawat masalah kulit. I sangat suka LINDO sebab I boleh rasa kulit wajah I jauh lebih lembab dan lembut. Bau dia pun lembut. Tekstur minyak berwarna oren-keorenan ni mudah menyerap ke dalam kulit selepas beberapa kali urutan. Pakai 3 titik pun dah cukup. Lagi BEST bila digabungkan dengan Roller jade massage sebab penyerapan jauh lebih mendalam.

Menurut ORGGA : Lindo di dalam bahasa Itali melambangkan Kecantikan dan kebersihan. Lindo Luxe Beauty Oil dicipta khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Kombinasi lengkap minyak botani yang mengandungi anti-oksidan dan astrigents yang mampu:-
  • Mengurangkan jerawat.
  • Mengecilkan pori pori.
  • Menghidrat dan melembutkan kulit.
ORGGA Luxe Beauty Oil diperbuat dari bahan aktif asli semulajadi. Bahan bahan yang digunakan diimport dari UK, US, Eropah & Timur Tengah bagi memastikan kualiti yang terjamin. Luxe Beauty Oil diformulasikan menggunakan Squalane dari buah zaitun, 9 jenis minyak Botani dan 6 jenis essential oils terpilih dan berkualiti, kaya dengan mineral & nutrisi seperti: Essential Fatty Acid (Omega 3,6,7 dan 9) dan Vitamin A,C,D,E dan K.

  • Tidak berminyak dan melekit. Mudah meresap. Tidak menyumbat pori pori (Non comedogenic)
  • Menlindungi kulit (skin barrier) daripada pencemaran persekitaran.
  • Membekalkan nutrisi untuk membantu regenerasi sel kulit baru.
  • Kaya dengan Anti-oksida untuk mengukuhkan keanjalan kulit dan membantu meningkatkan penghasilan kolagen.
  • Mengurangkan garis-garis halus dan tanda tanda penuaan.
  • Mengurangkan jerawat.
  • Memelihara, melembapkan dan mengunci kelembapan kulit.
  • Merawat kulit secara intensif.
  • Boleh dijadikan makeup primer untuk hasil natural dan glowing.
  • Menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi.
BEBAS dari:
Alkohol, Hydroquinone, Merkuri, SLS, Paraben, Pengawet Sintetik, Sulfat, Pewarna & Pewangi Sintetik.


Harga : Saiz Mini 8ml : RM40, Saiz biasa : RM95


Teknik terakhir sebelum I tidur bersama ORGGA untuk kulit berjerawat ialah bersama Jade Stone Detox Gemstone Dual-Sided Face Roller, yang I dapat berwarna hijau, bagi yang masih belum tahu setiap face roller unik kerana bentuk batu yang berbeza ye. Cara urutan boleh rujuk pada gambar. Macam I pergerakan setiap wajah ialah 3 kali sampai I dapat rasa wajah stimulated. Kalau tiap-tiap hari buat urutan ni boelh runcing ya wajah I.

Sejarah mengenai Jade Stone ni agak menarik, ianya adalah sejenis batu yang berharga bermaksud simbol keamanan, kebijaksanaan, kecantikan, keseimbangan, umur yang panjang dalam kepercayaan masyarakat Cina. Pada abad ketujuh, ianya terbukti sebagai batu yang boleh merawat pelbagai masalah kesihatan. Ianya membantu mengembalikan tona otot wajah, meningkatkan perjalanan darah, merangsang detoksfikasi saliran limfatik dan membantu penyerapan penjagaan kulit wajah yang kita guna.

ORGGA menggunakan Jade Stone Detox Gemstone Dual-Sided Face Roller 100% diperbuat daripada Jade semulajadi.

Antara manfaat yang boleh kita dapat menggunakan Jade Stone Detox Gemstone Dual-Sided Face Roller ialah :

  1. Merangsang penghasilan kolagen
  2. Mengurangkan garis halus
  3. Membantu mengecilkan liang pori
  4. Meningkatkan Keanjalan kulit
  5. Meningkatkan tahap oksigen ke aliran darah
  6. Detox - menggalakkan saliran limfa dan meningkatkan peredaran darah
  7. Membersihkan toksin dan mengurangkan keradangan
  8. Mengurangkan bengkak dan kedutan di sekeliling mata
  9. Bantu produk penjagaan kulit untuk penyerapan lebih baik
  10. Mencerah dan menjadikan kulit berseri secara semulajadi
Harga Gemstone Face Roller Jade ialah RM 90


Akhir kata : Saya suka ORGGA sebab.... Selalu kalau balik kerja lambat.. mesti nak tidur terus tapi bila fikir pakai makeup dan hadapi kehidupan seharian dengan radikal bebas, habuk dan pencemaran.. memang I takkan skip langsung penjagaan kulit lebih lebih lagi sejenis kulit yang berminyak dan berjerawat... Nasib baik ada produk tempatan yang kesannya sangat memuaskan dan efektif iaitu @orggamalaysia lagi satu ianya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi asli yang terbaik untuk kita serta selamat digunakan.. Untuk kulit kering, matang, normal, kombinasi dan berjerawat macam I.. produk yang disyorkan ialah :
Cleansing powder - Bacca Bliss kandungan raspberry strawberry grape seed licorine root dan french pink clay. Bacca Bliss ni boleh jadi cleanser, mild exfoliator dan mask.

Rose Otto nourishing face mist pula bertindak sebagai penghidrat atau penyegar dengan kandungan seperti rose hydrosol, aloe vera dan pure rose oil.

Lindo luxe beauty oil pula ada kandungan grapeseed oil, blackcurrant seed oil, pumpkin seed oil, olive squalane dan bergamot oil untuk kulit berminyak dan berjerawat malahan ianya kaya dengan antioksidan untuk mengurangkan lubang lubang jerawat, menghidrat dan melembutkan kulit.

Jade Stone Detox Gemstone dual-sided face roller sangat terkenal dikalangan orang Cina dimana ianya simbol pada keamanan, keseimbangan dan kecantikan. Batu Jade amat terkenal dengan 'healing properties.' Jade roller ni membantu untuk menjadika tona wajah dan otot lebih baik, meningkatkan pengaliran darah, detoksifikasi, mengurangkan bengkak dan kedutan dimata dan membantu produk menyerap lebih baik ke dalam kulit.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk ORĢGA, sila layari : www.orgga.my

1 ulasan :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com