MISMIS - Ubat Gigi berasaskan Koko tanpa Fluorida dan selamat untuk digunakan


Rutin Harian adalah menggosok gigi setiap hari

Gosok gigi adalah benda paling penting sekali dilakukan oleh semua orang tak kira bangsa, agama dan peringkat umur kerana ianya adalah kebersihan utama yang perlu dipraktikkan sebolehnya 3 kali sehari ataupun setelah menikmati hidangan yang manis seperti gula dan coklat terutamanya kanak-kanak yang masih bergigi susu untuk mencegah pembentukan gigi sekali gus menjadikan gigi lebih cantik supaya dapat berinteraksi dengan masyarakat disekeliling tanpa rasa malu.

Sebagai seorang ibu kepada 2 orang anak, perkara yang paling merisaukan I ialah lambakan minuman manis yang viral hampir tak mampu nak kawal pengambilan walaupun sebulan sekali, sebolehnya nak elak tapi benda dah depan mata dan paling ketara ianya boleh didapati secara mudah melalui hujung jari sahaja membuatkan kita terpaksa berhadapan dengan krisis gula. Oleh itu kita perlulah mengawal pengambilan benda yang manis supaya dapat cegah kerosakan gigi. 


Banyak Persoalan mengenai Gigi terjawab akhirnya

I rasa sangat bertuah bila berpeluang untuk menyertai pelancaran kecil-kecilan ubat gigi 'proudly locally made' diperkenalkan pada 8 Disember 2019 yang lalu di Klinik Pergigian Nurul Akmar iaitu MISMIS sejenis ubat gigi yang berasaskan koko tanpa fluorida bersama rakan-rakan bloggers. Banyak ya persoalan berkaitan penjagaan gigi yang berlegar-legar di minda setiap yang hadir pada hari tersebut. Nasib baik ada 'dentist' yang membantu menjawab persoalan kami iaitu Dr Siti Nur Ziera Warda dan juga pihak daripada Mismis sendiri iaitu Puan Noormawarni Nordin selaku Pengarah Syarikat. Jawapan mengenai persoalan gigi, boleh tonton video di bawah : 👇👇👇👇


Program Symbiosis diperkenalkan untuk bakal 'technopreneur'

Syarikat NFA Techonology Sdn Bhd adalah salah satu syarikat yang dibimbing dibawah program symbiosis kelolaan Malaysian Technology Development Corporation – (MTDC). Program Symbiosis adalah program dimana MTDC akan memilih lepasan siswazah dan usahawan sedia ada untuk menjadi ‘technopreneur’ dengan mengkomersialkan produk berteknologi yang dihasilkan dari Research Institute (IR)/Universiti dengan latihan dan bimbingan yang berterusan dari MTDC.

MISMIS telah berjaya menembusi pasaran Maghribi dan dimasa akan datang bercita-cita untuk meluaskan pasaran di Negara Timur Tengah dan Jepun. Usaha promosi dan kesedaran tentang penggunaan bahan semulajadi seperti polifenol koko telah giat dijalankan oleh syarikat bagi meluaskan lagi pasaran jenama MISMIS. Untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama MISMIS dipasaran, syarikat mensasarkan lebih banyak lagi pasaraya-pasaraya besar ,farmasi dan pengedar runcit di seluruh negara menyokong dan memberi peluang kepada jenama MISMIS untuk dipasarkan di premis mereka.

NFA Technologies Sdn Bhd ditubuhkan sejak 2014 sebagai syarikat untuk menyelidik, mengeluar dan memasarkan ubat gigi berasaskan polifenol koko yang pertama seumpanya bersama bahan semulajadi dari cengkih dan minyak zaitun. Ianya mensasarkan pasaran komersial untuk dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan ubat gigi Halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga, untuk semua peringkat umur dari kanak kanak sehingga dewasa. Telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia untuk penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan bagi menggunakan polifenol koko sebagai bahan mentah utama yang berkualiti tinggi dalam pembuatan ubat gigi natural jenama MISMIS.


Produk Berkualiti serta selamat digunakan

Jenama MISMIS telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat disahkan memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard). Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan standing dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.


Walaupun PREMIUM Harga tetap MAMPU Milik !

Produk terbaharu Mismis adalah Ubat Gigi Premium Pudina Koko dengan kerjasama penyelidikan dari Lembaga Koko Malaysia, Produk ini menggunakan bahan aktif polifenol- tannin terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptococcus Mutan dan S.Sanguis, penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi. Penambahan bahan iaitu lemak koko (cocoa butter) yang diperkaya oleh Vitamin E, dapat membantu meningkatkan aktiviti agen antibakteria daripada masalah kaviti mulut.

Menurut Puan Noormawarni lagi, “Ubat gigi MISMIS tanpa fluorida dari ekstrak Polifenol koko premium terpilih dengan campuran ramuan bahan semulajadi seperti cengkih, dan minyak zaitun ini akan mengekalkan senyuman manis dan nafas yang segar anda sepanjang masa’.


Tanpa bahan kimia yang berbahaya, gunakan tanpa ragu ragu

Ubat gigi MISMIS tidak mengandungi Paraben, SLS dan flourida. Ia juga alternatif bagi pengguna yang mencari ubat gigi yang berasaskan bahan semulajadi. Tidak lupa juga aroma koko yang mengharumkan dan menyegarkan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang menggunakannya. Juga terdapat pek kembara 2 dalam 1 yang memudahkan pengguna membawa produk MISMIS semasa mengembara dan Mismis ubat kumur Minty Leaf (mouthwash) yang akan dipasarkan tidak lama lagi.


Ubat Gigi MISMIS yang sudah lama berada di pasaran

Selain itu, produk yang sudah lama di kenali di pasaran adalah ubat gigi MISMIS sejuk tambahan (Extra Cool Mint) yang memberi tujuh kali perlindungan dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan karies dan jangkitan pada gigi.


Berus gigi MISMIS tidak ada jenis 'coarse bristle'

MISMIS juga telah mengeluarkan pelbagai jenis berus gigi dengan berus yang lembut dan separa lembut. Didatangkan dengaan warna warna menarik seperti hijau, merah jambu, ungu dan biru mengikut warna kegemaran anda dan keluarga. Diperbuat dari nilon berkualiti tinggi dan tidak pernah diuji pada haiwan. Ia selamat untuk anda dan keluarga dan kini anda boleh memberus gigi tanya ragu. Berus gigi MISMIS yang lembut dapat memberi tiga kali perlindungan dan melindungi gusi anda daripada kecederaan, memberikan keselesaan serta menghilangkan bakteria dan plak.


Akhirnya Jenama Ubat Gigi untuk Kanak-kanak diperkenalkan oleh Orang Malaysia TANPA Fluorida ! Yay !

Produk MISMIS yang terbaharu adalah buat gigi MISMIS 'just for kids.' Terdapat dalam 2 perisa, Chocolata dan Bubble Gummy. Ia amat sesuai kepada keluarga yang inginkan produk yang bebas dari flourida dan selamat jika tertelan. Buih ubat gigi juga menggunakan dari sumber kelapa. MISMIS diformulasikan tanpa bahan paraben, bahan kimia dan pewarna sintetik. Diperbuat dari bahan pembuatan makanan ‘food grade’ dan selamat jika termakan semasa memberus gigi terutamanya untuk kanak-kanak.

Kanak-kanak teruja melihat sendiri 'packaging' dan maskot MISMIS iaitu Theo (biru-lelaki) dan juga Nia (ungu-perempuan)
Adelia sekarang gosok gigi tak perlu disuruh lagi sebab dia suka rasa 'bubble gum.' Abang dia pula suka rasa koko kadang-kadang dia campur sekali dengan perasa Bubble gum tanpa pengetahuaan Adelia. heee. So lepas ni gigi susu tetap sihat walaupun makan macam-macam kan heheh.

Harga dan Lokasi untuk dapatkan ubat gigi MISMIS

Ubat gigi dan berus gigi MISMIS berharga antara RM3.90 sehingga RM15.00 dan boleh didapati dari pasaraya seperti Tesco, Sabasun, Halalmart, farmasi dan kedai runcit diseluruh negara. Mismis boleh juga didapati di online Watson, Airasia (Rokki.com),Shopee, Lazada dan di semua online e-commerce. Bagi informasi lanjut sila layari laman sesawang https://www.mismis.com.my/. 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Wanie Nordin +6012 941 0528 NFA TECHNOLOGIES SDN BHD 3-1 (A), Jalan Dagang SB4/1, Taman Sungai Besi Indah 43300 Seri Kembangan Selangor Tel : +603 8959 4493

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com