Menu Dan Roti Paling Laris di Barcook Bakery IOI Mall Puchong


Setiap kali I ke IOI Mall Puchong, Barcook ni la selalu I singgah nak beli roti kat situ.. sebab banyak pilihan yang boleh I pilih, kalau dah petang-petang selalu ada promosi.. tu lagi best ! hehe tapi bukan hanya roti dan pastri je ada disini tapi rupa-ruapnya Barcook Bakery ni siap ada menu makanan panas...  I dah cuba boleh dikatakan semuanya sangat menyelerakan dan enak-enak belaka...


Menu makanan panas ni semuanya hadir dengan Teh ais lemon dan juga kentang goreng.. ala-ala western food ni anak-anak I lah yang suka makan terutamanya yang kentang dan spaghetti.. so far memang tak mengecewakan.. kalau boleh makan time panas-panas baru enak.. I  sangat suka mayo tuna croissant dan ianya sangat PERFECT untuk Early breakfast atau pun Brunch.



Selain daripada makanan panas, Roti dan pastri adalah makanan paling utama di Barcook Bakery ni. Paling laris adalah roti yang mempunyai inti didalamnya. Kebanyakan pelanggan gemar menikmati roti 'fresh from the oven.' ni bersama kopi panas.


Antara roti signature di sini ialah raisin cream, mixberry cheese, pumpkin walnut, liu sa, salted egg dan mushroom bun. Disebabkan ianya terlampau laris, memang kena datang cepat sebelum stok makanan habis kerana ianya disediakan secara FRESH from the oven dan hanya direstock kembali apabila dah habis.


Yang ni bukan sebarangan kopi ya. Rasa dia pekat dan less sweet ni memang pembuka utama untuk hari yang lebih indah, haa macam tu. heee...


Bagi penggemar roti buku pula... haaa dekat Barcook Bakery pun tawarkan pelbagai jenis pilihan antaranya ialah walnut bread... memang rambang mata nak pilih yang mana satu.. makan pagi amat indah bila ada semua roti-roti di atas meja makan kan... hee..


Selain tu ada lagi banyak jenis pilihan kek... haih memang one stop centre lah Bakery Barcook ni.. Time harijadi boleh lah pilih mana satu yang berkenan dihati atau nak sambut harijadi insan yang tersayang kan...


Banyak lagi pilihan roti yang berkenan di hati.. harga pun affordable... makan 1 pun dah kenyang..


Barcook Bakery ni menghidangkan pastri bebas dari sumber haiwan yang tidak dibenarkan khusus untuk orang muslim ya.. makanlah tanpa rasa ragu ragu. ;)


Amacam ? Ada rasa terliur tak tengok semua pastri di Barcook Bakery ni ? I rasa macam nak singgah lagi sekali la nak makan mushroom bun dan salted egg..Kedai roti ni buka setiap hari seperti bukanya mall dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Nak tahu lanjut mengenai promosi lain dan info boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/barcookbakerymalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/barcookbakerymalaysia

19 ulasan :

  1. so tempting. rasa rambang mata tengok menu ^_^

    BalasPadam
  2. Dulu masa tinggal kat Puncak Jalil, rajin ke IOI Mall ni sebab dekat. Wahhh sekarang dah ada Barcook Bakery pula ye?. Kalau tengok menu jenuh la nak pilih nak makan apa ye?. So banyak....

    BalasPadam
  3. Terliur pulak akak fiera aihhhhh bila tgk macam2 jenis roti kat sini. Tak tau akk mana satu pilihan hati ni kalau ada sana. Nak semuaaaa laaa hahaha. Belanja akk satu hehee

    BalasPadam
  4. Adoii..dahla suka makan roti. Sejenis yang memang hantu roti & coffer lovers. Nak sangat ajak Mr Husband singgah sini sebab nampak banyak pilihan yang berasaskan roti. Kita nikmati sepuasnya kan ..haaa gittew

    BalasPadam
  5. Besar juga barcook kat sini. I pernah pegi yg dekat Mid Valley je. Roti they all memang fresh and sedap!

    BalasPadam
  6. Sedapnya roti2 sini... Pernah try sekali and i'm loving the kopi+teh tu! Teringat2 pulak...

    BalasPadam
  7. Banyaknya makan mampu habis ker semua tu hehehe roti-roti kat sini sedap-sedap belaka dan kegemaran kita bestnya hurmm teruja nak pergi lagi hehehe nak makan kat sini...

    BalasPadam
  8. eh dah bukak kedai bakery ni ye.. bulan lepas pergi still renovate. nasib baik rumah dekat dengan ioi puchong

    BalasPadam
  9. Uish. Harga dia pon masih affordable jgk la. Nk cari roti mcm boleh turun sini je

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Haihhh terliur kita tengok. Nanti ada hari boleh bawak geng pi makan kat situ. Nanti mesti rambang mata tak tahu nak choose yang mana satu

    BalasPadam
  12. mak aiii! sedap-sedap semuanya tu syafiera :)
    sejenis makanan yg menjadi kegemaran aida, tau.
    bun, sandwich, burger.
    anak-anak pun sgt cenderung makan gini. relax. njoi :)

    BalasPadam
  13. Akak lama gila tak ke IOI Mall Putrajaya ni, nampak mernarik roti tu? Xde cawangan lain ke ek?

    BalasPadam
  14. Makanan kat sini semua nampak sedap dan menarik. Nanti nak dtg sinilah hahaha

    BalasPadam
  15. Tengok semua bun nampak sedap je. Next time kalau ada masa datang lagi boleh la ena cuba

    BalasPadam
  16. TB pun suka roti dan pastri, kadang tak lalu makan nasi memang ini lah jadi pilihan kedua TB.. hehehe.. ooo.. ada masakan panas jugak ye dekat Barcook Bakery ni.. terbaekk

    BalasPadam
  17. uish!! sedapnya. terliur pulak. tak pernah lagi pergi ioi puchong ni. in shaa Allah kalau ada urusan ke sana boleh singgah sini.

    BalasPadam
  18. terliur tengok kopi tu. best nya tengok roti2 banyak2 camni. rasa nak makan semua je

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com