Kesedaran mengenai penjagaan kulit bersama jenama Deoproce, La Corvette dan Maitre Savon De Marseille di Divine Fusion Restaurant & Bar.

I sangat berkenan dengan jenama La Corvette
La Corvette Jenama dari Perancis

Penjagaan kulit adalah sesuatu yang memang dititikberatkan bukan sahaja oleh golongan wanita malahan mereka yang bergelar lelaki juga telah mula memberi fokus dalam menjaga penampilan dan personaliti. Ianya sangat penting sebagai tujuan kebersihan disamping memberi kebaikan dan nutrisi untuk kulit.

Antara produk yang sempat I kenali dan mencuba sendiri tekstur dan aroma ketika berada di Divine Fusion Restaurant ialah jenama Deoproce, La Corvette dan Maitre Savon De Marseille kini boleh didapati di dalam pasaran Malaysia.

I berkenan dengan jenama sabun La Corvette kerana satu-satunya produk sabun diperbuat dari 100% bahan semulajadi, 100% bahan organik, 100% diperbuat dari minyak sayuran, tanpa bahan aditifdan pengawer, tanpa lemak haiwan, tiada paraben, tiada silikon dan EDTA. Ianya selamat untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif, hypoallergenik dan selamat juga untuk persekitaran. Paling menarik produk ini juga sesuai untuk bayi, mereka yang ada masalah ekzema, sesuai untuk wajah, muka, fabrik, barangan didalam rumah dan juga binatang.

Rangkaian produk jenama La Corvette kini boleh didapati di pasaran Malaysia
Sejarah tetap diingati dalam penghasilan produk sabun

Savonnerie du Midi telah mengekalkan kaedah cara lama selama lebih dari 120 tahun dan mengekalkan komitmennya untuk membuat sabun Marseille tulen dengan mendidihkan bahannya dalam kawah. Ini adalah salah satu kilang sabun yang terakhir di Marseille yang masih menggunakan kepakaran tradisional Maître Savonnier - Maker Soap Master.

Kilang yang masih menggunakan kepakaran tradisional Maître Savonnier
Jenama yang masih kukuh sehingga kini

Savonnerie du Midi diasaskan pada tahun 1894 di Marseille dan menghasilkan tiga jenama ikonik yang telah memperoleh reputasi terkenal di serantau Savonnerie. Aubépine, L'Aigle Blanc dan La Corvette menandakan sejarah Savonnerie du Midi dan sabun Marseille dikenali oleh masyarakat umum. Kedua-dua jenama pertama dihasilkan sehingga penghujung tahun 1980-an, manakala La Corvette, dengan logo biru yang menggambarkan kapal layar, masih kukuh hari ini ...

La Corvette masih menggunakan logo kapal layar sehingga tahun 2019
Pada tahun 2015, rangkaian La Corvette telah dijenamakan semula untuk memberikannya gambaran yang lebih kontemporari. Ia menggabungkan tradisi Marseille dengan kemodenan melalui pelbagai produk asli yang menjaga tubuh dan rumah anda, dan kebanyakannya adalah bersertifikat Ecocert. Ini adalah tindak balas terhadap nilai hari ini - pulangan kedua-duanya kepada amalan alam semulajadi, mesra alam dan produk yang sahih yang dibuat di Perancis yang tidak dapat dipertikaikan.


Harga Sabun La Corvette 

Scented Soap : RM22.05 100g, RM36.23 200g
Cube Scented soap : RM 35.28 100g
Bio Cube Soaps : RM35.43 100g
Traditional Soap Cubes : RM30.82 200g
Box Soaps : RM113.56 900g
Liquid Soaps : RM98 75ml
Hand Cream : RM98 : 75ml
Gift Set : RM238 ( Lavender Liquid Soap, Olive Blossom Hand Cream & Lavender Cube Soap )

Maklumat lanjut mengenai La Corvette, sila layari :
Website : www.la-corvette.com
Facebook : La Corvette Malaysia
Instagram : Lacorvette_my

Selain daripada jenama La Corvette, terdapat jenama sabun yang mencuri perhatiaan I iaitu Maitre Savon De Marseille.


Master Soap Maker

Maitre Savon De Marseille (MSM) adalah salah satu kilang sabun yang terakhir di Marseille, Perancis yang masih menggunakan kepakaran tradisional Maitre Savonnier - Master Soap Maker sejak dari tahun 1894. Sabun Marseille diperbuat daripada sumber minyak sayuran 100%. Ianya secara semulajadi mesra alam dan biodegrable ( 100% dalam masa 28 hari ) tidak mencemarkan persekitaran terutamanya sumber air berbanding dengan sabun industri dan pencuci pakaian yang diperbuat daripada petrokiomia. Ianya dikilangkan secara dimasak dan lambat untuk kering serta sangat ekonomik boleh tahan 2 kali ganda berbanding dengan sabun konvesional.


Savon De Provence terbahagi kepada beberapa jenis dan aroma serta berharga :

  • Floral, Mediterranean, Fruity, Provencal : RM17.40 100g, RM20.03 200g
  • Savon : RM18.90 125g
  • Les Naturelles : RM24.27 150g
  • Cube Soaps : RM31.69 300g
Manfaat yang boleh anda dapatkan dari sabun Marseille ni :
  1. Ianya bagus untuk kulit bayi terutamanya yang mengalami ekzema
  2. Hypoallergenik
  3. Disarankan oleh dermatologis
  4. 100% Biogredable
  5. Ekslusif dari minyak sayuran (bebas lemak haiwan)
Menariknya juga sabun Marseille ni boleh digunakan untuk mandikan binatang, bersihkan pakaian, bersihkan ruangan dan barangan di rumah serta boleh dijadikan secara sendiri pencuci pakaian.

Memang semua dalam 1 la. 

Nak tahu lebih lanjut mengenai produk Maitre Savon De Marseille ni bolehlah layari :
Website : http://www.maitresavon.fr/en/
Facebook : Maitre Savon De Marseille Malaysia
Instagram : @maitresavondemarseillemalaysia



Deoproce Rangkaian Produk Penjagaan Kulit dari Korea

Seterusnya produk dari Korea iaitu Deoproce. Ianya lebih mengutamakan penjagaan kulit wajah dan penampilan dimana kosmetik yang mengandungi bahan dari alam semulajadi. Dengan menggunakan slogan 'Beauty from nature to your skin' untuk membersih wajah secara selamat dengan  kosmetik mesra alam adalah cetusan idea dari Deoproce.

Deoproce lebih dari kosmetik yang ingin menyelami dan menemani kisah kehidupan setiap individu.

Antara produk utama dari Deoproce ialah set penjagaan kulit wajah dan juga krim tangan.


Deoproce Perfumed Hand Cream RM10.90 50g

Deoproce Perfumed Hand Cream hadir dengan 3 pilihan aroma iaitu Sweet Honey Yuja, Soft Cotton Blue dan Fresh Greentea.

Sweet honey yuja mengandungi ekstrak citron yang kaya dengan vitamin C membantu untuk melambatkan proses penuaan kulit tangan. Ianya membantu merawat luka pada kulit, merangsang sintesis kolagen dan mencerahkan kulit. Krim tangan ini juga membantu mengatasi pigmentasi dari pembentukan asal.

Soft Cotton blue mempunyai ekstrak kapas untuk melembab, menyubur dan mengekalkan lembapan dalam kulit. Kesan pelindungan membantu lembapan dalam kulit yang mempercepatkan penyembuhan akibat dari keradangan.

Fresh Green tea mempunyai ekstrak teh hijau iaitu sejenis anti-keradangan dan memberikan kesan regenatif, melembab dan menyuburkan kulit. Ianya juga mempunyai keupayaan menyerap lebih baik ke dalam kulit dan boleh menembusi ke dalam lapisan epidermis dengan lebih baik. Teh hijau sememangnya bahan yang mempunyai anti oksidan semulajadi yang tinggi.

Deoproce Hand & Body Horse Oil RM19.90 100g

Deoproce Horse Oil membentuk lapisan perlindungan pada kulit, ianya merupakan pelembab yang terbaik serta penyerapan yang lebih cepat dan baik untuk melembab kulit yang kering.

Deoproce Snail Recovery Moisture Hand and Foot Cream RM15.90 100g

Ianya bertindak untuk melembut dan melembab dengan formula 'ultra-rich' yang melindungi lembapan kulit dan menjadikan tangan lembih lembut sehalus sutera. Ianya tidak melekit dan berminyak. Penyerapan secara lembut ke dalam kulit. Diperbuat dari 'snail filtrate' yang mempunyai bahan lembapan yang tinggi.

Antara pelbagai jenis krim tangan dari Deoproce I paling suka Horse Oil dan Green Tea sebab memang terasa tangan lebih lembut dan lembab. Garisan halus pada kulit pun berkurangan.

Tonton Video untuk tekstur produk :




Deoproce Green Tea Peeling Vegetal

Sejenis pembersih yang bertindak untuk pembersihan secare lebih dalam, menyingkirkan sel kulit mati dan menghaluskan liang pori. Hadir dalam saiz 170g berharga RM54.90. Nampak tak perbezaan sebelum dan selepas, tangan kiri nampak lebih cerah dan garisan halus berkurangan. Eh kita suka lah Deoproce Green Tea Peeling Gel ni.


Deoproce Aloe Vera Oasis Skincare

I sempat merasai sendiri Deoproce Aloe Vera Oasis Emulsion ni, memang pekat tapi penyerapan dia sangat bagus tanpa meninggalkan rasa berminyak atau melekit. Bau aloe vera yang menenangkan dan rasa kulit lebih segar. Rangkaian produk ni sangat sesuai untuk yang mempunyai masalah kulit yang sensitif. Ianya bertindak untuk merawat parut dan membantu menjadikan kulit lebih 'flawless.' Melembab dengan baobab seed yang menghasilkan minyak essential untuk melembut dan melembabkan kulit. Ianya juga menyegar secara lebih mendalam dan menghidrat kulit untuk mengekalkan lembapan semulajadi dalam kulit. Dengan adanya bahan seperti bunga kaktus ianya menjadikan kulit lebih subur dengan nutrisi untuk mencantikkan lagi kulit wajah.

Rangkaian harga setiap satu bermula dari RM 63.90 - hingga RM69.90 untuk saiz 50 g dan 150 ml.


Deoproce Hyaluric Cooling Sun Gel SPF 50+ PA +++ RM54.90 50g

Perlindungan matahari adlaah sesuatu yang agak penting ya dalam penjagaan kulit, tahu tak kalau kita ambil remeh mengenai penjagaan kulit nanti kulit boleh nampak tua dari umur sebenar. Lebih-lebih lagi wanita yang 25 thaun ke atas, penghasilan kolagen tak seperti waktu kita muda muda dulu, sekarang ni ramai dah belum umur 30 tahun dah ada pigmentasi ya.. termasuklah diri I sendiri.. tu sebab sekarang ni I dah mula menjinakkan diri untuk menggunakan perlindungan tabir suria sebelum keluar rumah. Terbaru dari Deoproce ni iaitu 'sun protection' boleh disapukan pada wajah, leher, tangan dan keseluruhan badan. Sapu sebelum 15 minit keluar rumah atau pendedahan pada cahaya matahari.

Deoproce Hyaluric Cooling Sun Gel SPF 50+ PA +++ ni mempunyai 3 kali fungsi iaitu sebagai tabir suria + mencerah + anti-kedut. Penyerapan yang lebih kemas dimana ianya menyerap dengan lebih pantas tanpa rasa melekit. Kesan Melembab dengan asid hyaluronik, ceramide dan juga mineral dari Jeju Mineral Water. Muka rasa lebih segar dengan kesan sejuk dari ekstrak Eucalyptus Globulus Leaf.


Deoproce Magic White Cream Pomegranate RM69.90 40ml

Krim ni agak menarik ya bila sapu dekat kulit, kulit nampak lebih cerah dari sebelum. Krim ni bertindak sebagai mencerah dan anti penuaan. Tona kulit nampak lebih segar dengan nutrisi daya hidup. Ianya juga melembab dan kemasan yang kering tanpa rasa berminyak dan melekit.


Deoproce Aloe Soothing Face & Body Mist 95% RM54.90 410ml

Haaa yang sembur ni agak best dan paling famous digunakan sebab ianya melembab dengan lebih cepat sambil mengekalkan lembapan pada wajah. Menenangkan kulit yang terbakar dan kulit itirasi secara on-the-go. Menyegar sambil menyejuk dan menyegarkan kulit wajah. Menghidrat secara langsung hanya dengan menyembur beberapa picir pada wajah badan dan rambut bila terasa kering, lepas tu pat secara lembut sehingga penyerapan penuh. Yang ini memang disarankan kena ada dalam bag ! Boleh transfer ke dalam botol yang lebih kecil kalau nak pergi travel.


Deoproce Lap Therapy Mask RM8.90 25g

Last not least produk yang agak menarik dari Deoproce ialah Lap Therapy Face Mask, I dengar cerita mask ni agak special berbanding mask lain sebab dia asing ampoule dengan mask tu sendiri, bila nak pakai baru campur.

Ada 4 jenis variasi iaitu :

  1. Lap Therapy Horse Oil Whitening & Nutrition Mask 
    + Noutriment - Melembab dan melindungi kulit dari pencemaran seperti ( minyak, kotoran dan habuk )
    + Beri nutrisi pada kulit untuk memperbaiki dan memperbaharui kulit yang lebih sihat
    + Mencerah dengan bahan niacinamide dan lebih berseri
  2. Lap Therapy Snail Anti-Wrinkle Mask Pack
    + Sangat bagus untuk anti kedutan dan menganjalkan kulit
    + Lebih Stabil dan tahan lebih lama
    + Bahan seperti Adenosine mengurangkan garisan halus dan kedutan serta meninggalkan kulit lebih anjal dan segar
  3. Lap Therapy Placenta Soothing Mask Pack
    + Menenang dan memberi keselesaan untuk kulit sensitif secara lembut dan semulajadi
    + Memberi nutrisi untuk memperbaiki dan memperbaharui kulit yang lebih sihat
    + Melembab dan melindungi kulit dari pencemaran ( minyak, kotoran dan habuk )
  4. Lap Therapy Swallow's Nest Aqua Mask Pack
    +Menenang dan memberi keselesaan untuk kulist sensitif secara lembut semulajadi
    +Mencergaskan kembali kulit yang penat dan kusam dengan menjadikan kulit lebih berseri dan bersinar.
Produk Deoproce dari Korea ni boleh didapatkan di SOGO, ROBINSONS, Food Park By Parkson, Village Grocer, Bens Independent, Grocery, De Market, Metrojaya, Guardian, Big Pharmacy, Lazada, Shopee, Redtick, Sunway Pharmacy, Cold Storage dan Department Store.

Untuk maklumat lanjut mengenai Deoproce Malaysia, sila layari :
Facebook : Deoproce Malaysia
Instagram : @ Deoprocemalaysia

Apa pun I nak ucapkan terima kasih pada Sun Signature Sdn. Bhd. sebab jemput I menyertai Kesedaran mengenai penjagaan kulit bersama jenama Deoproce, La Corvette dan Maitre Savon De Marseille di Divine Fusion Restaurant & Bar. Hope to see you guys next time :)


20 comments :

  1. Best produk baru. Nak try la sun gel tu nampak best. Love your video dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungel tu memang best gila cant wait to pakai on my trip soonest

      Delete
  2. Tertarik pulak tengok yang Aloe vera Oasis.. tu apa dia ye? kalau yang berkaitan Aloe Vera ni selalunya sesuai utnuk kulit TB.. hehehe

    ReplyDelete
  3. cantiknya packaging dia... mesti wangikan... nanti pi department store yg syafiera mentioned tu

    ReplyDelete
  4. Mula2 tgk packaging dia tu lawa dan menarik
    perhatian kita. Oh produk dari Korea rupanya
    Mesti best ni. Patut la org Korea cantik2 sbb produk diaorang pon bagus kan

    ReplyDelete
  5. Banyaknya produk! Berbelit-belit lidah nak sebut nama produk2nya hehe. Terima kasih atas perkongsian ya :)

    ReplyDelete
  6. Product yang baik dan beri banyak manfaat kepada pengguna. Kene cuba klu nk tahu kesannya kan

    ReplyDelete
  7. Wah banyaknyaaa. Bagi I sikit. Kalau dah semua 100% organik ik dan sabun pun tahan 2x lebih lama, harga pun boleh tahan jugalah. Tapi setandinglah dengan kualiti kan. Mesti wangi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mandikan kucing sabun ni 😭😭😭 nak pergi beli lagi

      Delete
  8. Comelnya sabun2 tu.. geram pulak tengoknya. Klau 100% organic memang bagus la sbb tak perlu takut nak guna kan.. packagingbpun menarik

    ReplyDelete
  9. Fuhhh.. banyaknya product tapi dalam banyak-banyak tu berkenan pulak tengok Deoproce Hyaluric Cooling Sun Gel. Nampak la kesan dia after guna. Nampak lebih cerah gituuuu..

    ReplyDelete
  10. Menarikla produk ni. Suka dengan ramuannya agak unik dan terbaik. Packaging dia pun cantek

    ReplyDelete
  11. Wow!!!!!! Menarik nyer brand nie. Harga pun affordable. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  12. Wow. Banyak produk dia ek.
    Rawlins nie pantang jumpa yang cute, mesti terpikat hati nak membeli.

    ReplyDelete
  13. Wah lain mcm penjagaan kulit syafiera. Patot anak ramai pon makin top2 meletop sekarang hehe

    ReplyDelete
  14. First time dgr jenama ni. Tgok bahan dia bagus jugak..packaging pun nampak mahal. Bolehlah nanti cuba brand ni

    ReplyDelete
  15. Wow patutnya flawless u all. Pandai pilih produk kecantikan muka, yang pastinya organik dan harga berpatutan

    ReplyDelete
  16. wahhh macam best je produk ni. tak sabar nak try nanti lepas habis skincare routine yang sekarang zul guna

    ReplyDelete
  17. Berbelit lidah nak sebut nama produk ni haha... wah banyak tu... mesti cantik kulit pas ni

    ReplyDelete
  18. Wow Deoproce has a lot of products. I love their mask.

    ReplyDelete

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com