Bulu mata palsu dari Dolly Wink lebih semulajadi dan kawaii sangat !


The Butterfly Project sememangnya satu-satunya komuniti yang I dah lama sertai sejak 6 tahun lalu. Setiap tahun pasti ada sambutan parti Krismas yang mesti I nak Joined sebab event yang dikendalikan sangat best dan betul-betul buat blogger seperti I rasa dihargai dengan aktiviti yang dijalankan. Thanks to Tammy sebab buat impian setiap beauty bloggers akan jadi kenyataan setiap akhir tahun.

Kali ni kami datang tanpa pakai 'eye makeup' langsung 'let's say naked eyes' sebab kami akan review produk bulu mata palsu dari Dolly Wink iaitu 'easylash' hanya 30 saat sahaja untuk pakainya. Mudah yang amat ya ! hee. Trust me untuk yang suka pakai bulu mata palsu macam I ni 'surprisingly easylash' dari Dolly wink ni buat mata nampak cantik, besar secara semulajadi. Tak Over langsung just nicely done dekat mata tau. Memang tak nampak macam pakai bulu mata palsu ! Bulu mata nampak panjang secara semulajadi tanpa ketulan seperti pakai maskara. Nampak bulu mata macam banyak tebal macam tu la.

10 jenis easy lash dari Dolly Wink untuk disesuaikan mengikut penampilan agar kelihatan 'Kawaii' sepanjang hari.

Sejarah Dolly Wink

Bagi yang masih belum mengenali jenama Dolly Wink, mengikut sejarahnya Dolly Wink telah diperkenalkan sekitar tahun 2009. Satu ketika lalu ' Japanese Gal Culture' adalah sala satu fenomena di Jepun dimana rintihan dari salah seorang wanita di Jepun 'I struggled to be my Kawaii look.' Mesej ini dihantar oleh Tsubasa Masuwaka telah mendapat perhatiaan oleh gadis-gadis yang mempunyai masalah yang sama. Tsubasa telah dikenali sebagai 'trend setter' dan simpati atas nasib gadis-gadis seumurnya. Tsubasa Masuwaka mempunyai kemahiran dengan membentuk gaya fesyen terbaru pada waktu tersebut. Waktu telah menentukan segalanya dimana gadis di seluruh dunia kini akan digembirakan sekali lagi oleh Tsubasa setelah 10 tahun berlalu dengan kejutan dengan sesuatu yang lebih baru dan segar.

Dari kiri kod : 16, 10, 06 dan 11
Tukar elemen negatif kepada positif terutamanya bab bulu mata palsu !

False Eyelash atau bulu mata palsu selalu dipandang remeh ya pada ketika lalu, dulu I memang suka pakai bulu mata palsu dan percayalah ramai yang kecam I ni palsu sebab suka pakai bulu mata palsu waktu tu sekitar tahun 2010 juga waktu I belajar di kolej.. I memang suka melawa pakai alat solek tebal-tebal.. tapi macam biasa I katakan waktu tu penerimaan mayarakat menggunakan bulu mata palsu memang mereka tak berapa suka ya, tapi bila dah masuk tahun 2019 tak lama lagi 2020, penggunaan bulu mata palsu tidak lagi asing.. ramai dah mula menggunakan bulu mata palsu 'so no more feeling awkward.'

Gol utama wujudnya bulu mata palsu Dolly Wink yang menggunakan sepenuhnya teknologi dari KOJI HONPO baru-baru ni telah menjadi sarat kerana ramai yang telah menggunakan produk solekan mata yang kini telah berada di pasaran seperi penggaris mata dan juga maskara.  Dolly Wink percaya bulu mata palsu berpeluang mendapat hati pada mereka yang menggunakannya dan mengubah elemen negatif terhadap bulu mata palsu lebih positif malahan untuk menjadikan bulu mata palsu sebagai trend masa kini !

Dengan adanya 10 jenis bentuk easy lash dari Dolly Wink ni pasti membuatkan si pemakai sentiasa nampak kawaii iaitu comel sepanjang hari tanpa nampak 'over' gitu.. sebab bulu mata palsu nya lebih semulajadi dan mata nampak lebih berseri dari biasa.

Selain daripada easy lash, Dolly Wink ada produk yang menarik untuk mata ya.
Dolly Wink juga lengkap menyediakan barangan asas untuk keperluaan mata nampak 'kawaii,' antaranya gam untuk bulu mata palsu, pelentik bulu mata, penggaris mata, pembayang mata, pensel untuk bulu kening dan bekas penyimpan bulu mata. Tidak terhad untuk mata sahaja Dolly Wink mempunyai produk lain antaranya ialah krim untuk tangan. Menarik kan ? I nak guna produk dari Dolly Wink pun tak ragu-ragu sebab produknya semua berkualiti tinggi.


Boleh tengok video bagaimana I menggunakan produk dari Dolly Wink untuk hasilkan solekan mata yang kawaii dan luar biasa. Mula-mula I solek kelopak mata menggunakan eyeshadow dari Dolly Wink, bentukkan penggaris mata dengan bentuk yang I inginkan menggunakan Dolly Wink Liquid Eyeliner Super Black, kemudian I gunakan Dolly Wink Easy Lash kod 11 - ada gold sikit dekat bulu mata palsu ni, gam pula I gunakan provided glue lashes dalam kotak Dolly Wink ni. Walaoh wei... memang senang gila nak pasang dan tahan lama, tak tercabut pun selagi I tak bersihkan dengan makeup remover. Memang Best tu, nampak tak perbezaan mata I sebelum dan selepas guna produk mata dari Dolly Wink ni ?


Waktu event haritu siap ada contest siapa yang kreatif guna produk Dolly Wink, Alhamdulillah I adalah salah seorang peserta yang menang. Tahniah juga pada mereka yang menang tau :)


Event Dolly Wink ni berlangsung di KAKIYUKI, 163 Mont Kiara, tema parti ialah Kawaii Jap Xmas, ada 3 winners yang menang best dresses Tahniah ya pada semua pemenang. Apa pun dessert dekat KAKIYUKI haihhh memang sedap, manis dan masing-masing enjoy sangat dengan desserts dekat sini.

Antara yang famous di sini ialah roll cake uji matcha dan hojicha.  Selain tu mochi dia pun not bad, kenyal-kenyal je.. sedap gila rasanya terutamanya warabimochi tu dengan perasa matcha dan kinako..




Ada juga karamel gebu gebu tu, so far memang manis memulut masing-masing menikmati menu dessert di sini...

Last not least, menu utama yang menjadi pilihan masing-masing ialah Kakigori :

Uji Matcha brulee (hijau) dan strawberry..

Tiramisu - coffee espuma & valrhona chocholate..
Next time kalau lepak-lepak di Mont Kiara bolehlah I bawa husband and kids I makan 'ice shaving' di KAKIYUKI ni, memang cukup untuk 4 orang makan...

Gambar dari komuniti The Butterfly Project

Apa pun thanks again pada The Butterfly Project, Dolly Wink dan Kakiyuki sebab menjadikan event ni happening termasuklah gadis-gadis butterfly yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis..

Untuk maklumat lanjut mengenai produk easy lash dari Dolly Wink ni, sila layari :
FB: https://www.facebook.com/DollywinkMalaysia/
Instagram : @kojihonpomy

Jangan lupa muat turun aplikasi 4AllBeauty untuk pembelian produk Dolly Wink Easy Lash RM29.90 setiap satu di http://www.4allbeauty.com atau pun di Kedai Sasa berdekatan anda ya.

Untuk ketahui lebih banyak maklumat mengenai komuniti The Butterfly Project, sila layari :
Facebook : https://www.facebook.com/ButterflyProjectMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/butterflyproject.my/
Website : www.butterflyproject.my

1 ulasan :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com